Tahukah anda, menurut Kelli Chen, seorang Pakar Psikiatri Kanak-kanak di John Hopkins University, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam (intense interest) terhadap sesuatu objek, akan memiliki kebijaksanaan ‘above average’ atau kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.

Menurut kajian juga, antara objek yang menjadi obsesi kanak-kanak yang berusia di antara 2 hingga 6 tahun adalah kenderaan seperti kapal terbang, keretapi, kereta dan juga DINOSAUR. Usia ini adalah fasa ‘imaginative play’ di mana tahap imaginasi kanak-kanak sangat tinggi.

Anak Minat Dinosaur Atau Cenderung Kepada Sesuatu Permainan, IQnya Lebih Dari Tahap Biasa
Kredit: google

Berikut perkongsian dari Perunding Keibubapaan, Parent Connect Noor Afidah Abu Bakar.

Antara kebaikan minat yang mendalam terhadap dinosaur (dan objek lain yang disebutkan) kepada perkembangan kognitif dan sikap kanak-kanak adalah:

IKLAN

1) menambahkan pengetahuan
2) meningkatkan kegigihan
3) memperbaiki daya tumpuan.
4) membina skil memproses maklumat.

Oleh itu, ibu bapa layanlah anak-anak yang main dinosaur, tidur dinosaur, menyanyi dinosaur, menonton dinosaur, bercakap dinosaur, membaca dinosaur dan segalanya dinosaur. Ada kebaikannya kepada perkembangan kognitif atau otak mereka.

“Hairan saya, anak saya tahu nama-nama dinosaur. Dia boleh hafal semua. Nama yang panjang-panjang pun dia boleh hafal.”

IKLAN

Adakah anak anda begini?
Berapakah nama dinosaur yang anda sendiri hafal?

Menurut Kenneth Lacovara, seorang Paleontologis ataupun pakar pengkaji fossil, mengetahui nama-nama dinosaur merupakan masteri atau kepakaran yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak. Kepakaran yang mereka miliki itu tidak dimiliki oleh ibu bapa mereka. Inilah antara sebab yang mendorong kanak-kanak untuk menggali lebih maklumat tentang dinosaur dengan bermain, menyoal, menyiasat, meneroka dan membaca.

Walau bagaimanapun, didapati minat yang mendalam terhadap dinosaur ini hanya panas selama 6 bulan hingga 3 tahun sahaja. Salah satu sebab utama minat ini berkurangan adalah kerana kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Mereka perlu beri tumpuan kepada banyak lagi subjek dan penekanan tidak diberikan kepada DINOSAUR.

IKLAN

Jika ada di antara anak anda yang terus meminati dinosaur walaupun sudah bersekolah, kajilah laluan untuk menjadi seorang PALEONTOLOGIS.

Anak saya juga pernah meminati dinosaur dan saya pernah hafal nama dinosaur.
Saya pernah bercita-cita hendak menjadi seorang arkeologis tetapi cita-cita masih tinggal cita-cita.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI