Demi kasih seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, Leez Rosli sanggup melupakan seketika minat dalam bidang lakonan.
Selepas bergelar isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul Roza, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasi ini mula menyepikan diri dari bidang lakonan sejak lebih empat tahun.
Leez mengakui sebenarnya dia rindu untuk kembali berlakon, tetapi terpaksa menolak sebarang tawaran kerana sukar berjauhan dengan anaknya, Nur Saffiya Alisha, 2, selain sibuk menguruskan perniagaan tudung secara online yang baru diceburi.
Ads
Memikirkan jadual penggambaran yang pasti akan mengambil masa panjang, Leez yang juga tidak mempunyai pembantu rumah lebih selesa menguruskan sendiri anaknya selain tidak boleh berjauhan dengan anak tersayang.
“Susah untuk tinggalkan Alisha kepada orang lain kerana dia masih menyusu badan. Tunggu sedikit masa lagi apabila saya betul-betul bersedia.”
Walau bagaimanapun Leez bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sejak bergelar isteri dan ibu.
Perniagaan tudung Saffiya by Leez Rosli yang diusahakan sejak Disember lalu semakin mendapat sambutan dan membuatkan dia perlu ligat dan aktif menguruskan permintaan pelanggannya.
Ads
Malahan sepanjang bulan Ramadan ini, Leez turut sibuk berniaga di Festival Ramadhan Putrajaya 2018 menjual tudung bawal yang sering digayakan olehnya sendiri.
Nampaknya walaupun komitmen terhadap keluarga dan perniagaan membataskan dirinya untuk aktif dalam bidang seni, namun pelakon yang juga masih meminati bidang nyanyian ini mengakui kehidupan yang dilalui hari ini lebih baik dan tiada apa lagi yang hendak dicari lagi.
Kelahiran anak bagi pasangan suami isteri antara yang paling dinanti-nantikan. Tapi bila anak menangis ibu bapa mula stres. Tahu tak ada 3 kategori bayi berdasarkan karekteristik tangisan mereka.
Antaranya adalah easy going (mudah), high demand (menuntut perhatian tinggi) dan colic (lebih dikenali sebagai sawan tangis di dalam masyarakat Melayu).
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia Uswatun Hasanah, bayi ‘easy going’ ini boleh tidur ‘di mana-mana, pada bila-bila, tanpa apa-apa’ tetapi TIDAK bayi ‘high demand’. Mereka tidak boleh ‘asal boleh’.
Mereka perlukan cara tidur dan cara bertenang yang tepat ikut standard keperluan dan kemahuan mereka. Masalahnya, ramai ibu tak tahu cara kenalpasti cara tidur dan cara bertenang yang bayi ‘high demand’ mereka perlukan.Ya, saya juga pernah jadi salah seorang ibu ‘tak tahu’ ini.
Bayi ‘easy going ‘ ini ada kawalan pusat yang tinggi. Iaitu kemahiran beralih dari fasa berjaga dan belajar ke fasa rehat dan tidur yang bagus.
Maka kita melihat jika di biar sendiri pun mereka tahu cara gembira dan ‘chill’ kan diri : contohnya sama ada menghayati suasana sekeliling atau tenung tangan atau mainan gantung sendiri lama-lama. Tau-tau dia dah terlelap!.
Bayi ‘high demand’ ? Oh tidak .. Setiap kali bosan,’serabut’, letih dan mengantuk, mereka pasti akan membuat bising kerana mahu di bantu untuk rileks dan tidur. Kerana apa? Mereka miliki kawalan pusat yang lemah jadi mereka ‘tak tau buat sendiri’.
Oleh kerana bayi ‘ easy going ‘ ini ada kawalan pusat yang tinggi maka tak kira berapa kali mereka tersentak ( akibat reflex moro yang aktif dalam semua bayi 0-3 bulan ) atau menggeliat atau terganggu semasa tidur, mereka boleh tidur kembali dengan sendiri tanpa perlu panggil ibu untuk bantu. Maka kita mendengar ibu-ibu bayi ‘easy going’ ini mendakwa, “..dia elok tidur saja tak jaga langsung”, walau tanpa bedung dan 101 alat bantuan tidur yang lain. Sedangkan apa yang ibu-ibu ini tak sedar ialah bayi mereka tersentak, buka mata,menggeliat dan terjaga SAMA BANYAK dengan bayi-bayi lain. BEZAnya , bayi mereka tahu tidur kembali dengan sendiri. Tak percaya ?
Perhatikan bayi ‘easy going’ anda sepanjang dia tidur hari ini. Maka untuk bayi-bayi ‘bukan easy going’ berilah semua yang mereka perlu untuk lena KECUALI jika anda tak kisah nak mendatangi bayi anda setiap kali pun.
Kenalpasti bayi anda dan terima mereka seadanya. Hanya dari itu anda bersedia memberi apa yang mereka perlukan!
Obses si bayi kepada alat kawalan jauh (remote control), kunci dan telefon (handphone/smartphone/telefon rumah) selalunya ada. Ketiga-tiga objek ini selau menarik perhatian bayi. Nak tau kenapa?
Kadang-kadang mama dan papa berasa pelik, kenapa objek-objek ini menjadi kesukaan bayi. Rupanya-rupanya ia berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan perkembangan visual dan sensori si bayi.
KUNCI
KENAPA BAYI SUKAKANNYA?
Kunci, tak kira kunci rumah atau kunci kereta memang kesukaan si kecil. Kunci khususnya yang diperbuat daripada logam mempunyai rupa bentuk berkilat menarik perhatian mereka. Apabila ia dikumpul dua atau lebih, maka ia akan menghasilkan bunyi yang menyeronokkan bayi.
IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…
Kunci yang diperbuat daripada keluli yang disalut selalunya mempunyai plumbum yang boleh membahayakan bayi dan boleh menyebabkan keracunan logam. Selain itu, kunci juga boleh memerangkap kekotoran dan minyak. Bentuknya yang runcing dan bergerigis boleh mencederakan bayi. Maka ia amat tidak sesuai untuk dijadikan mainan bayi.
ALAT KAWALAN JAUH
KENAPA BAYI SUKAKANNYA?
Ia mempunyai butang yang berwarna-warni. Butangnya lembut dan adakalanya bercahaya/ berkelip-kelip apabila butang ditekan. Ini lah sebabnya ia ‘interaktif’ sungguh kepada si manja.
Lebih-lebih lagi bila si kecil boleh melihat kesan menekan butang-butang pada alat kawalan jauh itu. Kalau tindakannya itu menyebabkan saluran TV tertukar atau TV dimatikan/dihidupkan, maka makin seronoklah dia!
IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…
Seronok memang seronok, tapi mama dan papa perlu tahu yang alat kawalan jauh diperbuat daripada butang-butang kecil yang boleh terbuka atau tertanggal. Alat ini juga menggunakan bateri yang boleh mengakibatkan risiko tertelan kepada bayi.
TELEFON
KENAPA BAYI SUKAKANNYA?
Tidak kira sama ada telefon bimbit, telefon pintar atau telefon rumah, semua ketiga-tiga ini menjadi kesukaan si manja. Telefon bimbit dan telefon rumah, mempunyai butang kecil dan skrin yang menampilkan pelbagai objek apabila butangnya ditekan.
Manakala skrin telefon pintar pula mengeluarkan cahaya apabila butangnya ditekan. Tarikannya bukanlah sekadar video atau Youtube semata-mata, telefon bimbit itu sendiri yang amat menarik perhatian si anak. Bentuk luarannya yang berwarna hitam dan putih juga menangkap visual anak kecil.
IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…
Telefon ialah peralatan untuk berkomunikasi dan bukannya permainan. Ia terdedah kepada kekotoran dan kuman berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan si manja sakit apabila memasukkannya ke dalam mulut.
Dalam satu kajian British, penyelidik mendapati terdapat bakteria pada 92% telefon bimbit yang diuji. Lebih buruk lagi, satu daripada enam telefon telah tercemar dengan bakteria E. coli yang boleh menyebabkan masalah perut yang serius (berpotensi mengancam nyawa bayi). Virus yang menyebabkan selesema juga misalnya boleh hidup di beberapa permukaan untuk sehari atau lebih.
Sekiranya telefon tersebut mempunyai tali cord, maka risiko terbelit juga amat tinggi!
PENYELESAIAN IALAH CARI PENGGANTI YANG SESUAI!
Mama dan papa, jika bayi suka bermain dengan kunci, telefon dan alat kawalan jauh, gantikannya dengan mainan yang direka khas untuk bayi yang menyerupai fungsi dan bentuknya. Pastikan permainan yang dibeli yang diperbuat daripada plastik bebas Bisphenol A, (bebas BPA). Jangan lupa periksa sebelum beli, pastikan ada pelekat logo yang berwarna hitam putih ini atau MC (Malaysian Conformity).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak demam, ibu memang susah hati. Boleh dikatakan semua kerja terbelangkai. Lagi perit bila kena berjaga malam semata-mata nak pastikan anak ok.
Perkongsian dari Dr Ezairy M Sallih mengenai cara yang perlu ibu bapa buat bila anak demam panas boleh membantu. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan anak mengalami sawan dan kekurangan air dalam badan.
Ikuti 7 langkah yang boleh di buat ketika di rumah:
1.Periksa suhu anak
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh.
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital.
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak.
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.