Bila anak mengamuk, mak ayah mulalah rasa tak keruan. Bertambah rasa tak keruan bila mana anak mula mengamuk serentak. Tidak dinafikan adakalanya mood anak kita yang kurang baik akan turut membuatkan mood kita sebagai mak ayah turut terkesan. Mulalah rasa nak menginga. Tak gitu?

Cemas dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak bila mana berdepan dengan masalah sebegini. Puas dipujuk namun anak masih lagi berdegil. Nak biarkan atau macam mana? Jadikan perkongsian, OT Pn Aisyah Rozalli untuk anda mengatasi masalah ini.


BILA SEMUA ANAK MENGAMUK SERENTAK
Dan kita seorang diri uruskan, jom cuba lima strategi ini. Antara cabaran mak anak lebih dari seorang, adalah bila semua anak meragam serentak.

Anak saya 4 orang yang usianya selang 2 tahun. Jadi, saya faham. Cabaran itu, untuk diusahakan penyelesaiannya.

Jadi, saya nak ajak anda baca strategi ini, dan bincangkan. Adakah ianya possible untuk kita apply.

1. EMOSI BUKAN USAHA 1 HARI
Maksudnya, untuk mengelakkan keadaan mengamuk berirama (eh. beramai-ramai) dikalangan anak-anak kita, ianya adalah proses yang perlu berlaku SETIAP HARI. Terutamanya waktu anak tak mengamuk. Eh? Kenapa macam tu? Haaa…
Tengok point ke 2.

2️. NAK BELAJAR MASA TENANG.
Kalau masa anak mengamuk tu lah kita nak ajar anak apa yang boleh, apa yang tak boleh, jangan bergaduh adik beradik, jangan berebut harta bagai, memang tak jalan.

Sebab. Masa tu, tahap keresahan anak dalam keadaan tinggi. Anak no.1, tak puas hati mama dia sokong adik.
Anak no.2, tak puas hati mama dia asyik mengiyakan abang je. So, buat Social Story. Bincang dengan anak, masa waktu tenang.

Waktu kita tenang, anak tenang. Buat role play ke, main anak patung sambil cerita tentang sharing ke, berbuat baik sesama adik beradik, Allah sayang anak soleh.

3️. ADIL BUKAN BERMAKSUD SAMA
Memang. Kalau masa seorang anak mengamuk, kita terpaksa tinggalkan anak seorang lagi untuk uruskan anak yang mengamuk tu. Nanti, kita akan jadi resah.

“Eh. Takpe ke tinggalkan abang ni. Kesiannya rasa”.

Lagi pula anak seorang lagi tu jenis touchy-touchy kan. Rasa kesian bila terpaksa ketepikan dia untuk uruskan adik yang mengamuk.

IKLAN

It’s okey, Mama Ayah!!!
Adil tak bermaksud sama.

Adil bermaksud kita berikan apa yang diperlukan anak ketika itu. Anak yang mengamuk, perlu diberikan bantuan untuk tenang dahulu. Nanti, kita redeem balik dengan anak yang kita minta ketepi tadi.

4️. FAHAMKAN ANAK KONSEP SAYANG
Rajin-rajin cerita pada anak. “Kalau Husam tengah mengamuk, abang-abang semua duduk tepi dulu. Husam tengah tak boleh kawal rasa sedih/marah dia. Bagi mama tolong dia dulu ya”.

Dan cerita ini berlaku semasa semua anak tengah tenang.

“Kalau Imdad rasa marah, ambil bantal dan jerit dalam tu, ya. Kalau kita pukul orang, nanti Mama sedih. Anak soleh sayang orang.”

Beritahu pada semua anak yang mereka saling sayang-menyayangi. Dan kita sayang semua sekali. Dan sebab sayang itu, kita perlu belajar beri ruang kalau ada adik-beradik (atau mama ayah juga) tengah sedih atau marah. Nanti, sampai waktu mengamuk tu, kita tinggal nak ingatkan semula apa yang kita pernah cerita tu.

 

IKLAN

5️. LATIH ANAK FAHAM MAKSUD EMOSI
Bila anak faham maksud emosi dan tindakan biasa manusia bila sedang beremosi, anak akan tahu apa yang dirasainya.
Most of the time, anak mengamuk, tantrum sebab mereka tak faham perasaan besar yang mereka rasa. BIG EMOTIONS.

Jadi, bila kita selalu cerita, latih anak tentang emosi, nanti anak akan lebih mudah belajar mengawal emosinya, dan respon pada emosi orang lain. Dan…..

ELAKKAN LABEL ORANG!
Kalau ternampak ada anak orang lain mengamuk tepi jalan, jangan pula beritahu anak kita

“Ish.. ish nakal anak orang tu mengamuk-ngamuk”.

Kita nak POSITIVE REPONSE TOWARD BIG EMOTIONS. Bukan LET’S PUT A LABEL ON THE BIG EMOTIONS & PUNISH!

6️. RAJINLAH CAKAP “MAMA SAYANG AWAK”
Anak-anak yang ada ramai adik-beradik ni, mereka risau kalau mama atau ayah dah tak sayang mereka lagi.
Sebab ramai yang perlu mama ayah sayang kan. Jadi, rajin-rajinlah panggil anak, peluk, cium pipi, dahi dan sebutlah:

“Mama saaaayang Thufayl ni. Dah lah baik, soleh, pandai, sayang adik-adik. Mama happy sangat dengan Thufayl”
Sila ganti dengan nama anak sendiri.

7️. IT IS OKEY TO SHOW YOUR EMOTION
Mama, kalau kita teremosi masa uruskan emosi anak kita, IT IS TOTALLY OKEY! Anak perlu faham yang kita juga punya rasa sedih, marah, kecewa, gembira dan lain-lain.

IKLAN

Anak perlu faham perasaan kita juga. Cuma, kerana kita ni dah besar, matang. Kita tunjukkan juga macam mana cara kita kawal emosi kita.

Kalau tertengking, beritahu kenapa, dan beritahu kita minta maaf. Dan kita harap sangat anak kita tak buat lagi. Supaya kita tak termarah macam tu lagi.

Kalau termenangis depan anak, beritahu kenapa, dan beritahu anak yang kita keletihan, dan kecewa bila anak-anak selalu bergaduh. Dan the best. Bila kita berjaya uruskan emosi kita dengan tenang, anak boleh belajar dari kita macam mana nak uruskan emosinya.

Dan ajak anak usaha sama-sama untuk saling sayang antara satu sama lain. BERI ROLE ANAK UNTUK FAHAM KITA JUGA.
Baru anak boleh belajar empati.

Saya serius. Fahamkan anak tentang emosi. Akan sangat memudahkan perjalanan parenting kita.

Semoga bermanfaat.

Menarik: Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)