Anak MUA Bellaz Patah Jari Kaki Ditimpa Penutup Flush Tandas

Share

Anak kepada jurusolek terkenal MUA Bellaz iaitu Iriz Alisya telah dibawa ke sebuah pusat rawatan selepas mengalami kecederaan ketika berada di dalam tandas.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz bersama suami serta anak sulung mereka itu dilihat baru sahaja selesai menerima rawatan. Alisya atau mesra dengan panggilan Eica itu tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kakinya dibalut.

Suami Bellaz, Anuar Ahmad, dilihat mengangkat puteri mereka masuk ke dalam kereta selepas rawatan. Menurut Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabila Zulyadaini, kejadian berlaku ketika Eica sedang mandi.

“Selepas saya selesai live petang tadi, dia sedang mandi. Lepas itu saya dengar bunyi kuat dari luar macam ada benda jatuh.
Saya berlari dan mendapati penutup flush tandas yang berat tu jatuh timpa kena kaki dia.
Kami bawa dia pergi hospital dan scan, dia patah jari kaki,” jelas Bellaz.

Reaksi Netizen

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesembuhan Eica.

“Berat jugak tu tudung flush tu… semoga cepat sembuh kakak.”

“Sebak aku tengok sebab bapak dia layan macam ni. Aku tak pernah dapat layanan macam ni dari siapa pun dalam hidup. Semoga baik-baik sahaja untuk family Bellaz.”

 “Sebaknya part abah dia dukung. Kalau bab abah ni jangan buat main sebab tu cinta pertama perempuan.”

“Nanti wara cakap makan ubat makan ubat baru lega. Cepat sembuh Eica.”

 

Kebanyakan netizen turut memuji sikap penyayang Anuar Ahmad terhadap anaknya dan berharap agar Eica segera pulih.

Published by
Noel