Anak Masih Kecil, Niena Kembali Aktif Main Futsal. Semangat Ibu Muda Ini Harus Diberikan Pujian

Share

Baru-baru ini Niena Azmann, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody, memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen tentang tahap kesihatannya selepas melahirkan si comel Adithya Jabbar. Di dalam postingnya itu, Niena memberitahu yang dia sudah pulih sepenuhnya.

Dia juga memberitahu ketika melahirkan anaknya, dia melahirkan secara normal tanpa sebarang epidural. Jahitan juga sembuh dalam masa dua minggu. Niena melahirkan rasa syukurnya kerana diberikan kemudahan dan sembuh cepat selepas bersalin. Niena turut memberitahu yang dia memberikan susu badan kepada anaknya dan semuanya baik-baik sahaja.

Ramai yang bertanyakan kepada Niena tentang hal ini, tetapi menurutnya kesihatan perlulah dijaga sejak dari mengandung lagi. Banyakkan berjalan dan melakukan senaman juga antara amalan yang membantu semasa dan selepas melahirkan. Apa pun menurut Niena, periksalah kudrat dan kondisi masing-masing.

Kagum betul penulis dengan semangat Niena. Biarpun baharu sahaja bergelar ibu, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya kembali aktif dalam sukan futsal. Tahniah, Niena!

SUMBER: IG NIENA AZMANN

IKLAN