Anak Mengamuk Lepas Kalah Game? Ini Rahsia Otak Mereka

Share
Ibu bapa pasti pernah alami situasi ni: anak merajuk, marah, atau menangis sebaik sahaja kalah dalam permainan digital. Persoalannya, kenapa kalah dalam permainan hiburan boleh mencetuskan emosi yang begitu kuat?
Menurut pakar keibubapaan dan penulis buku, Mohd Fhais Salim, ada tiga sebab utama di sebalik tingkah laku ini:

1. Low Frustration Tolerance

Anak yang cepat mengamuk biasanya mempunyai tahap toleransi terhadap kekecewaan yang sangat rendah. Mereka belum belajar bahawa kekalahan adalah sebahagian daripada proses, bukan pengakhiran segalanya. Bila hasrat untuk menang tidak tercapai, emosi mereka mudah meluap-luap.

2. Otak Rasional Dihijack Emosi

Secara saintifik, kekalahan secara tiba-tiba boleh menyebabkan lonjakan emosi. Bahagian otak yang sepatutnya kawal keputusan rasional — Korteks Prefrontal (PFC) — diambil alih oleh amigdala, pusat emosi. Kanak-kanak yang PFC-nya masih muda dan kurang matang lebih mudah “dikuasai” emosi negatif. Jadi, reaksi spontan seperti marah, menjerit, atau menangis berlaku tanpa mereka sedar.

3. Kekalahan Dirasa Sebagai Ancaman Kecil

Bagi anak, kekalahan bukan sekadar tewas tapi dirasakan sebagai ancaman terhadap ego, maruah, atau pencapaian diri. Situasi tegang dalam permainan digital boleh menimbulkan reaksi tekanan yang sama seperti menghadapi ancaman sebenar. Maka, emosi mereka nampak “over” berbanding situasi sebenar.

Contoh ekstrem di Malaysia

Dalam kes dilaporkan, seorang remaja di Johor mencederakan adiknya sendiri selepas kehilangan mata ganjaran dalam permainan digital. Walaupun aset maya itu tiada nilai di dunia nyata, kekecewaan menyebabkan tindak balas ganas berlaku — bukti PFC gagal kawal emosi.

Tips untuk Ibu Bapa

Had masa bermain: Jangan biar anak terlalu lama terdedah pada permainan.
•Ajar pengurusan emosi: Bimbing anak tarik nafas dalam-dalam atau luahkan kekecewaan dengan kata-kata.
Fokus pada pengalaman, bukan kemenangan:
Ajar anak nikmati proses bermain, bukan semata-mata menang.
Beri contoh positif: Anak belajar daripada tindakan ibu bapa—tunju cara hadapi kekalahan dengan matang.
Seperti yang ditegaskan oleh Fhais: “Sebab itu tak boleh main games berlebihan.”
Permainan digital seronok, tapi pengawalan masa dan bimbingan emosi tetap penting. Dengan bimbingan yang betul, anak boleh belajar seronok bermain tanpa drama emosi.
Published by
Nana