Kehebatan air tangan seorang ibu tak pernah terhad pada dapur semata-mata. Ia lebih dalam, lebih indah — dari memakaikan baju anak, menyuap makan, sehinggalah ke rutin mandikan si kecil yang kadang-kadang rewel tapi tetap mencuit hati. Untuk ibu yang tidak bekerja, mungkin ini semua dah jadi kebiasaan.
Buat ibu bekerjaya, tugas ini bukan mudah. Penat di pejabat belum sempat hilang, dah bersambung pula dengan ‘shift kedua’ di rumah. Dan kalau anak masih kecil, memang kadang sampai tak sempat tarik nafas.
Tapi, ibu kena ingat satu pesan lama yang penuh makna — air tangan isteri dan ibu adalah pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Walau sesibuk mana pun, cubalah cari ruang untuk beri sentuhan sendiri pada anak-anak. Sebab itulah yang anak akan ingat sampai bila-bila.
Bukan Sekadar Masak Nasi
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada kongsi satu rahsia besar — kehebatan air tangan ibu ini sebenarnya mampu buat anak mudah dibentuk dan dengar kata. Ia bukan sekadar soal masakan, tapi segala yang lahir dari tangan seorang ibu penuh dengan nilai kasih sayang yang tak boleh diganti sesiapa.
Kadang, walaupun hanya sempat masak ringkas atau suapkan sesuap nasi, itu pun dah cukup bagi anak rasa, “Mama sayang aku.”
Tapi bila semua rutin anak diuruskan pembantu rumah — dari makan, mandi sampai ke pakaian — lama-lama ‘rasa’ tu makin hilang. Air tangan ibu bukan pada resipi rumit. Ia pada sentuhan yang ikhlas dan momen kecil yang kita cipta bersama anak-anak setiap hari.
Doa Dalam Setiap Sentuhan
Ads
Saya sendiri, masa anak-anak masih kecil, saya akan mandikan mereka, syampu rambut dan basuh badan sambil berdoa dalam hati.
“Ya Allah, haramkan rambut anakku ini dari api neraka. Jadikan dia insan yang menutup aurat dengan sempurna.”
Masa basuh tangan kanan anak, saya akan doa, “Ya Allah, jadikan tangan ini buat benda baik, biar dapat buku amalan di tangan kanan.”
Basuh tangan kiri pula, “Jauhkanlah anakku dari perbuatan buruk, janganlah dia mencuri atau menyakiti orang lain.”
Masa basuh kaki, saya niat, “Biar kaki ini sentiasa melangkah ke tempat baik dan lurus atas jalan-Mu ya Allah.”
Setiap mandi tu bukan sekadar bersih fizikal, tapi ada spiritual yang diselitkan. Dan anak mungkin tak tahu sekarang, tapi satu hari nanti, dia akan rasa doa itu hidup dalam dirinya.
Ads
Sentuhan Yang Tinggalkan Bekas Dalam Hati Anak
Air tangan ibu itu luas maksudnya. Dari mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut, sampai suapkan makan — semua itu adalah bentuk kasih sayang yang akan jadi kenangan terindah buat anak satu hari nanti.
Anak takkan ingat lauk sedap mana yang kita masak, tapi mereka akan ingat rasa suapan ibu yang penuh cinta, atau cara kita balut mereka dengan tuala waktu kecil.
Dan semua tu… tak perlukan masa yang panjang pun, cuma keikhlasan hati dan niat untuk beri yang terbaik.
Ads
Tenang Itu Kuncinya
Ustazah kata, air tangan ni bukan saja untuk anak — sekarang cucu pun dapat ‘rasa’. Tapi satu yang penting, buat semua tu dalam keadaan tenang. Kalau kita marah-marah sambil masak atau mandikan anak, emosi tu boleh ‘terpindah’. Sebab tu kena buat semua dengan rasa sayang. Tak perlu sempurna. Cukup kita hadir sepenuh hati.
Apa pun tugasan ibu, dari sebesar masakan, sekecil pakaian — semuanya adalah tanda cinta. Bila dilakukan dengan doa dan kasih, itulah air tangan yang sebenar. Ia bukan sekadar jaga anak… tapi membesarkan jiwa.
Dan kalau rasa makin jauh dengan anak, mungkin jawapannya ada pada satu soalan ini: “Masihkah anak rasa air tangan ibu hari ini?”
Akhirnya, bukan banyak mana kita buat… tapi bagaimana kita buat. Air tangan seorang ibu bukan diukur pada resipi atau rutin harian, tapi pada keikhlasan dan kasih yang mengalir dalam setiap sentuhan.
Walau sekejap, walau letih — percayalah, anak akan rasa. Dan satu hari nanti, mereka akan kenang…
“Dulu, mama mandikan aku sambil doa. Mama suap aku walau mata dah letih. Tapi aku rasa disayangi.”
Itulah hadiah paling mahal… yang tak boleh dibeli, tapi akan hidup dalam hati mereka selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada tanggal 15 September 2014, penyanyi dan pelakon terkenal Alif Satar melangkah ke alam perkahwinan bersama wanita pilihannya, Shadila Halid. Perjalanan cinta mereka bukan sekadar disatukan atas dasar rasa suka, tapi juga keserasian dan kepercayaan yang kukuh antara satu sama lain.
Selepas hampir sedekad membina rumah tangga, pasangan ini kini dikurniakan tiga permata hati yang menceriakan hidup mereka iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali. Kehadiran mereka menjadi penyempurna hidup Alif dan Shadila, sekaligus memberi dimensi baru dalam kehidupan pasangan ini sebagai ibu bapa.
Keluarga tetap nombor satu, walau sibuk bergelar selebriti Dalam dunia hiburan yang tidak pernah tidur, Alif kekal konsisten membuktikan bahawa keluarga adalah keutamaan. Dalam temubual eksklusif bersama Borak Pa&Ma Special Hari Bapa, Alif berkongsi sisi dirinya yang ramai tak tahu tentang sisi seorang ayah yang sanggup letakkan apa saja ke tepi demi keluarga.
Mendidik anak-anak bermula dengan satu nilai utama: disiplin Sebagai bapa, Alif percaya bahawa membesarkan anak bukan sekadar memberi makan dan pakaian, tetapi membentuk karakter mereka sejak kecil. Bila ditanya apa nilai utama yang ingin dia tanamkan dalam anak-anak, Alif terus menyebut tentang disiplin. Katanya disiplin tu asas untuk semua perkara.
Bila ada disiplin, kita akan menghormati masa, tahu tanggungjawab dan tahu bagaimana nak membawa diri dengan baik. Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, nilai sebegitu menjadi benteng untuk anak-anak kekal berpegang pada asas yang betul.
Cinta berubah wajah bila hadirnya anak-anak dalam hidup Alif tak segan berkongsi betapa kelahiran anak-anaknya telah membuka lembaran cinta yang tidak pernah dia rasa sebelum ini.
“Kalau kahwin, kau rasa itu adalah cinta tapi the minute kau ada anak, itulah cinta yang sebenar. Kasih sayang yang tiada batas. Jadi, dah tentu kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita.
Jangan pernah berkira dengan isteri dan anak-anak, beri makan kenyang-kenyang. Do the best of your ability dan usaha betul-betul untuk mereka.”
Baginya, cinta selepas bergelar bapa adalah cinta yang jauh lebih dalam, lebih luas dan lebih ikhlas. Kasih sayang seorang ayah, katanya, tak pernah minta balasan—cukup sekadar anak-anak bahagia dan isteri terus tersenyum setiap hari.
Sekecil waktu yang ada pun dimanfaatkan untuk menjadi pendengar terbaik Bukan mudah untuk seimbangkan jadual kerja yang padat dengan masa bersama keluarga, namun Alif cuba sebaik mungkin untuk hadir walau sekejap. Ayah bukan hanya pemberi nafkah, tapi juga pendengar setia yang membina kepercayaan sejak anak-anak kecil lagi.
Keluarga adalah sebab dia terus melangkah ke hadapan Dalam setiap langkah yang diambil, Alif tahu ke mana arah tuju hidupnya. Dia sedar kerja kerasnya hari ini bukan untuk glamor semata, tapi untuk meninggalkan sesuatu yang bermakna buat insan yang paling dia sayangi.
“Aku bekerja ni sebab apa, untuk family dan semua yang kita earn dan provide untuk mereka. Katakan suatu hari nanti, kita pergi ada sesuatu yang kita tinggalkan untuk keluarga kita.”
Mesej itu ringkas, tapi penuh makna. Alif bukan hanya bercakap sebagai seorang selebriti, tapi sebagai seorang lelaki, suami dan ayah yang mahu memastikan setiap peluh dan usaha hari ini menjadi bekal untuk keluarganya di masa hadapan.
Jom tonton video interviu eksklusif bersama Alif Satar;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas dasar sifat saling hormat menghormati, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini memaklumkan kantin di semua sekolah kekal beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.
Ini bagi membolehkan pelajar bukan beragama Islam mendapatkan makanan ketika waktu rehat tanpa perlu bersusah payah.
Jelasnya, prosedur ini penting dalam menimbulkan sifat saling menghormati antara satu sama lain termasuk memahamkan pelajar berkenaan mengenai ibadah yang dijalani murid beragama Islam.
“Saya ulangi, kantin mesti dibuka serta ada pendidikan berkaitan kesedaran dan hormat antara satu sama lain, khususnya bagi sekolah yang mempunyai murid bukan beragama Islam.
“Ramai guru mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu jadi proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati sangat penting ketika Ramadan,” ujarnya.
Beliau yang ditemui ketika sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra sempena pembukaan sesi akademik 2014/2025 di sini, pada hari ini turut berkongsi mengenai kepadatan pelajar terutama pelajar Tahun Satu.
Sehubungan itu, Fadhlina memberitahu, pihaknya bakal memastikan tiada kesesakan yang keterlaluan berlaku di sekolah yang dikenalpasti.
“Kemasukan murid darjah satu tinggi dan ini menunjukkan komitmen KPM untuk memastikan anak-anak berada dalam sekolah, tercapai,” katanya lagi.
Anak Amyza Aznan disahkan alami ketumbuhan di paru-paru lepas jalani ujian CT Scan. Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Anak Amyza Aznan Alami Disahkan Ketumbuhan Di Paru-paru Lepas Jalani Ujian CT Scan
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.
“DOKTOR BERITAHU SELEPAS BUAT PEMERIKSAAN X-RAY HANYA ADA SEDIKIT SAJA BENDALIR DI PARU-PARU ANDRE DAN SELEBIHNYA ADALAH KETUMBUHAN.
“Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.
“Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan,” katanya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.
“Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail,” katanya.
Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya, Andre Mikhail, 18 tahun yang dirawat di hospital di Ampang.
“Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.
“Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.
“Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh,” katanya.
Hati siapa yang tidak luluh apabila kehilangan permata hati, apatah lagi anak yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan kasih sayang dalam keluarga. Begitulah...