Bukan setiap masa anak kita buat perangai. Bukan setiap masa anak mengamuk tanpa sebab. Sama macam kita, anak juga punya waktu dan emosinya yang tidak kuat dan tak stabil.
Bila anak buat perangai sebaiknya kita belajar untuk sabar dan belajar untuk tangani sebaiknya tingkah laku anak. Jangan putus asa. Ini yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.
Pada mulanya anak-anak ni buat perangai, kuat ngamuk & jadi agresif kerana dia ada masalah untuk mengawal diri.
❌ jangan abaikan dia ❌ jangan buruk sangka ❌ jangan benci dia ❌ jangan peduli apa orang kata
Ads
Paling PENTING jangan berhenti sayang dia kerana sekiranya kita buat begini pada anak.
Yang mulanya adalah “masalah” mengawal diri lama-lama akan menjadi masalah hati yang lebih serius bila anak mula rasa.. ❌ dia tak di sayangi ❌ dia tak di peduli ❌ dia tak penting ❌ dia keseorangan ❌ dia di benci orang
Buruk natijahnya bila anak itu memilih untuk menjadi jahat & mula nampak keburukan dalam setiap perkara. Parah!
Ads
Orang lain tak faham anak kita biarkan. Orang lain tak tahan anak kita biarkan. Orang lain tak selesa anak kita biarkan. Diorang tu orang luar.
Ibu & ayah wajib wajib wajib kena faham, kena tahan & kena sabar dengan anak sendiri. Sebab ibu ayah bukan orang luar, ibu ayah orang terpenting di dalam hati setiap anak-anak.
Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Bila dah berumah tangga, sepatutnya tiada rahsia antara pasangan suami isteri. Sebaik-baiknya suami perlu berterus terang dengan isteri begitu juga isteri perlu beritahu apa yang patut pada suami.
Begitu jugalah dalam bab perbelanjaan keluarga kerana ia penting untuk mengelakkan salah faham hingga bermasam muka. Justeru itu, kalau pendapatan seorang suami tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong “topup” kan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni:
1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income, lepastu tunjuk berapa baki setelah pendapatan tu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.
2. Mintak izin dan redha isteri kalau nak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh, minta elok-elok.
3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pula kena keluarkan duit lebih dari kita, kita pulak yang kurang keluarkan duit.
Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.
Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.
4. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.
Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu “nothing” tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang. Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
5. Ambil semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada OT ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri, kita bayar guna pendapatan kita.
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.
6. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.
Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja rumah dia, beneficial for each other.
7. Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.
Hargai isteri, sesekali tu bawa la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.
Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan utk tanggung dan bayar semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak memang suka bermain dengan semua jenis permainan. Mereka juga suka memasukkan permainan tersebut dalam rongga-rongga seperti hidung, telinga dan mulut mereka sendiri.
Kadang walau sentiasa perhatikan tetapi tetap juga tak perasaan ada benda yang dimasukkan dalam telinga atau hidung mereka. Akibatnya anak asyik merengek tak selesa dengan benda yang tersumbat dalam hidung atau telinga mereka. Malah keadaan ini juga boleh membahayakan mereka. Jadi sebaiknya ibu dan ayah kena lebih peka dengan apa yang anak-anak pegang.
Seperti perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari mengenai satu situasi yang dirujuk kepadanya. Beliau juga menggesa ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan melakukan 4 perkara ini:
Memang tak senang hati bila tengok si kecil tu asyik duk merengek sebab hidung berhingus, selsema tak baik-baik.
Lately ni pulak perasan yang nafasnya mula berbau busuk tak macam selalu.
“Sebab tu lah saya bawa dia ke mari. Tak tahan dah hari-hari saya tengok keadaan dia macam tu. Doktor tolong periksa ya.”
Nah, mengucap panjang sampai ternganga mulut mak ayah budak bertuah tu akibat terlampau terkejut bila dimaklumkan hasil penemuan selepas kedua-kedua belah hidungnya diperiksa.
Rupa-rupanya ada sepasang patung mainan yang tersangat kecil dah jadi penduduk tetap kat dalam tu.
Patutlah selsema tak sembuh bahkan sampai lendir hingus pun berbau busuk.
Kalaulah dibiarkan lama lagi, tak mustahil budak tu berisiko untuk terkena jangkitan yang lebih teruk.
Tapi nak buat macam mana, nak marah pun tak guna sebab memang dah fitrah anak kecil, imaginasi dia orang ni sangat hebat.
Tiap kali jumpa benda baru mesti nak bereksperimen. Kacang, mainan, butang baju, mata pensil, span, kertas, bateri dan macam-macam lagi.
Benda-benda ni kalau tak masukkan kat hidung, boleh jadi disumbat ke dalam telinga.
Sebab tu saya nak mintak tolong sangat-sangat kat mak ayah semua supaya berhati-hati dan lakukan 4 perkara ni selalu:
#1 – Tolong cek kat seluruh pelusuk rumah kita tu. Kalau ada barang atau mainan yang terlampau kecil, simpan kat tempat tersorok dan jangan berikan kat si kecil kita.
#2 – Perhatikan si kecil tu tiap kali dia bermain. Kadang tu bukan setakat disumbatnya objek kat dalam hidung atau telinga, kes telan objek masuk mulut pun selalu je kami jumpa.
#3 – Kalau perasan anak kita tu asyik selsema je, lepas tu baunya pulak busuk dan pelik, bawak je untuk pemeriksaan.
Jangan terkejut pulak ye kalau tiba-tiba nanti terjumpa benda yang tak terjangkau langsung kat dalam fikiran kita ni.
#4 – Dalam kes foreign body tersumbat dekat lubang hidung macam ni, boleh jadi jugak anak kita tu akan mengadu sakit hidung tersumbat, susah nak bernafas dan pergerakan nafasnya berbunyi.
Jika terjadi macam ni, dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan segera.
Paling menakutkan kalau si kecil tu tersedut objek tadi lalu termasuk ke saluran paru-paru sebab risiko kematian mengejut akan jadi sangat tinggi!
Jangan main-main ye.
Tolong #share artikel ni dengan pasangan masing-masing ye. Wajib kena ingatkan antara satu sama lain lagi-lagi kalau kat rumah kita tu ada anak kecil supaya kita dapat elakkan benda tak elok ni dari berlaku kat dalam rumah kita sendiri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!