Adakah anak sering rasa geli, buat muka tak suka apabila disuruh pegang sesuatu seperti pasir atau mainan lembut? Jika ya, ibu ayah jangan anggap ini sesuatu yang biasa kerana ia bukan petanda yang baik!

Mungkin disebabkan keadaan ini anak akan mempunyai masalah sensori sehingga mereka besar jika tak diatasi dari awal. Bagaimana nak atasi masalah ini, perkongsian seorang ibu yang juga penulis ilmu keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira boleh dijadikan panduan.

Saya pernah lalui fasa anak geli nak pegang tektur lembik.
– Tak nak suap makan sendiri.
– Tak nak main water colour
– Tak suka bajunya basah walaupun terkena air sikit, sensitif sangat
– Tak suka tekstur melekit macam uli doh

Anak Penggeli, Tak Elok Untuk Sensori. Ibu Ini Kongsi Aktiviti Sesuai & Berkesan!

Masa tu, saya first time jadi ibu, overprotective sangat , tak nak bagi anak main kotor-kotor. Satu lagi, tak nak renyah mengemas kalau bersepah.

Masih tiada ilmu yang lengkap tentang kepentingan semua sensori diransang dengan baik.
Tambah lagi, duduk rumah apartment, susah nak jumpa tanah untuk main kotor-kotor.

Bila anak terlebih sensitif macam tu, saya rasa ada benda tak kena ni. Masa tu, saya tengah suka sangat follow sharing occupational therapist. Saya tanyakan keadaan anak saya pada OT Aisyah.

IKLAN

Beliau beritahu, Dia ada sedikit isu tactile defensiveness. Ada isu sensory avoiding.
Alhamdulillah, Allah beri kesedaran dan kekuatan untuk percaya rasa ada benda yang tak kena pada anak.

Masa anak sulung umur dalam dua tahun lebih, jadi saya
– Selalu buat messy play, main pasir, main hujan, main gandum,
– Ajak anak pijak pasir, rumput, jalan tar tanpa pakai kasut
– Mula ajak main water colour, gunakan alat dulu, lepas ajak anak guna jari dan tangan untuk celup water colour.
– Bagi je anak explore makanan ketika makan

Sikit-sikit buat aktiviti, nak hilangkan geli tu. Sebab memang mengganggu jugalah bila terlebih penggeli ni.

Alhamdulillah, lama-lama anak dah tak geli. Akhirnya boleh je main pasir dengan bare hand dan bare foot. Rasa macam satu kejayaan yang besar.

IKLAN

Anak kedua, ummi dah tak nak ulang silap sama, bagi je explore semua benda dalam keadaan selamat dan pantauan.

Anak Penggeli, Tak Elok Untuk Sensori. Ibu Ini Kongsi Aktiviti Sesuai & Berkesan!

Alhamdulillah, setakat ni, anak-anak tiada masalah sensori. Jadi, ibu ayah, belajarlah dari kesilapan saya ni.

Berilah anak main kotor-kotor, main sepah-sepah, untuk anak belajar gunakan semua sensori yang ada.

IKLAN

Bermain dengan alam, air, pasir, tanah, semuanya Allah sedia ada manfaat untuk kanak-kanak.

Kalau sensori tak diransang dengan baik, tak diberi pengalaman dengan dedahkan dengan pelbagai benda,anak nak belajar bercakap pun susah.

Bila semua sensori anak diransang dengan baik, InsyaAllah, otak anak akan senang proses dan belajar benda baru sekaligus bantu anak untuk mahir banyak kemahiran.

Kredit: Wan Nur Syakira
#catatanparentingsyakira

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Anak Penggeli, Tak Elok Untuk Sensori. Ibu Ini Kongsi Aktiviti Sesuai & Berkesan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI