Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakariadalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Ads
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Ads
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Ads
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Anak lelaki kalau ikut muka ibunya, ‘sejuk’ kata orang tua-tua. Baru-baru ini sempena hari jadi Mira Filzah, suaminya Wan Emir Astar telah berkongsi foto Mira Filzah semasa kecil. Kalau diamati betul-betul foto Mira Filzah semasa kecil, anak mereka, Wan Khair Amir mirip Mira Filzah.
Pengasas jenama hijab Mira Filzah ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Sejauh mana kebenaran yang Wan Khair Amir mirip ibunya? Jom kita ‘telek’ beberapa keping gambar-gambar ini:
Dikongsikan sedikit info tentang fakta wajah anak lelaki yang mirip ibu:
*Manja dengan ibunya.
*Kawan ibunya.
*Bukan sahaja mempunyai iras wajah yang sama, perangai, cara senyum, ketawa, semuanya sama dengan ibunya.
Kesimpulannya walau iras siapa pun wajah kita, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita.
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak. cakap baik-baik.
Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham.
NAMUN sebelum itu buat ini dulu
1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.
Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyruruh dia duduk dia sorang-sorang dan fikirkan perbuatan dia.
Semasa dia duduk dia, anda janganlah berleter. Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.
Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) mempunyai tulisan tangan tidak cantik. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan tidak cantik ini?
Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian atau ringkasnya ADHD adalah sejenis masalah kesihatan mental yang boleh menyebabkan tingkah laku hiperaktif dan impulsif yang melebihi tahap normal.
Mereka yang mempunyai ADHD juga mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian pada satu-satu tugas atau tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang panjang.
Kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak boleh menghidap ADHD. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), peratusan kanak-kanak yang menghidap ADHD semakin meningkat pada masa sekarang.
Terdapat banyak tanda dan gejala ADHD yang boleh berlaku. Ada yang mungkin agak tersembunyi, malah ada juga simptom yang sangat jelas kelihatan.
Sebagai contoh, jika anak anda mempunyai kemahiran tingkah laku yang lemah, kesukaran akademik, atau masalah dengan kemahiran motor, ia mungkin merupakan antara tanda bahawa mereka menghidap ADHD.
Tulisan tangan yang lemah atau agak buruk juga dikaitkan dengan tanda-tanda ADHD.
Berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Learning Disabilities Research and Practice, terdapat banyak kajian sebelum ini yang telah mengaitkan antara ADHD dengan tulisan tangan yang boleh dikatakan sebagai tulisan buruk.
Tulisan buruk ini mungkin melambangkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ADHD mengalami kemahiran motor yang terjejas.
Kemahiran motor adalah kemampuan seseorang kanak-kanak itu untuk membuat pergerakan dengan tubuh badan mereka.
Kemahiran motor kasar adalah melibatkan pergerakan besar, seperti berlari. Manakala kemahiran motor halus pula adalah pergerakan yang kecil seperti menulis.
Kajian yang diterbitkan itu menyatakan bahawa, separuh daripada keseluruhan kanak-kanak yang mengalami ADHD mempunyai masalah dengan kedua-dua kemahiran motor kasar dan juga halus.
Sekiranya anak anda mempunyai masalah dengan kemahiran motor halus, seperti pergerakan tersentak dan kawalan tangan yang lemah, ini akan menyukarkan mereka untuk menulis dengan cepat dan jelas.
Akibat daripada hal ini, guru di sekolah mungkin melabelkan kerja mereka sebagai satu kerja yang comot atau tidak kemas.
Rakan-rakannya yang lain juga mungkin akan mengejek mereka terutamanya jika melibatkan kerja berkumpulan.
Pengalaman seperti ini mungkin akan menimbulkan perasaan kecewa dan rendah diri, yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi anak anda di sekolah dan di kawasan lain.
Selain itu, mereka mungkin mula mengelak daripada melakukan tugasan yang memerlukan banyak tulisan tangan.
Sekiranya anak anda mengalami banyak masalah dengan tulisan tangan mereka, bawalah si kecil untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.
Ini mungkin merupakan tanda ADHD atau gangguan lain.
Sekiranya anak anda telah didiagnosis dengan ADHD, tanyakan kepada pakar psikiatri mengenai strategi rawatan danat m latihan yang mungkin dapembantu mereka menulis dengan lebih mudah dan jelas.
Sekiranya anak anda didiagnosis mempunyai ADHD, pakar psikiatri biasanya akan mengesyorkan rancangan rawatan.
Ia mungkin melibatkan kombinasi obat, terapi tingkah laku, kaunseling, dan perubahan gaya hidup.
Beberapa rawatan dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis tangan mereka, serta gejala ADHD yang lain.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Attention Disorders menunjukkan, ubat perangsang mungkin dapat membantu meningkatkan tulisan tangan yang lebih baik dan cepat dalam kalangan kanak-kanak ADHD.
Tetapi kajian turut menyatakan bahawa pengambilan ubat sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak yang mempunyai tulisan tangan yang lemah pada awal kajian terus mengalami masalah yang sama pada akhirnya.
Dengan kata lain, tulisan tangan mereka menjadi lebih baik melalui pengambilan ubat-ubatan, tetapi masih ada ruang untuk mereka memperbaikinya.
Satu lagi kajian dalam jurnal CNS & Neurological Disorders telah mengkaji kesan ubat-ubatan dan latihan kemahiran motor pada kanak-kanak dengan ADHD.
Kanak-kanak yang mendapat latihan kemahiran motor sahaja, atau bersama dengan ubat-ubatan, menunjukkan peningkatan dalam kemahiran motor kasar dan halus mereka.
Sebaliknya, mereka yang menerima ubat sahaja tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Latihan kemahiran motor khas, dengan atau tanpa ubat, dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran tulisan tangan yang lebih baik.
Jika anak anda mempunyai tulisan tangan yang boleh dianggap sebagai tulisan buruk, bawa mereka untuk berjumpa pakar psikiatri untuk memastikan sama ada mereka mempunyai gangguan ADHD atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.