Kita paling panik bila nampak anak mengamuk. Lebih-lebih lagi di pusat membeli belah kerana bimbang ada mata yang melihat. Pun begitu, ketika anak mengamuk jangan sekali-kali diberikan gajet untuk memujuk mereka.

Ia bukan jalan paling terbaik untuk anda. Anak mengamuk dan menunjukkan emosinya perlu dibiarkan seketika supaya dia bijak mengawal emosinya. Ini yang dikongsikan oleh Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan.

Anak Mengamuk Jangan Diberi Gajet, Emosi Anak Lambat Matang, Lagi Buruk Kesannya!

JANGAN BAGI GAJET BILA ANAK MENGAMUK!

Ini pesan seorang pakar kanak-kanak pada saya. Katanya, anak mungkin akan bertenang pada waktu tu. Tapi, lama kelamaan, kita akan nampak kesan buruknya.

I wish i could say, that i never gave my kids gadget bila diorang mengamuk. Tapi itulah. Saya bukan mithali mana. Pernah juga saya bagi anak gajet waktu diorang mengamuk kat mall.

Kadang, anak orang mengamuk pun saya offer. Mohon jangan biasakan buat begini. Bila kita biasa hulur gajet, ia mungkin menghentikan amuk anak pada ketika itu.

IKLAN

Anak Mengamuk Jangan Diberi Gajet, Emosi Anak Lambat Matang, Lagi Buruk Kesannya!

Tapi, kesan jangka panjangnya lebih menakutkan.

1️. Anak akan membina tingkah laku ‘manipulative’.
Mereka mengamuk di lain waktu, supaya dirinya diberi gajet.

2️. Emosi anak lambat matang.
Anak tidak develop kemahiran ‘self regulation’. Kerana perhatiannya waktu mengamuk, kerap dialih oleh gajet.
Antara tanda-tanda yang jelas adalah, anak ‘sangat baik’ dan hampir tak pernah tantrum waktu usia 2-3 tahun.
Tapi tantrum menjadi-jadi bila usia dah cecah 4-5 tahun. (doesn’t apply to special needs kids)

IKLAN

Anak Mengamuk Jangan Diberi Gajet, Emosi Anak Lambat Matang, Lagi Buruk Kesannya!

3️. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah terbantut.
Setiap kanak-kanak sepatutnya tau macam mana nak kawal diri bila mengamuk. Serta cari sesuatu untuk dibuat bila bosan. Tapi sifat itu hilang bila anak sering ‘ubati’ rasa bosan dengan gajet.

4️. Anak terdedah dengan ketagihan.
Manusia dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi. Tapi, kebergantungan yang tinggi pada gajet untuk mengganti keperluan interaksi, buat anak tak sedar yang hubungan dengan manusia mampu memenuhi keperluan emosi.

IKLAN

Anak Mengamuk Jangan Diberi Gajet, Emosi Anak Lambat Matang, Lagi Buruk Kesannya!

Bila rasa kosong, mereka cenderung mencari sesuatu yang bersifat ketagih untuk penuhi kepuasan diri. Akhirnya, dari ketagihan gajet, anak terjebak ketagihan games, ketagihan pornografi, serta cenderung melalui FOMO (Fear Of Missing Out).

Banyak lagi yang dijelaskan pakar. Tapi, ini saja dah cukup buat saya buka mata.

Menarik: Penting Ibu Ayah Tahy Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI