Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak. Menangis, mengamuk dan meronta-ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon. Pening dibuatnya.
Sudahnya mama dengan rela hati, bagi saja pada anak. Redha dan pasrah. Itu sahaja yang termampu.
Tip paling mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ni boleh mama papa cuba. Betul katanya, memang tak salah. Cuba!
3 hari ini hampir 15 orang WhatsApp saya tanya bagaimana untuk elak anak dari mengadap HP? Jawapan saya paling mudah dan semua orang boleh buat. Saya dah buat kesannya HP kat sebelah pun anak tak layan.
Ads
Mudah sangat-sangat, langkah pertama JANGAN BAGI ANAK HP. HP itu bukan macam kucing boleh melompat lompat nak bermanja duduk atas peha. Yang jadi masalah apabila anak minta, buat muka sedih terus kita bagi.
Kedua jangan main HP depan anak. Sebolehnya jangan bagi anak nampak HP dalam seminggu atau sebulan. Bagi anak tu mengadap muka kita, lari guling-guling dengan kita sehinggakan dia rasa tak boleh tak peluk cium kita.
Ads
Anak nak main HP sebab dia anggap HP lebih baik dari kita. HP dapat beri bahagia, buatkan mereka tertawa dan peneman hidup mereka.
Ads
Tapi beberapa orang jawab. “Tak boleh la buat dua tips ini nanti dia ganggu saya buat kerja, melalak menangis nak HP juga. Jika tak bagi nanti mogok tak nak makan, saya ini hati tisu”.
Saya diam tinggalkan blue ticks. Jika dua ini pun tak boleh buat macam mana nak ikut tips lain. Jangan banyak bagi ALASAN jika nak lebih baik. Dah terang-terang anak ketagih HP kenapa masih layan lagi kehendak mereka,jika dilayan lagi masalah emosi anak-anak.
Cegah sabelum anak-anak ketagih dengan pelbagai gadget sehingga mereka anggap kita tak wujud!
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu-ibu bila terlalu banyak menggunakan cili untuk memasak, tangan akan rasa pijar atau panas-panas. Ada yang basuh tapi pijarnya tetap dirasai.
Selain tu ada yang biasa letakkan tangan dalam beras untuk beberapa ketika. Walau apa cara sekalipun, matlamatnya hanya satu untuk cepatkan hilang rasa pijar.
Ok kali ini ibu-ibu yang tangan rasa pijar kesan cili tak hilang-hilang boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Dila Mubarak. Petuanya sangat mudah dan berkesan.
Lepas pegang cili ke maklumlah selalu masak hari-hari atau lepas makan sambal belacan ke atau pun lepas makan budu sebab picit cili, berjam-jam tangan rasa panas cili kan..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Sapu garam biarkan dalam 15 minit
Ini petuanya ya insya-Allah hilang.
Basahkan tangan dan sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan.
Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak.
Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
-Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
-Penyakit seperti jangkitan cacing.
-Tekanan.
-Senaman yang berlebihan
-Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Sumber: MyHealth
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian pasangan selebriti, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos mengenai hal keibubapaan sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja informasi mengenai anak-anak yang dikongsikan pasangan selebriti ini.
Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi cara membiarkan anak kecil berdikari. Dan inilah yang dilakukan kepada anak-anak mereka.
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar, biasakan anak dengan persekitaran dan biarkan mereka bermain sendirian sambil dipantau. Elakkan dukung selalu kata Dr Sheikh Muszaphar.
Ini merupakan tip untuk membiarkan anak kecil berdikari dan membiasakan diri dengan sekelilingnya sejak kecil. Bila anak mula yakin, senanglah mama buat kerja nanti.
Bermula sejak mereka lahir lagi,
1. Jangan dukung selalu 2. Tepuk sampai tidur 3. Jangan didodoikan 4. Biarkan anak bermain sendirian dan lihat dari jauh. They feel safe knowing you are around. 5. Banyakkan berkomunikasi dengan bayi. And no baby talk. 6. Rutin penting sangat . Babies love to be in control knowing what to expect . 7. Jangan kurung bayi dalam play-pen . Namun kena pastikan keadaan sekeliling selamat . 8. Layani anak seperti orang dewasa. Jangan tak endah permintaan mereka. Babies can be very sensitive.
9. Tidur di crib. Sebaiknya jangan tidur bersama bayi . Letakkan bayi di crib selepas menyusu apabila bayi sudah terlelap.
10. Dedahkan bayi kepada orang lain. Biasakan bayi bermain bersama anak anak yang lain . Menghantar bayi ke Taska dan berinteraksi membuatkan anak lebih yakin.
Personaliti bayi juga memainkan peranan. Some babies memang very attached . Baby girls are more prone for attachment. More effort are then needed.
Misalnya untuk anak kembar saya, Emelia dan Eusoff lebih senang sebab mereka main sama-sama dan tak perlukan orang lain pun di sekeliling.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.