Genap 4 tahun perkahwinan Fad dan isterinya, Syahirah A.Rahman serta dikurniakan tiga anak, pasangan ini masing-masing berterima kasih satu sama lain kerana berjaya melalui susah senang bersama sejak dari tiada apa-apa hinggalah mampu memiliki sedikit demi sedikit harta sendiri.
Namun kehadiran si kembar Hayyan dan Zayyan waktu itu juga umpama pembuka rezeki bagi Fad dan Sya dari sehari ke sehari dan kehadiran Aminah juga lagi besar rezekinya untuk mereka sekeluarga.
Ads
Sya juga berharap selagi ada, selagi mampu harapannya adalah satu untuk melihat kebahagiaan anak-anak dan Allah sentiasa merahmati dan menjaga keluarga kecilnya.
Sya juga menyatakan mungkin dia bukanlah sempurna dan tak seperti wanita lain, tapi apa yang diharapkan ini semua untuk kebaikan anak-anak.
Ads
“Mommy mungkin tak macam perempuan lain, selalu marah kalau bab kerja, selalu bising apa yang berkaitan dengan tugas daddy tapi tiada benda lain selain nak tengok semuanya sempurna. Terima kasih daddy,” kata Sya di instagramnnya.
Sumber: ig Fad Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak. Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta, baby car seat juga memudahkan untuk travel walaupun tanpa pasangan.
Tetapi ramai yang tidak berjaya memujuk anak untuk berada dalam baby car seat. Ramai yang was-was, boleh ke anak duduk diam dalam car seat untuk perjalanan yang jauh? Ikuti perkongsian daripada Puan Ummi Mansor.
Carseat : Boleh Ke Anak Duduk Diam Untuk Perjalanan Jauh???
Jawapannya : BOLEH!
Tapi, Kita sebagai Ibu Bapa perlu ada ilmu, ada kemahiran yang betul. Nak bawa anak cuti-cuti Malaysia, bukan hanya perlu buat homework penginapan dan tempat makan sahaja. Tapi perlu juga gali ilmu untuk pastikan anak SELAMAT dan SELESA dalam perjalanan!
Tip-tip supaya anak selamat dan selesa dalam carseat;
1) Pastikan bekalan dalam kereta cukup
Jangan semua beg letak ke bonet. Di tempat duduk mesti ada; wet tissue, lampin, pakaian tambahan, air minuman, snek dan hiburan.
*Air minuman dan snek pastikan diletak dalam bekas yang ringan sahaja. Supaya jika berlaku kemalangan, ianya tidak terlalu membahayakan jika melayang dalam kenderaan.
*Hiburan pun sama; pilih yang ringan dan selamat sahaja. Soft toys ke, buku fabrik ke, foam puzzle ke. Jangan guna smartphone sentiasa, memang ada kes dahi berjahit dek smartphone melayang masa kemalangan. Pensel alat tulis bagai tu semua No No No!
2) Rancang perjalanan dalam waktu yang sesuai
Saya pilih siang, sebab laluan agak terpencil. Saya juga bajet masa supaya anak sempat tidur siang (nap) dalam car seat. Supaya sampai destinasi anak segar dan tak meragam.
3) Pilih untuk berhenti 10 minit selang 2-3 jam
Walaupun tiada keperluan bagi anda. Tukar lampin dan pakaian anak, kesian dia berpeluh.
Keluarkan dia dari carseat, meski hanya berlegar ke ruang hadapan sekejap.
Sebolehnya berikan anak masa dan ruang untuk berlarian di luar.
*Anak saya mabuk kenderaan, jadi hentian pertama pun dah muntah di RnR. Kami beri dia rehat lama sikit untuk hirup udara segar. Lega dia.
4) Selitkan waktu riadah dalam itinerari
Kalau anak asyik perlu keluar masuk carseat, pasti dia pun meragam. Kalau pagi dah bawa anak ikut kita membeli belah, petang cukuplah sekadar ambil angin di tepian pantai.
Kalau petang nanti nak bawa anak makan malam di restoran jauh sikit, pagi ni cukuplah makan di warung depan homestay sahaja. Tak perlu pagi petang siang malam dok ligan anak ke sana sini. Letih dia. Kesian. Itu pasal anak tak mahu duduk carseat.
5) Elakkan terikat dengan jadual masa anda
Ini terutama pada yang berjalan-jalan dalam masa yang singkat.
Contoh;
Jam 8 pagi bergerak pulang, jam 2 petang mesti nak sampai rumah. Sebab esok nak kerja katakan.
Tak boleh macam itu ye. Kita yang nak jalan, tapi anak tanggung seksa. Kesian dia. Saya amalkan berhenti bila anak dah menunjukkan bosan dalam carseat. Walaupun dah hampir nak sampai destinasi.
Jangan sesekali bila anak menangis; “Alahai sayang sikit lagi nak sampai. Sabar la.”
Anak akan rasa tidak didengari. Jadi memori dia dalam car seat adalah; “Kalau duduk sini, Ibu Ayah tak dengar aku menangis”. Jadi kemudian hari, anak fobia pada car seat.
Bukan salah anak. Salah kita sebenarnya. Cukup la 5 tips di atas dahulu ye.
Yang penting ingat;
Your children are a gift!
Treat them as you would an expensive gift,
Because they are PRICELESS!
Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian. Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian. Berbeza dengan ibu yang bekerjaya. Memang penat setelah seharian di pejabat, balik rumah pula perlu menguruskan rumahtangga. Lebih lagi jika ada anak yang masih kecil.
Tetapi ibu kena ingat, pesanan nenek moyang dulu, ‘air tangan’ isteri atau ibu adalah pengikat kasih sayang suami dan anak-anak. Nyata, jika ibu sibuk mana pun kena cari masa untuk melakukan tugasan itu.
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah menyentuh mengenai kehebatan air tangan ibu yang merupakan rahsia yang akan membuat anak mendengar kata-kata anda dan mudah dibentuk.
Air tangan ibu bukan memasak sahaja
Walaupun ibu itu seorang yang sibuk dengan kerjayanya, seharusnya kita menambat hati melalui air tangan ibu. Ini kerana, air tangan ibu ini adalah penuh dengan kasih sayang. Kita masak bermakna, kita sayang anak-anak dan suami walaupun kita penat.
Apa yang dikatakan kurang air tangan ibu pula kerana kemungkinan segala persiapan anak diuruskan oleh pembantu rumah atau bibik seperti makan minum, mandi atau pakai baju anak-anak. Berbeza dengan air tangan ibu yang memasak, air tangan ibu yang suap makanan dan minuman serta air tangan ibu yang memandikan anak.
Saya sendiri, semasa anak kecil, saya akan mandikan anak, basuh rambut dan syampu rambut anak-anak. Sambil itu, saya akan berdoa, “Ya Allah haramkan rambut anak ku ni daripada dibakar oleh api neraka. Moga anakku menutup aurat dengan sempurna. Saya sebegini sejak mereka bayi lagi.
Jika basuh tangan anak-anak, saya akan niat, “Ya Allah, bagilah tangan anakku ini melakukan perkara yang baik-baik saja, nanti di akhirat dapat ‘buku’ ditangan kanan. Basuh tangan kiri pula niat, “Janganlah bagi anakku dengan tangan kiri, janganlah bagi anakku mencuri, buat benda yang tak elok. Ketika mandikan anak, jangan lupa basuh kaki kanan dan kiri anak niatlah kaki ni tetap ke titian siratul mustaqim dan melangkah ke tempat-tempat baik.
Ini semua adalah air tangan ibu. Bukannya memasak sahaja. Air tangan ibu termasuk kita mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut dan suapkan makan minum anak. Semua perkara-perkara Ini dilakukan dengan niat semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Malah kasih sayang antara anak dengan ibu semakin kuat apabila anak itu membesar. Anak akan ingat momen ini.
Apa yang Ustazah kongsi ini, Ustazah buat pada anak-anak, sekarang pada cucu pula. Jadi air tangan ibu ini penting. Apapun kena dilakukan dengan perasaan tenang bukannya dalam keadaan marah. Jika kita memasak dalam keadaan marah, orang yang makan mungkin akan dalam keadaan beremosi.
Apa yang pasti, seorang ibu itu perlu meluangkan masa untuk memasak, menyuapkan makanan dan minuman, mandikan serta pakaian baju anak. Malah apa sahaja yang ibu lakukan perlu disertai dengan doa seperti doakan keselamatan anak semasa memandikannya.
Semua yang dilakukan ini adalah air tangan ibu untuk memberikan kesejahteraan buat anak-anak. Kurangnya air tangan ibu, bermakna akan menjejaskan kasih anak kepada diri kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kontroversi sebelum ini mengenai pernikahan kedua Ashraf Muslim sedikit memberi tamparan hebat padanya namun dia sesekali tak cepat melatah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Semua itu dianggap satu ujian dan akhirnya kemanisan yang dikecapi kini dah pun mula mewarnai kehidupan keluarga ini.
Bagi Ashraf yang bergelar ayah kepada empat orang anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki, Allah adalah sebaik-baik perancang untuk mereka.
Syukur dengan kehidupan hari ini kerana dikelilingi anak-anak yang sedang membesar. Sekejap je masa berlalu, mereka pun dah semakin besar.
Bila orang cakap ada anak ramai agak besar cabarannya tapi bagi Ashraf dia begitu seronok. Anak-anaklah penghibur hati waktu kita tengah serabut atau stres.
“Percayalah bila kita tengah stres, anak-anak sebenarnya ubat terapi bagi kita bergelar ibu bapa. Insya-Allah boleh kurangkan stres tengok gelagat mereka dan fikirlah yang baik-baik,” katanya.
Anak membesar sama-sama
Tanggungjawab sebagai suami, ayah dan juga public figure sama sekali tak membataskan masa Ashraf Muslim untuk ahli keluarga.
Terasa bahagia tengok anak-anak saling sayang menyayangi dan membesar sama-sama.
Ashraf dalam instagram turut menyatakan selagi diberi peluang, ayah akan sayang dan hargai anak-anak ayah.
“Kita sebagai ibu bapa sentiasalah doa kebaikan mereka sepanjang masa. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita, anak yang soleh dan solehah.
“Apa yang membuatkan ayah terlalu gembira, kehadiran Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah anugerah yang begitu besar nilainya untuk ayah, mama dan ibu,” kongsinya.
Sumber: ig Ashraf Muslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.