
Muhammad Iftikhar Firas Farid, 13 tahun, bukan calang-calang remaja. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang ini baru saja mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dalam kejohanan “Roller Freestyle Park Junior” yang berlangsung di Montpellier, Perancis.
Yang lebih mengagumkan, Firas berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam pertandingan sukan aksi ekstrem itu!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu hantaran ‘Facebook’ menitip Harapan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus bertindak menyedari potensi luar biasa Firas. Beliau juga mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi perhatian penuh dalam menyokong perkembangan bakat Firas.
“Saya mengarahkan KBS membantu dengan kemudahan latihan dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan lagi bakatnya ke tahap lebih tinggi,”
Kisah Firas membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa—jika diberi peluang, pendedahan dan dorongan berterusan.
Akhir Kata, Tahniah Firas! Semoga terus menyinar sebagai ikon belia Malaysia yang mengharumkan nama negara. Kepada ibu ayah di luar sana, mungkin anak anda yang seterusnya!