Perasan tak apa yang kita selalu buat pada anak, mereka akan ikut dan buat semula. Kenapa ya? Soalan ini yang kerap diajukan oleh ibu bapa. Jawapan paling mudah adalah anak akan lihat, serap apa yang didengarnya ibarat seperti span.
Maria Montessori, antara tokoh terkenal yang memperkenalkan idea ‘The Absorbent Mind’ di kalangan kanak-kanak.
Apa maksudnya? Dengan bahasa mudah, otak manusia berfungsi untuk menyerap segala informasi dari sekeliling dengan deria yang ada. Hebat kan?
Otak juga berbeza antara otak kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Montessori lagi, orang dewasa memerlukan 60 tahun untuk menyamai fungsi otak kanak-kanak 3 tahun pertama! Fuh.
Sebab itu kita katakan pada 6 tahun pertama ada satu tempoh yang sangat kritikal. Otak kanak-kanak telah mencapai 85% kapasiti struktur otak utama (core brain structure). Ini membenarkan otak kanak-kanak menjadi asas yang kukuh untuk berkembang selepas umur 6 tahun.
Ads
Tiada apa yang salah bila kita sebut otak kanak-kanak ibarat span! Sebab ia akan serap apaaaa sahajaaaa yang ada disekeliling.
Bayangkan ada span depan mata. Ada banyak jenis air. Air kosong, Air sirap, Air milo basi, Air longkang, Air hujan, air peluh, Air musyammas (eh). Kalau kita campak span ke atas air tersebut, apa yang span buat?
Betul! Ia akan menyerap semua air yang ada. Selagi kapasiti serapan span itu tidak dipenuhi.
Ads
Air kotor ke, air bersih ke, air manis ke, span tetap bertindak sebagai span iaitu menyerap!
Berbalik kepada otak kanak-kanak, keperluan untuk menyediakan persekitaran yang positif amat perlu dan penting dari pelbagai perkembangan.
Ads
Contohnya,
Dalam perkembangan bahasa, ibu bapa digalakkan untuk menggunakan perkataan penuh berbanding pelat. atau, dewasa dilarang untuk berkata perkataan kesat. Sebab otak kanak-kanak akan menyerap semua perkataan tersebut tidak kira perkataan yang baik atau buruk.
Kita juga dilarang untuk menengking kanak-kanak kecil, dan memperbanyakkan pujian. Sebab ia memberi kesan kepada emosi kanak-kanak. Jadi, kita nak anak-anak kita ada emosi yang positif atau negatif?
Cantik Allah cipta otak manusia ni. Dan kita hampir tahu bagaimana ia berfungsi dengan baik. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan stimulasi yan positif kepada anak-anak.
Salah memberi ransangan akan memberi kesan yang berpanjangan kepada perkembangan mereka.
“Anak saya hiper-aktif!”
⠀
Tolong la sayang, jangan lah sebut anak itu hyper active. Hyper active ini adalah sejenis medical condition, ADHD terlampau lebih. Kebanyakkan kanak-kanak mereka adalah aktif. So jangan terlalu mudah menggunakan perkataan hyperactive ni ya. ⠀
⠀
Kalau anak tu suka bermain, bergerak dan aktif, katakan dia aktif. Cukup. Tak perlu sebut Hiper-aktif. ⠀
⠀
Mereka ini adalah anak-anak yang suka belajar secara bergerak atau disebut Ibu suka gunakan Kinesthetic Learner. Dan ini BUKAN penyakit dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan . Ia cuma salah satu cara Modaliti Pembelajaran.⠀
Anak Hiperaktif
Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang member tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Menguruskan anak hiperaktif bukan mudah dan kadang kala meletihkan! Mereka ini sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka. Dr. Seto Mulyadi dalam bukunya “Mengatasi masalah anak sehari-hari“ menyatakan pengertian istilah anak hiperaktif ialah ‘Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau diam, tidak boleh fokus dan bertindak sekehendak hatinya.
Anak hiperaktif juga sering menjadi kebimbangan ibu bapa apabila jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya sama ada membahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Dalam pada itu, kanak-kanak hiperaktif cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.
7 tip di bawah ini dapat menolong anda dalam menghadapi anak yang hiperaktif:
1.Peraturan
Buatlah peraturan dan had batasan yang jelas di rumah. Jika perlu, anda menuliskannya dan tampal di bahagian ruangan rumah tertentu. Tindakan ini supaya semua anggota keluarga dapat melihat dan mematuhinya termasuklah si hiperaktif. Dengan ini dapat mengawal penggerakannya dengan mudah. Pastikan peraturan ini dilakukan secara rutin.
2.Waktu lapang bersama
Gunakan waktu lapang anda melakukan aktiviti bersama si manja anda seperti berjalan-jalan di taman, membaca buku cerita bersama, bermain bersama dan sebagainya. Aktiviti ini dapat mengembangkan hubungan anda bersama si manja anda yang hiperaktif. Sehingga mereka dapat bersikap positif dan melakukan aktiviti secara natural bersama anda, tanpa harus berlebihan.
3.Aktiviti fizikal
Anak-anak yang hiperaktif sangat dipengaruhi oleh tenaga yang berlebih di dalam tubuh mereka. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus terhadap sesuatu. Supaya si manja dapat menyalurkan tenaganya, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa aktiviti olahraga. Misalnya berlari, bermain bola, dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti ini dapat membantu dalam mengelola moodnya. Kurangkan makanan manis
yang boleh menyebabkan dia lebih bertenaga.
4.Ingin perhatian
Secara umumnya anak-anak ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun anak-anak yang hiperaktif sering mendapat perhatian dari aktivitinya negatif yang dilakukannya. Jadi anda perlu mengubah cara kehidupan dengan memberikan perhatian kepada anak anda secara lebih positif.
5.Teguran
Anak seperti ini sukar diramal tingkah lakunya. Kadang kala sikap mereka sukar dikawal. Malah ada juga tindakan mereka boleh membahayakan. Jangan biarkan ia berlarutan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
6.Bersabar
Sikap anak yang hiperaktif membuatkan anda hilang sabar. Ini kerana kerenahnya memang kadang kala membuatkan anda panas baran. Apa pun, jangan bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan telah ditetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional. Jelaskan dengan ayat yang mudah dengan membuat penegasan kenapa sikapnya itu tidak elok.
7.Nasihat pakar
Jika anak masih tidak menunjukkan perubahan walaupun pelbagai usaha yang dilakukan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.
Anak Aktif
Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.
Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.
2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.
4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak aktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.
Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar. Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, “Air dicincang tidak akan putus” Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.
Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya.
Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!
Tip 1:
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.
Tip 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.
“Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!”
Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.
Tip 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.
Panggil adik, beritahu adik. “Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira.”
Panggil pula kakak, beritahu kakak. “Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?”
Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.
Sumber: wanrohaniismail.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang seronok kalau ibu ayah bawa bermain di taman permainan. Tapi biasanya ramai yang suka tengok handphone dan sesekali bersuara “jangan itu” atau “jangan ini” pada anak yang tengah bermain.
Membawa anak bermain di taman permainan memang bagus tapi kalau anda lebih banyak membiarkan anak main sendirian kerana sibuk melayan handphone maka kuranglah berlaku proses pembelajaran si anak.
Mari kita hayati nasihat berguna daripada Ahli Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, Puan Liyana Raya yang dikongsi dalam laman facebook beliau. Semoga ibu ayah akan lebih ‘alert’ dengan perkara ini.
Bawak anak bermain tu dah elok dah,tapi kerap sangat berkata ‘jangan itu’ ‘jangan ini’…
# Episod 1
Hurm….
Susah ni kalau kita keep on cakap jangan itu ini dekat anak ketika bermain. Sebab masa anak bermain,masa itulah waktu crucial nak membentuk tingkah laku anak.
Nak bentuk anak jadi positif. Nak bentuk anak utk tahu apa yg betul apa yg salah. Kalau anak tiba2 membuli org lain, nak2 kita terlihat di depan mata… time tulah kita nak bantu dia utk bersikap tidak menjadi pembuli. Waktu anak kena buli ketika bermain,waktu itulah kita nak bantu anak utk belajar sikap mempertahankan diri. Jika ketika bermain anak jatuh,waktu itulah nak ajar anak supaya bangun dan jadi kuat semula. Time anak nak pergi main api,time tulah nak ajar anak apa erti bahaya jika dia terlihat api.
Semua ini boleh berlaku sekiranya kita:
-letak hp diam2 dan elok2 dalam poket.
-BERFIKIR dengan waras utk tahu apa benda yg salah utk dibetulkan dan apa benda yg betul utk anak lakukan.
Oklah. Jom kita buat analisis bagaimana kita boleh mencapai objektif mengajar anak sambil bermain.
Kita ambil situasi anak bermain jadi pembuli dan dibuli dulu ya… nak hurai satu2 memang panjang berjela post ni.
1) Anak kita membuli org lain.
Sedang seronok anak kita bermain di playground,anak kita bermain bersama-sama dgn kawan baru. Kelihatan sudah selesa dgn si rakan,anak kita merampas apa sahaja yg ada di tangan anak org lain ketika itu (katalah masa tu rakannya baru diberi makan kek oleh ibunya dan terlihat dek anak kita). Maka anak kita menyuruh rakan barunya itu meminta sedikit kek dari ibunya. Si ibu ni tadi rasa geram je dengan anak kita bila buat mcm tu. Lagi bertambah geram kalau dia nampak kita tengok hp kan…..so pentingnya sekali lagi,hp tolonglah letak tepi. Mata tuuuu tolonglah tengok2kan anak.
Katalah kita ternampak situasi tersebut. Boleh utk kita cakap ‘jangan buat mcm tu kat kawan,tak baik!’ Tapi ajarlah,apa yg sepatutnya dilakukan oleh anak?
Meminta pada kita.
Kita sbg org dewasa pasti sudah tahu bahawa anak kita memang nak makan kek tersebut. Apalah salah
Kalau anak rasa nak kek jugak,boleh ajarkan alternatif kepada anak supaya:
-mintak dengan kita,ibu dan ayahnya.
-mintak izin dengan kawan tersebut.
Kalau kawan tersebut si ibunya tak bagi,tak perlulah risau. Ajar anak utk hormat kehendak org lain. Bukan mengajarnya utk mengalah. Kdg kita pun tak mampu utk layankan permintaannya. Apa kata kita cakap kalau tak boleh,memang tak boleh. Kalau dia mengamuk time tu,apa lagi… bagi pilihan samada nak teruskan main atau nak mengamuk. Kalau nak teruskan main,main tanpa meminta. Jika kita mampu,boleh katakan pada anak,main dulu tanpa meminta dan kemudian kita pergi beli kek. Tetapi jika anak memilih utk mengamuk juga,balik dan tidak dapat apa yg diminta- samada main atau kek. Dua2 tak dapat. Balik terus. Tegas tetapi demi kebaikan anak.
Ingatkan Anak
Jika anak kita jenis yg sedikit ganas,suka main ‘langgar lari’ dan berkelakuan sangat aktif ketika bermain,please alert on his behavior! Jangan main tinggal saja anak buat itu ini pada org lain sambil main phone. Boleh kalau kita nampak anak kita tolak budak lain dan kita cakap ‘jangan tolak! Tengok tu.. kesian adik tu jatuh’.Anak ni faham sekejap je. Nak lagi bagus,kita suruh anak kita pergi minta maaf (walaupun yg dia tolak tu masih kecil lagi budaknya). Kalau dia tak nak minta maaf,kita boleh ugutnya sedikit dengan berkata kita juga akan menolaknya sama seperti dia menolak budak itu. Kita nak buat mcm tu sebab dia punya perangai mcm tu,bukan perangai kita tu kan? He deserves to feel the same pain sama macam org lain rasa sakit. Bukan sengaja kita nak bagi dia sakit mcm tu.
Tapi ni benda yg saya tahu,tak ramai ibu bapa sanggup buat. Tuan/puan,ada masanya at one time,kita kena bertegas yg habis habisan. Pendek kata,dah sampai limit dah kita sabar. Tapi once kita buat mcm ni,anak akan ingat sampai bila2 dan cukuplah jika sekali saja kita ‘ingatkan’ dia dengan cara yg tegas mcm ni. Lain2 waktu,be flexible. Always provide gentle reminder. Sentiasa ingatkan dia nak tak buat mcm dulu2? Kalau tak nak rasa sakit sama mcm dia buat dekat budak lain utk rasa sakit,seeloknya dia belajar utk ‘behave’.
And one thing-menggunakan perkataan ‘tolong behave’ tidak bermaksud apa2 kalau dia tak tahu nak behave yg betul mcm mana. Always be specific-nak ‘behave’ tu mcm mana. Terangkan dengan detail. ‘Behave’ adalah apabila kita sering belajar menunggu giliran,berkongsi sesuatu dan ap saja yg ‘good behavior’ pada masa bermain-bergantung kpd situasi tersebut ya.
***********************************************
2. Apa jadi kalau anak kita berada di situasi budak kena tolak tadi (dibuli)?
Ajarkan anak kita utk sentiasa beritahu kita jika dia benar2 dibuli(sambil kita pun nampak depan mata kita tanpa tengok telefon). Apa yg patut kita buat adalah utk pergi kepada budak yg menolak tersebut,dan katakan padanya ‘kalau abg tolak adik mcm ni,tak ada siapa nak berkawan dengan abg.’ Boleh saja minta anak kita utk pergi dari situ dan dtg semula ke playground apabila dia sudah tiada.
Jika anak kita ditolak dengan tidak sengaja (melalui pemerhatian kita), boleh saja kita katakan abg itu tak sengaja dan tanyakan pada abg itu ‘abg tak sengaja ye tolakkan adik tadi?’
Kita jangan protect anak sepanjang masa. Ada masanya,jika anak kita memukul semula budak yg menolak itu,boleh saja kita biarkan sebab kita nak dia belajar utk protect dirinya.
Kdg2 biarkan saja dan kemudian panggil anak kita,dan bawa anak kita keluar dari situasi tersebut sebelum terjadinya kes yg lebih berat. Puji tindakannya yg berani melawan semula jika ada org sengaja menolaknya. Boleh ajar apa beza org tak sengaja menolak dan sengaja menolak di kemudian hari. Yg penting,tak salah utk expose kan anak dengan situasi buli dan membuli ni supaya mereka belajar.
***********************************************
Kebiasaannya,kita sendiri suka mengambil langkah menyuruh anak mengalah. Abg/Kakak besar,abg/kakak patut mengalah dengan adik. Benda ni biasa terjadi di kalangan adik beradik. Maaf cakaplah,jangan jadikan ini satu kebiasaan.
Anak yg kerap mengalah akan mewujudkan rasa bersalah yg tinggi dan kita akan secara tak langsung menjadikannya seorang yg berdendam. Selalu menahan perasaan kerana harus jadi baik utk adik2. Kdg2 merekalah yg akan menjadi insan dibuli dan seterusnya sikap ingin balas dendam menjadi tinggi. Manakala si anak yg biasa ‘menang’ akan ada tendency utk menjadi pembuli kerana ada org yg boleh mengalah dengannya.
Ini baru post yg ringkas. Tak perlulah kita selalu keluarkan perkataan ‘jangan’ sebaliknya sentiasa latih diri kita utk memberi solution kpd anak.
InsyaAllah,post yg panjang lagi satu akan saya coretkan lagi. Anak didatangkan dengan amanah dan tanggungjawab,maka tolonglah celik mata dan hati utk mendidik mereka.
*Kalau setakat kena jawab call dan jawab message penting ketika bawa anak bermain,tiada masalah utk tengok phone sekejap. Kita dah dewasa,bijak dah kan… fikirlah secara berhemah.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.