Kes bayi Al-Fateh yang meninggal dunia di taska yang tular beberapa hari lalu mengundang pelbagai persepsi ramai. Malah ada yang turut meninggalkan pelbagai komen yang tidak wajar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak (Pediatric Occupational Therapist), Pn Maryam Jamadi ini patut mak ayah dalami. Benar, jika tak ada perkataan yang baik untuk dituturkan, adalah lebih baik mendiam diri. Itu sebaiknya.
“Sebab itulah saya jaga anak sendiri”. Kalau tak ada benda baik nak komen, lebih baik berdiam diri atau cakap dengan orang terdekat sahaja.
Bila setiap kali ada kes kematian bayi di bawah jagaan pengasuh; pasti akan komen sebegini. Tak ada empati dan sensitiviti langsung.
Setiap dari kita rezekinya tak sama, kalau kalian yang ada peluang jadi suri rumah pun dikira rezeki. Ibu yang bekerja pun ada rezekinya. Yang suri rumah pun ada rezekinya.
Biasanya yang terpaling jaga anak sendiri ini jugalah yang – Nak minta doktor perempuan sambut kelahiran anak – Nak cikgu perempuan ajar anak – Nak terapis perempuan terapikan anak – Nak jururawat perempuan merawat. – Nak admin perempuan angkat telefon
Ads
Ini baru ini ada kes abang bas, kalau boleh yang bawa bas atau van sekolah pun nak perempuan. Kan?
Janganlah begitu rakan-rakan, sebagai ibu kita mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Bekerja juga salah satu jihad untuk masyarakat kita.
Anggaran 80% Occupational Therapist di satu dunia ini adalah wanita. Di Malaysia pun lebih kurang sama. Belum lagi statistik doktor perempuan, cikgu perempuan.
Semua ibu yang bekerja pasti akan sentiasa risau tentang keselamatan anak. Setiap pagi keluar tinggalkan anak pasti akan rasa berdebar.
Ads
Kita semua kena sama-sama empati, tak boleh pukul rata disebabkan ada wanita bekerja komen tak elok tentang suri rumah. Kita menghalalkan perbuatan dengan balas komen
“Sebab itulah kami jaga anak sendiri”. Jangan jadi ekstrimis, disebabkan seorang yang buat kita terasa. Kita pukul rata semua.
Mak mak yang berkerja yang komen, – Sebab itulah aku kerja – Wanita kena ada duit sendiri
Pada suri rumah yang diceraikan atau menjadi balu. Ini pun saya kecam. Tak ada sensitiviti & empati ❌️
Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.
“Perkara ini harus kita teruskan sebab undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Jadi perkara ini adalah penting untuk kita laksanakan, ini adalah jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pihak industri dan majikan.
Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.
Kredit: KKM
Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.
Selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 ini juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.
Demi menyara sebuah keluarga, seorang lelaki melakukan dua kerja dalam satu hari sehingga meragut nyawa.
Sebelum itu, tular semula video lelaki berkenaan yang merupakan seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu.
Namun siapa sangka rupanya individu itu telah menghadap Ilahi. Menurut isteri penghantar makanan itu, suaminya, Ahmad Farhan Othman telah dijemput Ilahi pada 2 Oktober lalu ketika sedang bekerja.
Sebagaimana memetik laporan Sinar Harian, Nursuziliana Mohd Johari, 32, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun dipercayai meninggal dunia ketika sedang bekerja.
KERJA SIANG MALAM UNTUK SARA KELUARGA
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, Ahmad Farhan turut mendapat pekerjaan baharu iaitu pemandu van awal September lalu, tetapi rutin menghantar makanan tetap dilakukannya demi menampung keperluan keluarga.
“Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi
“Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.”
75 PERATUS JANTUNG TERSUMBAT TERLALU PENAT
Isteri arwah juga mendedahkan suami meninggal dunia kemungkinan terlalu penat bekerja sehingga menyebabkan jantung tersumbat.
“Doktor ada kata selepas postmortem, 75 peratus jantung suami dah tersumbat mungkin sebab terlalu penat bekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memang nampak biasa, nak buat pun tak susah. Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Kebaikan berpelukan suami dan isteri..
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Sumber foto: www.freepik.com
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Sumber foto: www.freepik.com
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.