Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas.
Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam.
Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Ads
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minuman menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
Ads
2. Kawal lidah dan rahang semasa minum.
3. Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
4. Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau
tiada selera makan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermain tak sampai 5 minit, suka menjerit, mudah marah? Jika anak ada tanda ini cepat bertindak dan ibu bapa jangan biarkan jika rasa ada sesuatu yang tak kena.
Ada anak yang diam, kreatif bahkan yang paling biasa sekali anak yang terlalu aktif. Kanak-kanak yang aktif biasanya mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi sehingga mereka cenderung tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
Rasa ingin tahu yang tinggi merupakan tanda bahawa anak bijak dan kreatif. Namun, bila terlalu aktif boleh jadi anak termasuk dalam golongan hiperaktif. Dengan sikapnya yang terlalu aktif atau berlari ke sana ke mari membuat ibu bapa tidak mampu mengawalnya. Berikut antara tanda-tanda anak yang tergolong hiperaktif:
1.Tidak fokus
Anak hiperaktif cenderung tidak boleh bertahan lama dengan apa yang dilakukannya. Misalnya, bila dia sedang main bola dan ada rakannya yang membawa layang-layang, maka ia akan beralih untuk ikut bermain layang-layang. Anak hiperaktif tidak boleh bertahan lebih dari 5 minit. Kanak-kanak ini juga suka berteriak dan bercakap sesuka hati. Juga mempunyai sikap yang tidak mudah difahami.
2.Sifat menentang
Anak hiperaktif lebih sukar dinasihati daripada anak non-hiperaktif. Bila mereka sedang asyik bermain naik turun tangga apabila dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti itu mereka akan mudah hendak marah malah akan tetap meneruskan aktiviti itu tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.
3.Suka merosakkan barang
Anak hiperaktif harus dijauhkan dari tempat yang banyak benda-benda berharga atau barang yang mudah pecah dan sebagainya. Sikap yang suka mencampak dan merosakkan barang ini patut dikawal oleh ibu bapa.
4.Tiada istilah penat
Walaupun setiap hari asyik bermain seperti berlari, melompat, atau memanjat namun tiada istilah penat. Kanak-kanak yang mempunyai ciri hiperaktif akan sentiasa bertenaga walaupun seharian bermain.
5.Tanpa tujuan jelas
Umumnya kanak-kanak yang aktif membuka buku untuk dibaca, namun pada anak hiperaktif membuka buku dijadikan aktiviti untuk mengoyak kertas, melipat-lipat tanpa membacanya.
6.Tidak mempunyai sifat sabar dan bertolak-ansur
Anak hiperaktif biasanya tidak sabar menunggu giliran bermain. Akibatnya, mereka memilih untuk berebut mainan yang sedang dipegang rakannya. Selain itu, mereka juga suka memukul, mencubit, atau menolak tanpa sebab.
Sekiranya ibu bapa melihat anak-anak mempunyai ciri-ciri ini, boleh terus membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak untuk menjalani sesi terapi.
Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi perhatian untuk mengawal sikap anak dan jangan membiarkan tanpa sebarang pengawasan. Anak-anak yang sentiasa diberi perhatian, tingkah lakunya akan terkawal walaupun bukan secara keseluruhannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika kita orang dewasa merasa begitu terkesan dengan situasi banjir besar yang melanda negara, kanak-kanak juga turut sama mengalami gangguan emosi akibat banjir ini. Jangan abaikan emosi mereka disaat ini.
Pakar psikologi kanak-kanak berpendapat sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir bagi memastikan perkembangan psikologi, emosi dan mental mereka tidak terganggu dengan bencana itu.
Malah menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli seperti yang dilaporkan di Astro Awani berkata tumbesaran dan perkembangan asas mental serta emosi kanak-kanak ada hubung kait dengan faktor tempat tinggal yang selamat.
“Keadaan seperti bencana alam mudah membuatkan mereka (kanak-kanak) risau kerana berada dalam satu keadaan tidak pasti. Sesuatu yang tidak pasti mudah menjadikan mereka bimbang dan ini melibatkan rasa tidak selamat dalam diri.
“Dalam keadaan ini, ibu bapa disarankan untuk sentiasa berbual dengan anak, maklumkan mereka dengan kata-kata peneguhan bahawa semuanya dalam kawalan ibu bapa dan anda (sebagai ibu bapa atau dewasa) akan sentiasa ada bersama untuk memastikan keselamatan mereka.
“Elakkan juga memberi pendedahan keterlaluan dengan input berita yang boleh membawa kebimbangan melampau dalam diri anak-anak,” katanya.
Malah menurut beliau lagi, kesan jangka pendek dan panjang pascabanjir yang bertindih dengan fasa pascapandemik COVID-19 perlu diambil kira terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak berkenaan.
Katanya, kaedah penyampaian Social Stories (kisah sosial) dapat sedikit sebanyak membantu anak-anak yang terkesan secara terapuetik.
“Hakikatnya, kita masih belum lagi selesai dengan isu COVID-19, dan lockdown (PKP) berpanjangan telah pun memberi kesan regression pada anak-anak. Sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak, keadaan emosi dan psikologi mereka wajar dibimbangi.
“Kita yang dewasa perlu cakna tentang bagaimana penerimaan anak-anak ini tentang bencana yang berlaku. Berhati-hati dengan keperluan emosi mereka dan saya akan katakan, kaedah Social Stories akan membantu kanak-kanak yang terjejas,” katanya.
Social Stories atau kisah sosial adalah alat bantu visual yang dicipta oleh Carol Gray sekitar 1991 untuk membantu menjelaskan mengenai situasi, peristiwa atau kegiatan tertentu. Bagi individu yang mengalami spektrum autisme kisah sosial dapat membantu mereka memahami orang lain berperilaku atau merespons situasi tertentu.
Terdahulu, banjir besar yang melanda negara kini melibatkan lebih tujuh buah negeri dengan Pahang paling teruk terjejas selain Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Usaha mendidik anak-anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi bila anak sudah pandai membuat keputusan sendiri. Dilema ibu ayah dalam nak mendisiplinkan anak-anak memang besar, kadang-kadang ada yang buntu dengan sikap anak-anak.
Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak tanpa perlukan paksaan. Puan Wawa Shauqi, Parenting Influencer, berkongsi kaedah yang digunakan olehnya dan dalam masa yang sama anak-anak ternanti-nantikan misi seterusnya.
Dulu saya ada guna satu apps ni untuk disiplinkan anak. Kalau anak buat perangai elok, dia dapatlah mata. Kalau buat perangai tak elok, mata kena tolak.
Awal-awal tu, saya rasa best jugak. Sebab anak jadi patuh cakap.
Tapi lama-lama, saya rasa saya yang jadi kejam. Sebab guna apps tu untuk ugut anak. Kalau anak tak buat benda yang saya mintak, mata dia kena tolak.
Meraunglah kawan tu!
Dalam keadaan meraung tulah diorang buat apa yang saya suruh. Takut sangat kena tolak mata.
Masa tu rasa something wrong. Metod disiplin patutnya bukan untuk disiplinkan anak je. Tapi untuk latih parent jadi lebih baik jugak.
Saya stop guna apps tu.
Sampailah saya terbaca dalam satu buku ni. Penulis ni kata, dia tak suka kaedah sticker chart, reward chart, rasuah dan seangkatan dengannya. Especially bila anak buat perangai, dan kita nak hukum anak dengan tarik reward tu.
Sebabnya;
1️⃣Behavior anak di-judge. Bukan dididik dan dipupuk.
2️⃣ Ia bersifat memanipulasi. Kita ugut anak ikut cakap kita. Next time kalau dia nak orang ikut cakap dia, dia pun ugut-ugut orang.
3️⃣ Anak tak belajar disiplin pun. Anak ‘behave’ sebab nak reward. Kalau takde reward, dia tak kesah pun untuk buat perangai.
4️⃣ Anak tak belajar pun macam mana nak tolerate dengan perasaan kecewa. Dia tak belajar pun untuk macam mana nak selesaikan masalah.
5️⃣ Anak taknak buat sesuatu kalau tak ada reward.
6️⃣ Anak tak nampak perkaitan perangai dia dengan hukuman yang dia dapat.
.
Tapi…. Kalau tanya pendapat saya yang arif sangat bab struggle dengan rutin anak ni, BOLEH. Tapi 1) Sebagai mission board. 2) Untuk bantu anak yang ketagih gajet.
Syaratnya, – Misi yang ditetapkan tu kita bincang bersama anak. Dapatkan persetujuan bersama. So win-win situation. – Misi yang diletakkan tu logik. Dan sesuai dengan keupayaan anak – Tak banyak sangat. Nanti anak mudah demotivated nak selesaikan – Do it gradually. Biar sikit asal usaha istiqomah – Keluarkan dari list mana-mana misi yanb dah berjaya jadi tabiat
Pendek kata, guna untuk MEMOTIVASI. Bukan MEMANIPULASI.
Bab nombor 2 tu, reward ni sebagai PENGECUALIAN. Sebab kita tau kan, budah yang ketagih gajet ni, bukan senang-senang nak kurangkan. So, bolehlah ‘dimaafkan’ unyuk guna kaedah reward ni.
Contohnya, dah buat 2 dari task yang tersenarai, boleh dapat 20 minit gadget time.
Ni ‘mission board’ saya buat untuk anak. Sebelum tidur, cuba sembang pasal misi esok. “Esok, kita nak jadi champion. Mama akan tolong Ammar buat subjek Math yang Ammar minat tu.”
Sembang kasi semangat. Buat macam misi tu, adalah misi yang anak nanti-nantikan. Takdelah anak jadi takut. Sebaliknya dia nampak benda tu sebagai misi bersama yang dia suka nak buat.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.