Larangan bermain gajet yang terlampau bukan saja-saja disyorkan oleh pihak tertentu. Akan tetapi ia dikeluarkan oleh pelbagai kajian yang menunjukkan kesan yang tidak baik untuk anak kita.

Perkongsian oleh Dr Anayasmin Azmi di facebooknya ini antara kesan fizikal yang jelas ketara jika dibiarkan anak bermain gejet terlampau. Anak lemah, dehidrasi dan berat makin susut hingga menyebabkan terpaksa di bawa ke hospital. Amat bahaya untuk anak kita. Elakkan!

Anak Lemah, Berat Susut & Susah Buang Air Besar Gara-Gara Asyik Main Gajet, Tak Kesian Ke Pada Anak!


Saya jadi risau, sebab kanak-kanak yang masuk ward. Bila cek darah nampak kering sangat, buang air besar pun keras,
Padahal masuk wad bukan sebab cirit atau denggi ke, masuk wad sebab jatuh.

Tanya punya tanya rupanya sejak dok rumah lama ni, anak ni kurang minum dan kurang makan sebab setiap hari masa banyak habis di gajet.

Saya tahu ramai dah rasa malas nak dengar bebel tentang gajet lagi. Apa kami perasan, rutin pesakit kanak-kanak ni kat rumah, bangun 8am, sarapan lepas tu main games atau tengok youtube sampai petang.

IKLAN
Anak Lemah, Berat Susut & Susah Buang Air Besar Gara-Gara Asyik Main Gajet, Tak Kesian Ke Pada Anak!
Gambaran patung Micheal.

830am – 5pm (ada sampai malam pun gajet lagi)!! Tak rasa lapar masa lunch, tak rasa nak kencing atau maybe tahan kencing dan tahan buang air besar.

Masuk wad, berat susut, kencing pekat, result darah kering, nampak lesu tak bertenaga, mata merah dan sakit kepala.

Di wad kami pantau makan minum, kami larang juga gajet berlebihan. Terus berubah ceria, cergas, bertenaga
Hydration pun bagus. Kalau dibiarkan generasi ni dengan gajet je tak mustahil lah 20 tahun lagi bentuk tubuh mereka boleh jadi macam gambar tu.

Gambar tu adalah gambaran mereka yang menghabiskan 6 jam SEMINGGU untuk online. Mereka beri nama patung tu ‘Micheal’.
Kajian ni dibuat di Kanada tak silap saya.

IKLAN

Tapi macam kes atas tu 5 jam sehari?
5jam x7hari=35jam SEMINGGU. Lagi dahsyat.

Anak Lemah, Berat Susut & Susah Buang Air Besar Gara-Gara Asyik Main Gajet, Tak Kesian Ke Pada Anak!

Ada betulnya tau gambaran Micheal tu sebab anak yang habis banyak masa online atau bersama gajet akan:

IKLAN

* Kurang tidur
* Kurang vitamin D
* Postur badan tak elok sebab dok tunduk main games.
* Tak cukup zat
* Atau terlebih mengunyah sampai obesity
* Kurang aktiviti fizikal

Isk…risau! Kita intai-intai ya anak-anak kita.

Artikel berkaitan: Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun, Guna Formula Yang Doktor Saran, Elak Mata Rosak Sebab Gajet

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI