Jarang-jarang berkongsi kisah keluarga, namun menurut penyanyi, Faizal Tahir, keluarga adalah segalanya dalam hidupnya malah menjadi keutamaannya.
Menurut Faizal, kehidupannya kini telah banyak berubah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya yang istimewa di hati semua.
“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih.
“Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini.
“Anak-anak saya dah makin membesar dan ada yang sudah habis sekolah jadi saya rasa buat masa ini dalam kehidupan saya sebagai seorang bapa itu melebihi daripada peranan seorang selebriti.
Ads
“Kalau dulu zaman-zaman ‘poyo’ saya letak kerjaya saya dahulu berbanding keluarga dengan memikirkan kalau sudah berjaya saya dapat menanggung keluarga.
“Tapi bila masa sudah berubah dan anak-anak makin membesar dan belajar dari kesilapan, rupanya saya salah. Apa-apa pun keluarga dahulu baru kerjaya akan lebih baik,” kongsi Faizal bila bercerita mengenai anak-anak.
Kena selalu bersedia untuk anak istimewa
Dianugerahkan untuk memiliki seorang anak istimewa adalah satu hadiah istimewa dari Allah. Namun akuinya lagi, dia turut berdepan cabaran membesarkan seorang anak istimewa yang sentiasa membuatkan dia sebak kerana masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya itu.
Ads
“Saya kena selalu bersedia andai berlaku sebarang perkara yang tidak elok kepada dia kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya.
“Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih ada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun. Tube itu untuk dia makan dan makan ubat.
“Kalau dulu saya ambil macam-macam tawaran tapi sekarang saya tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.
Ads
Terdahulu, hasil perkahwinanya bersama isteri, Faizal dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki dan empat anak perempuan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bukan hanya percakapan, cara kita bertanya kepada anak-anak juga memainkan peranan dalam membentuk peribadi anak-anak kita. Anak-anak akan menjadi lebih takut untuk menjawab setiap pertanyaan bila mana diasak dengan soalan yang terlalu tegas dari mak ayah.
Berlembut dan gunakan ayat yang lebih kreatif ketika bertanyakan soalan kepada si kecil anda. Dua cara ini dapat mengembangkan minda anak kecil untuk berfikir dan seterusnya memberikan jawapan kepada setiap persoalan mak ayah tanpa rasa takut-takut. Ini yang dikongsikan oleh Ibu Rose.
Cara Betul Tanya Anak
Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, ‘Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri. Maka nampak dia seperti melawan atau degil. Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”,contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Ketika sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
” Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu, apa yang Az-Zahraa maksudkan).
” It is a happy hit, Main pukul-pukul,” kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami bahawa dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak.
Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bab nak mengutip barang-barang kecil di rumah biasanya ibu akan ambil peranan. Bukan apa, risau jika ada anak kecil, silap haribulan anak akan masuk dalam mulut dan mungkin boleh jadi perkara luar jangkaan pula.
Lagi satu, bila diberitahu pada suami atau anak-anak simpan di tempat tinggi dan selamat, kadang tetap juga tercicir di merata tempat. Jadi nak mengelakkan ibu asyik membebel benda yang sama dan secara tak langsung boleh disiplinkan ahli keluarga, idea dikongsikan oleh Puan Khulailah Musa ini bagus.
Menurutnya, cara penyimpanan ni, sangat membantu menyelamatkan dari asyik membebel. Bila dah praktik macam ni, hati pun rasa tenang.
Antara kelebihannya:
#senang nak cari #tak berhabuk # jika terjumpa dalam bilik anak / ruang tamu, kutip semua masuk bekas transit, dan throw balik dalam drawer masing. setiap benda ada rumah #senang nak check stok apa yang tak ada, seperti gam, ubat gigi, bateri #mengurangkan pertanyaan ayahnya dan anak-anak kat mana barang..Benda-benda kecil ni penat nak menjawab kat mana letaknya.. # latih suami dan anak-anak ambil sendiri dan letak balik selepas guna. #tahu apa yang hilang/ atau bila ada orang guna..Seperti sepit kuku, gunting
Senarai barang setakat ni:-
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alat tulis [pen, pensil, klip, pembaris, pemadam, sharpener]
-dulu letak dalam bilik study anak-anak tapi selalu anak-anak ambil guna ikut suka.
6. Gam/gunting, nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat minum
10. Stok ubat luaran
11.Resit harian [bila tukar handbag, campak je dalam ni, nanti hujung bulan baru masuk rekod]
12. Barang Suami [transit barang-barang suami yang dijumpai, nanti dia tahu nak ambil mana seperti, resit company, kunci pejabat & lain-lain]
13. Stok toiletries – sabun buku, ubat gigi, berus gigi,
14. Pin tudung
15. Elektronik – wayar charger, earphone, telefon, mouse.
16. SPECIAL – ubat ezcema anak
KENAPA SAYA banyak guna stackable drawers:
1. Boleh pindahkan ikut ruang yang kita ada dan boleh ubah kedudukan drawer.
Boleh pindahkan masuk bilik anak, atau letak kat ruang laundry. Saya juga guna stackable drawer dalam kabinet baju untuk simpan INNER SKAF, underware, stokin tangan, stokin, bra.
2. Bila nak pindah rumah, boleh angkat macam tu sahaja. Tak perlu kalut cari barang. Hanya perlu selotape drawer supaya tak terkeluar.
Owh, harga dia mungkin mahal sikit tapi berbaloi. (Boleh beli di shopee . Search “stackable drawers”)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia. Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut! Begitu juga kisahnya tentang kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun. Yang pasti, pada peringkat usia ini ketika mereka sedang melalui proses pendidikan separa formal (praformal) yang menjadi jambatan antara rumah kediaman dan institusi prasekolah, banyak hal dan perkara yang boleh menjadikan seorang anak kecil risau lagi takut.
Apakah reaksi pertama anda sebagai papa atau mama ketika si kecil berkata dia risau atau takut akan sesuatu? Ingat, hanya kerana hari ini kita sebagai orang dewasa punya banyak pengalaman hidup dan kita tidak lagi takut tidur di dalam gelap, kanak-kanak masih belum punya pengalaman yang sama.
Lebih tragis, ada pula mama dan papa yang cenderung meremehkan kerisauan dan juga ketakutan anak kecil mereka! Memang betul (rasanya) di bawah katil kita tidak ada monster yang sedia untuk menyerang dan memakan kita. Tetapi papa dan mama juga perlu ingat bahawa imaginasi kanak-kanak 0-6 tahun amat aktif berbanding dengan kita. Maka, untuk bulan ini saya kongsikan beberapa cara untuk membantu anak anda yang mungkin sedang berasa risau lagi takut.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM dan Penyelidik Aktil Ilmu Psikologi perkembangan tahun awal sosiologi Pendidikan praformal kanak-kanak dari usia 0-6 tahun senaraikan 7 cara untuk ibu bapa bantu anak-anak atasi rasa takut dan risau.
Hakikatnya, tidak semua kanak-kanak sama walaupun umur mereka mungkin sebaya. Ada yang bersifat terlalu berani, ada pula yang sering dilanda risau, cemas dan takut hingga anak kecil itu kelihatan gelisah pada setiap detik. Tangani perasaan negatif itu satu persatu dengan aktif dan fahami sebanyak mungkin hal dan keadaan yang boleh menerbitkan rasa negatif itu dalam diri anak kesayangan anda.
Didik anak secara berperingkat untuk memerangi rasa risau dan takut. Misalnya, kalau dia takut tidur dalam gelap, belikan lampu tidur yang sesuai dengan citarasanya sebagai satu cara untuk melawan rasa takut kepada gelap. Perlahan-lahan, anak anda akan terbiasa dengan kegelapan dan akan sampai waktunya dia tidak lagi menggunakan lampu itu (atau mungkin juga dia akan kekal memakai lampu tidur sampai ke tua, macam saya juga).
Percayalah, anak anda tidak akan berhenti berasa risau atau takut hanya kerana anda suka memekik, “Janganlah takut!” atau “Jangan risaulah!” ditelinganya. Percaya atau tidak, rasa risau dan takut mempunyai asas genetik iaitu kewaspadaan. Pada zaman Jurassic dahulu kala, manusia prasejarah harus sentiasa berwaspada takut-takut kalau mereka menjadi lauk dinosaur Velociraptor atau Tyrannosaurus Rex pada hari itu.
Asas genetik ini tetap ada dalam diri setiap manusia hingga ke hari. Ajaklah si kecil anda berdialog dan dengar luahan hatinya. Siapa tahu? Dia takut pergi ke tandas seorang diri bukan kerana ada hantu di dalam tandas rumah anda tetapi kerana dia terlalu pendek untuk mencapai suis lampu. Begitu juga dia takut tidur di dalam gelap kerana hidungnya sering berdarah hingga habis bantal dan cadar (bukan kerana ada monster di bawah katil).
Meneruskan contoh saya beri tentang kanak-kanak yang takut untuk tidur di dalam gelap, ada banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan agar rasa takut dan rasa risau mereka dapat ditangani dengan baik lagi efektif. Perlu difahami, mama dan papa harus mengelakkan diri daripada asyik mengelak untuk berdepan dengan rasa risau dan takut si kecil. Mengelak bukan suatu strategi yang baik dan hanya akan menguatkan rasa risau dan takut itu.
Jika si kecil anda takut kepada anjing misalnya, mendukung si kecil sekuat hati dan terus melarikan diri daripada semua anjing yang anda jumpai tidak akan membantu si kecil anda menjadi berani untuk berdepan dengan anjing (silap haribulan anda juga bakal dikejar anjing kerana lari daripadanya). Lebih elok jika anda memegang tangan anak anda dengan erat dan melintas di depan seekor anjing daripada mengelakkan situasi itu.
“Macam mana?”, “Boleh ke?”, “Takutlah kalau-kalau…” Semua ini sering keluar daripada mulut si kecil yang terlalu risau dan cepat takut. “Macam mana kalau monster keluar bila papa padam lampu nanti?” Pemikiran logik dapat membantu anak manja anda berdepan dengan banyak perasaan negatif yang dia rasai. Tambah juga humor dan gelak ketawa supaya kesan perasaan negaatif berkenaan dapat dikurangi.
Bermacam-macam rasa risau dan takut boleh dirasai dalam setiap keadaan. Ada kanak-kanak yang tidak suka ke tadika kerana dia takut dia tidak diterima oleh rakan sebayanya. Ada pula yang berasa cemas bila terlihat sesuatu rangsangan negatif di depan matanya. Supaya si kecil comel anda menjadi lebih yakin dan berani, pemikiran logik dan humor akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang dengan izin Tuhan.
Strategi jangka panjang yang bermanfaat untuk membantu anak anda mengatasi rasa cemas dan takutnya ialah strategi yang berasaskan kemahiran dalam diri sendiri. Semakin banyak kemahiran yang dikuasai, semakin kurang kesan perasaan negatif seperti risau dan takut dalam hidup seharian anak anda. Selain strategi berasaskan pemikiran seperti fikiran logik dan fikiran positif, strategi fizikal juga boleh dicuba.
Contohnya, memegang erat tangan si kecil anda atau memeluknya dengan penuh kasih-sayang jika dia terlampau cemas atau takut. Latih juga anak anda untuk bernafas dengan stabil dan merehatkan otot-otot jika dilanda perasaan negatif. Kemahiran pernafasan memang terbukti untuk mengurangkan stres dan rasa negatif, begitu juga kemahiran merehatkan otot yang cepat tegang ketika kita sedang cemas, takut atau pun marah.
Jangan dipaksa si kecil anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan dia risau atau pun takut. Memaksa hanya mengundang tindak balas ekstrem kelak malah boleh menerbitkan risau dan takut yang melampau pula. Pada masa yang sama, pastikan semua perkara asas mencukupi dan terjaga dalam hidup anak anda seperti waktu tidur yang cukup, makanan yang berkhasiat, air yang mencukupi, waktu beriadah dan lain-lain lagi.
Perasaan negatif mudah menguasai diri kita apabila kita tidak dapat berehat atau berasa tenang. Fakta ini bukan hanya terpakai dalam hidup orang dewasa tetapi juga untuk
kanak-kanak. Jika semua keperluan asas tumbesaran ini dapat dipenuhi maka risiko perasaan risau, cemas, takut dan marah pun dapat dikurangkan dengan banyak. Jadi, pastikan semua keperluan asas si kecil kesayangan anda dipenuhi pada setiap masa.
Kerisauan dan ketakutan sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’ diri dan peribadi si kecil anda. Anak anda yang tidak mahu tidur di dalam gelap akan berperang dengan dirinya (dan juga dengan anda pastinya) dan dia akan bertahan selama mana boleh daripada tidur kerana dia dikuasai kepercayaan yang ada monster tinggal di bawah katilnya. Seboleh-bolehnya, jangan dimarahi si kecil itu dan cubalah berempati dengan perasaannya.
Empati daripada papa dan mama akan membantu kanak-kanak yang cenderung berasa risau dan takut untuk memahami bahawa mereka tidak bersendirian dalam hidup, dan orang tua mereka akan sentiasa bersama dengan mereka. Hari bertukar minggu bertukar bulan, perlahan-lahan rasa risau dan takut itu pasti berkurangan sejajar dengan masa.
Oh ya, jangan lupa mama dan papa semua memantau keperluan anda sendiri. Mengasuh anak kecil yang cepat risau dan cepat takut boleh memakan masa yang lagi di samping menguji kesabaran kita orang dewasa. Waktu tidur si kecil yang terganggu atau pun kerisauannya yang berterusan, boleh memberi kesan negatif juga kepada kita orang dewasa. Maka, beri juga keutamaan kepada keperluan kesihatan anda supaya anda memiliki tenaga yang diperlukan untuk membantu anak comel manja anda melalui tempoh masa yang sukar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.