Kita mula pening bila anak buat bising, menjerit sana sini. Hakikatnya anak yang suka menjerit ini bila ada rasa tak puas hati adalah anak yang sihat perkembangannya.

Benar seperti yang dikongsikan oleh penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, di usia anak dua hingga tiga tahun, anak belajar mengenal diri dan belajar mengenal emosi mereka sendiri. Jadi biarkan sahaja mereka menjerit.


Anak kuat menjerit itu perkembangan baik. Itu tandanya tumbesaran otak dia sedang on track!

Ini berita baik. Kalau kita semak balik carta perkembangan otak kanak-kanak, penanda aras tumbesaran otak intelek yang baik adalah bila anak kita sudah ada otak emosi.

Otak emosi ni layer pertama, layer kedua baru la datang otak intelek. Jadi anak kuat menjerit memang on track la!

IKLAN

Emosi ni datang sekali pakej dengan,
– menjerit
– mengamuk
– marah
– menangis
– membentak

Seperti orang dewasa, emosi kanak-kanak pun sama, boleh buat mereka jadi bertindak di luar kawalan diri.
Kena banyak bersabar okey!

Tak lama pun fasa menjerit ni, 2-4 tahun je paling lama. Itu la fasa anak baru nak belajar toleransi dengan otak emosi dia.

IKLAN

Dari adanya otak emosi ni la anak jadi pandai bersosial dan bermain dengan orang lain.
Dari adanya otak emosi la anak kita belajar untuk menerima arahan dari orang tua.
Dari adanya otak emosi ni la anak tahu bagaimana rasa di sayangi dan menyayangi.
Banyak lagi kebaikan otak emosi ni tau! Bukan sekadar menjerit je.

Yakin la, bila anak dah mahir toleransi dengan otak emosi pasti tumbesaran otak intelek dia boleh jadi 2 – 3 kali ganda lebih progresif.

IKLAN

Cuma satu je nak pesan, anak menjerit tak apa itu tanda dia sedang belajar tapi kalau kita yang menjerit itu yang tak boleh. Itu tanda nak ajar anak jadi kurang ajar.

Tolong elak menjerit pada anak.

Menarik: Ini Cara Betul Tanya Anak Kalau Dia Buat Salah, Elak Buat Dia Rasa Bersalah

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)