Seorang ayah kena banyak sabar. Stamina kena tinggi, kena kuat tahan sakit dan kena bijak kawal emosi. Jangan pula bila di uji sedikit dah mengeluh, terus melenting tak tentu pasal.
Jaga anak ni satu ujian! Dia orang bukan peduli pun kita cakap penat, letih dan nak rehat. Lagi kita cakap penat lagi kuat dia nyak belakang kita.
Di panjatnya la belakang kita, di tumbuk-tumbuk perut kita dan paling dahsyat dia suruh kita jadi kuda, dan dia tunggang ala koboi. Yehaa!
Inilah lumrah jadi ayah.. maknya jarang kena, ayah yang selalu kena.
Kalau pinggang tak sakit kepala mesti sakit dulu. Silih berganti sakit pun ada. Tapi tetap juga dia orang tak faham, merengek nak main dengan kita.
Tapi sekali kita mengeluh, dan marah anak begini,
Ads
” Ayah penat, pergi main sana!! ”
Perkataan ni nampak biasa bagi kita tapi ia sebenarnya berbisa di gegendang telinga si anak.
Sakit macam mana pun kita, makan ubat kita boleh baik semula.
Penat macam mana pun kita, rehat sekejap dah kembali segar.
Ads
Tapi anak kita boleh “trauma” dan kekal sampai ke tua nanti kalau kerap di tengking, di marah dan di jerkah.
Ini kerana pada usia 7 tahun ke bawah 90% otak anak berkembang sepenuhnya. Trauma ini boleh buat perkembangan otak anak tadi terbantut.
Lebih bahaya lagi jika otak reptilia anak dah tersalah anggap dan nampak ayah sebagai “ancaman”. Anak boleh memberontak atau jadi terlalu pasif ( pendiam ).
Ads
Bab mental dan emosi anak ni serius. Jangan ambil mudah. Terutama bagi seorang ayah!
Alif Satar, pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal sering mendapat perhatian peminatnya kerana gaya lakonan yang bikin hati penonton cair.
Dia yang telah mendirikan rumah tangga dengan Shadila Halid telah dikurniakan dua orang anak perempuan Alisha Anugerah dan Ariana Mecca yang sangat comel.
Pelakon drama popular Pengantin Musim Salju ini telah memuat naik gambar posing raya dia bersama isteri tercinta di laman Instagramnya baru-baru ini.
Apa yang menarik dan lucunya bila melihat aksi pasangan serasi ini yang tetap ‘maintain’ pose walaupun kedua anak mereka sedang menangis bagai nak rak mahukan mummy dan daddy.
Sometimes you just gotta ignore the yelling and the crying.. focus on the lens, and your next pose. Just focus.
Bila baca kapsyen yang ditulis Alif memang ramai ibu ayah lain akan bersetuju dengannya. Nampak macam kejam sangat ibu bapa ini tapi itulah hakikat yang dilalui oleh kebanyakan pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak kecil.
Mengambil gambar berdua dengan suami atau isteri bukan satu perkara mudah bila anda mempunyai anak kecil yang enggan berenggang dengan ibu ayah.
Nampaknya Alif pun menghadapi masalah yang sama macam ibu ayah lain dan caranya berkongsi tip mendapatkan gambar berdua iaitu terus fokus berposing dengan membiarkan suara tangisan si kecil bolehlah digunakan oleh ibu ayah lain.
Ramai Netizen Faham & Terhibur
Selain daripada ramai netizen yang faham dengan situasi Alif, mereka juga terhibur melihat wajah serius pasangan ini yang kononnya betul-betul sedang fokus bergambar.
Bila lihat gelagat artis popular yang ada anak kecil pun sama macam ibu ayah lain, maka berjaya atau tidak anda dapatkan pose gambar berdua terbaik di hari raya ini?
Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tempurung. Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
1. Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
2. Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
3. Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
4. Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
5. Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
6. Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
7. Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan membebel! Bahaya..Bunyi macam menakutkan tapi jika kita tak cuba ubah keadaan ini boleh memudaratkan diri. Tak kisahlah dari aspek emosi atau kesihatan.
Kadang dah tabiat seorang wanita untuk membebel. Tapi jika kita kawal mungkin boleh. Masalahnya ramai juga yang cakap kalau tak membebel, suami dan anak-anak susah nak dengar cakap.
Apa kata kita positifkan sikit ‘membebel ‘itu dengan pendekatan lebih baik. Jika buat berterusan aura positif juga akan kuat dalam diri kita. Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang juga penulis The Pro Parenting ini sangat bermanfaat.
Tenang. Tarik nafas. Ini info yang agak scary untuk kita para wanita. Yang mudah meluah perasaan ke mulut.
Rasa Nak Membebel Tahan Mulut
Waktu Dr Rizal tunjuk gambar ni di Neuroversiti Conference, dan bercerita… saya telan ayaq liyuq. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.
Ini adalah gambar imbasan otak. Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita RASA marah. Gambar kanan adalah otak kita bila kita SEBUT apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel.
Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif.
Amygdala aktifkan Hipotalamus.
Hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari.
Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah.
Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan pelupa sokmo.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.
3 hormon stress yang jahat itu, akan buat kita: – Sakit jantung – Bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun – Kulit bertambah kedut – Mulut kering – Imun badan menurun, risiko kanser meningkat – Bertambah rabun – Migrain dan sakit kepala – Tulang jadi kurang mampat.
Uwaaaa…scary gila!
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that!
Nak Marah Cuba Juga Senyum
Nasib baik Dr Rizal bagitau, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum.
Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Dr Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang.
Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium.
Jangan Sebut Benda Yang Kita Tak Suka
Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita “Anak bertuah” bila diorang marah, kan.
“The brain has its own way to process language.
Words can change your gene.”
Betullah apa yang suami saya selalu sebut.
“Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.”
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah.
Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka. Instead of cakap “Mama tak suka tengok korang gaduh”, tukar. “Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.”
Instead of cakap “Kenapa yang malas sangat ni.” Jeritlah dengan happy “Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.”
Abang-abang kalau nampak isteri ketung-ketang-ketung-ketang hentam kuali, do something.
Nak nyanyi lagu Hindustan ke, nak puji ke, nak peluk ke, nak geletek ke. Buatlah apa-apa untuk usaha bagi muka bini keluar senyum dulu. Lepas tu tanya elok-elok kenapa hentam kuali sampai gitu sekali.
Lepas tu, pandai-pandai you all lah macam mana nak extend bahagia tu. Haha!
Wawa Shauqi
Yang Nak Jadi Awesome, Bertenang & Solehah.
t.me/wawashauqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.