
Bahasa alien atau bahasa sendiri ni lebih tepat istilahnya ialah ‘jargon’ di mana ianya terjadi disebabkan anak masih belum ada vocab yang mencukupi.
Mereka dah ada kebolehan untuk bercakap cuma belum ada vocab yang banyak dan menyebabkan mereka mencuba tiru dan sebut apa-apa sahaja perkataan.
Dont worry, Mommy Daddy boleh cuba teknik di bawah untuk bantu kurangkan jargon anak dan selamat mencuba!



Kredit: Aishah Kassim

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menakjubkan Cara Ayah Ini ‘Handle’ Anak Yang Sedang Tantrum, Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar.Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam.
Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu, ibubapa sepertinya turut sama terjun ke dalam lubang tersebut.
Akhirnya kedua-duanya terperangkap dan tidak dapat naik ke atas.
Ibubapa seharusnya menjadi individu yang berada di atas dan akan menarik anak keluar dari lubang yang penuh emosi itu. Seperti ayah ini.
Sabar itu sangat sangat payah walaupun kita sendiri tahu yang sabar itu sangat sangat perlu.
Daripada video ini jelas ayahnya sangat sabar dan memberi ruang untuk anak melepaskan kesedihan yang dirasai.
Dan akhirnya.. anak itu sendiri datang memeluk ayahnya.
Antara luahan netizen
Anda rasa okay jika perasaan anda “Dinafikan”?

Tak perlu dipendam perasaan itu, lepaskan dengan cara yang betul

Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Parent Connect
Michael Harrell
Holding Space
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Stress Anak Orang Cepat, Anak Kita Lambat. Rangsang Lagi & Galakkan Mencuba

Ada dalam sesetengah situasi anak lambat dalam beberapa perkara. Ibu ayah tenang, jangan mudah membandingkan kalau anak lambat. Yang penting jangan berhenti rangsang.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Bagi mengukur tahap perkembangan seorang anak, kebanyakan ibu bapa akan membandingkan anak mereka dengan anak individu lain. Namun begitu, ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza mengikut individu. Ada kanak-kanak yang cepat belajar dan menunjukkan kebolehan mereka dalam sesuatu perkara dan ada juga yang agak lambat. Mereka yang agak lambat ini boleh dikategorikan sebagai ‘late bloomers’.
Apakah itu ‘late bloomers’?
‘Late bloomers’ merujuk kepada seseorang individu yang agak lambat dalam menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak ‘late bloomers’ kebiasaannya akan terlihat sebagai kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran di sekolah dan agak terkebelakang dalam aspek kebolehan atau bakat. Namun begitu, kanak-kanak ini akan terserlah bakatnya yang tersendiri mereka apabila mencapai usia dewasa satu hari nanti.
Apakah faktor yang mengakibatkan anak ‘late bloomers’?
‘Late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit mental yang berbahaya buat kanak-kanak. Ia tidak disebabkan oleh infeksi, keturunan atau jangkitan. Sebaliknya, ia hanyalah satu keadaan di mana anak anda menjadi sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain. Ia disebabkan oleh beberapa faktor luaran, antaranya:

1. Belum bersedia berkongsi kebolehan semulajadi
Setiap individu mempunyai kebolehan atau ‘forte’ yang tersendiri seperti menulis, menyanyi, menari dan lain-lain. Bakat ini sememangnya lahir dengan diri sendiri dan merupakan anugerah.
Kanak-kanak ‘late bloomers’ juga mempunyai bakat ini cuma mereka mungkin terlalu malu atau berhati-hati untuk menonjolkannya. Mereka cenderung untuk mengkaji dan memperhalusi bakat tersendiri mereka terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan individu lain.
2. Adik-beradik
Seorang abang atau kakak kepada anak ‘late bloomers’ mungkin akan menjadi faktor kepada kondisi ini. Kebanyakan adik-beradik yang lebih tua akan menganggap dan melayan adik kesayangan mereka seperti seorang anak kecil yang tidak berdaya dengan melakukan semua perkara untuk mereka. Ini akan menjadi punca adik mereka tidak langsung mencuba untuk melakukan apa-apa perkara sendiri lalu menyebabkan keadaan ‘late bloomers’ ini.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengingatkan adik-beradik yang lebih tua untuk membiarkan adik kecil mereka lebih berani untuk mencuba melakukan sesuatu perkara baru seperti merangkak, berdiri, berjalan atau bercakap.

3. Lahir pra matang
Secara logiknya, bayi yang lahir pra matang sememangnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding bayi yang normal untuk membesar. Sebagai contoh, bayi yang lahir awal tiga bulan tidak boleh dibandingkan dengan bayi berusia 3 bulan kerana mereka tidak mengalami perkembangan yang sama. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana bayi pra matang akan mula membesar secara normal apabila mereka mencecah usia sekitar 2 tahun.
4. Kurang pertolongan daripada ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak membesar. Jika seorang anak kurang mendapatkan pertolongan daripada ibu bapa, mereka mungkin akan menjadi seorang anak ‘late bloomers’.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu membantu bayi kesayangan mereka belajar merangkak. Letakkan bayi secara meniarap untuk membiasakan mereka dengan posisi itu. Ibu bapa juga boleh meletakkan umpan di hadapan bayi.
Umpan itu seperti permainan untuk memberi galakan dan dorongan kepada bayi. Dengan ini, bayi anda mungkin akan dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain.
Adakah ibu bapa perlu risau jika anak anda seorang ‘late bloomers’?
Tidak, anda sama sekali tidak perlu risau dengannya. Ini kerana ‘late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit berkaitan mental berbahaya yang boleh memudaratkan anak anda. Ia cuma satu keadaan di mana anak anda sedikit lambat untuk menunjukkan kebolehan atau bakat mereka kepada individu lain.
Jangan sesekali membanding-bandingkan mereka dengan anak individu lain yang cemerlang di sekolah dalam pelbagai aspek seperti pelajaran, sukan dan lain-lain. Anak ‘late bloomers’ bukanlah seorang yang gagal dalam aspek-aspek itu, cuma mereka memerlukan lebih masa untuk berkembang sepenuhnya dan mencapai potensi terbaik mereka.

Mesti beri dorongan
Sebaliknya, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu memberi segala bentuk semangat, galakan, dorongan dalam setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak anda seperti merangkak, berdiri, berjalan, bercakap dan seterusnya.
Sokong dan gilap setiap kebolehan mereka yang anda dapat kesan seawal usia mereka lagi agar mereka rasa dilindungi dan dihargai oleh ibu bapa kesayangan mereka. Paling penting, sentiasa berikan motivasi kepada mereka seawal usia bayi sehinggalah mereka dewasa untuk menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Pakcik Cakap Kena Kiss Dia” – Kenapa Ibu Bapa Tak Boleh Lagi Anggap Semua Dewasa Itu Selamat Buat Anak Kita

Baru-baru ini, satu kes yang sangat menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa telah tular. Seorang ibu meluahkan kekecewaannya apabila kes gangguan seksual terhadap anaknya diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyedihkan, pelaku dipercayai seorang pemandu pengangkutan sekolah — seseorang yang sepatutnya boleh dipercayai menjaga keselamatan anak-anak kita.
Dalam satu rakaman video, si kecil itu dengan polos menceritakan bagaimana ‘pakcik’ itu minta dicium dan turut mencium pipinya. Perbualan ini mungkin kedengaran biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi ibu bapa yang peka, ini petanda bahaya yang sangat besar.
Kita Tak Boleh Lagi “Selamba” Bila Anak Cerita Sesuatu Pelik
Realitinya, anak-anak kita sedang membesar dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kita dahulu. Dulu, kita diajar untuk hormat semua orang dewasa. Tapi sekarang, kita kena ajar anak untuk tahu sempadan sentuhan. Sentuhan yang baik dan sentuhan yang tak sepatutnya berlaku.
Ibu bapa hari ini perlu jadi “detective” emosi dan tingkah laku anak sendiri. Bila anak mula tunjuk tanda-tanda murung, takut nak ke sekolah, atau tiba-tiba jadi terlalu pendiam — JANGAN abaikan. Itu mungkin jeritan minta tolong dalam diam.
Anak-Anak Perlukan Suara Kedua: Ibu & Ayah
Dalam kes ini, ibu mangsa bertindak cepat dan tegas — satu langkah yang sangat penting. Tapi apabila sistem masih gagal melindungi, kita tak boleh diam. Kita kena terus bersuara. Media sosial, saluran NGO, kaunselor — semua ini boleh jadi platform untuk bantu anak kita dapat keadilan.
Apa Yang Kita Boleh Buat Sebagai Ibu Bapa?
- Ajar Anak Tentang Sentuhan Selamat Seawal Mungkin Gunakan bahasa mudah, patung atau buku cerita untuk bantu mereka faham.
- Cipta Ruang Anak Boleh Cerita Tanpa Takut Dimarah Jangan terus marah bila anak cerita benda pelik. Dengar dulu. Tanya dengan lembut.
- Pantau Siapa Yang Dekat Dengan Anak Kita Termasuk guru tuisyen, pemandu, pengasuh. Bukan paranoid, tapi berjaga-jaga.
- Bersama-Sama Dalam Komuniti Sekolah Sertai group WhatsApp, kenali ibu bapa lain, dan sama-sama alert dengan isu keselamatan.
Suara Netizen: Ramai Yang Marah & Tak Boleh Terima!
“Gila ap, suka-suka hati suruh cium-cium dan cium anak orang, OMG sumpah gila, kita nak pegang anak orang pun tak berani sebab kita tahu kadang-kadang ada parent tak suka, inikan pula kiss. GILAA.”
“Not normal? Kenapa kena cium anak orang terutama masa orang tak ada?? Untuk apa ek?”
“Mana boleh suka-suka cium anak orang?!? Kena aku, kalau polis tak ambil tindakan memang aku lah yang bertindak dengan orang-orang macam ni.”
“TINDAKAN SUKA CIUM BUDAK MEMANG SGT TAK OK, DAN TAK PERLUUUU!! … Benda I PALING MENYESAL SEKALI WAKTU TU, I SURUH ANAK I SALAM DGN diorg… then paling terkejut PAKCIK TU KISS NECK ANAK I, PIPI ANAK I..eeeeee mmg bodohlahhhh ingat balik..”

Anak-anak adalah amanah. Dan amanah itu tak patut kita lepaskan hanya kerana kita terlalu sibuk atau terlalu percaya pada sistem. Dunia tak lagi selamat seperti dulu, tapi kita boleh jadi benteng pertama untuk lindungi mereka.
Dan ingatlah — bila seorang anak berani bersuara, itu petanda dia percaya pada kita. Jangan biar kepercayaan itu dikhianati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


