Setiap kali anak balik dari sekolah, selalukan kita akan bertanya belajar apa dan makan apa. Apa kata kali ini kita tukar topik untuk bertanyakan soalan yang lebih ceria untuk anak kecil kita.

Menurut perkongsian tip yang dikongsikan oleh Dr Malar Santhi Santherasegapan di media sosial, tiga soalan mudah ini harus ditanya supaya anak jadi lebih ceria dan gembira bila pulang dari sekolah. Tukar teknik untuk jadi lebih baik.

Anak yang pulang dari sekolah, sebenarnya setiap hari pulang dengan seribu satu perasaan, seribu satu cerita dan seribu satu pengalaman saban hari.

Dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga emosi anak supaya mereka membesar tanpa trauma walaupun kita sibuk dengan tugas kerja.

2-3 ayat yang mudah sebegini, boleh jadikan anak kita insan yang ceria, gembira dan berguna. Paling penting, menjadikan mereka manusia penyayang. 💖

3 perkara harus ditanyakan pada anak bila pulang dari sekolah atau rumah pengasuh.

Anak Pulang Dari Sekolah Jangan Lupa Tanyakan 3 Soalan Ni, Dr Malar Kongsi Tip Anak Ceria!

1. Mommy rindu awak
Ni paling penting untuk disebut. Penting untuk anak-anak tahu walaupun kita keluar bekerja, mencari rezeki, namun anak-anak masih priority utama mommy dan papa.

Kalau boleh ucapkan kata rindu sambil peluk dan kucup anak. Kuasanya lebih tinggi bila digandingkan begitu.

IKLAN

Sampai dah besar panjang anak akan ingat. Bila dia keluar rumah mommy & papa rindukan dia, teringat kat dia all the time.

Anak Pulang Dari Sekolah Jangan Lupa Tanyakan 3 Soalan Ni, Dr Malar Kongsi Tip Anak Ceria!

2. Apa yang best dan kelakar kat school hari ini?
– Tanya anak mengenai hari itu.
– Latih anak untuk bercerita dan berkongsi tentang pengalamannya.
– Dengar cerita anak dengan excited supaya dia rasa cerita dia diberi kepentingan dalam rutin harian mommy papa yang busy.

3. Hari ni kakak gaduh dengan sesiapa tak? Merajuk atau sakit hati? Dimalukan oleh sesiapa tak?
– Sangat penting untuk latih anak sejak kecil untuk bercerita momen pahit kepada ibubapa.
-Kebanyakkan kita sukar nak kongsi perkara yang memalukan kita, ini fakta.

Anak Pulang Dari Sekolah Jangan Lupa Tanyakan 3 Soalan Ni, Dr Malar Kongsi Tip Anak Ceria!

Bila anak tak kongsi kat parents, tak cerita dekat siapa-siapa perasaan tu semua akan bottle up dan berbuku dalam hati.

IKLAN

Anak akan ada trauma dan luka yang tertinggal tanpa healing menjadikan mereka sensitif.

Ramai parents sekarang ada isi ini sejak kecil, sampai sekarang dah jadi parents.

So lets not pass it to out kids. Lets be better parents.

1. Bagitau anak almost everyday mommy love you, miss you walaupun anak dah tahu!

2. Dengar dan hayati cerita anak tentang harinya!

IKLAN

3. Latih anak untuk kongsi moment pahit & memalukan dengan kita, their parents.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Anak Pulang Dari Sekolah Jangan Lupa Tanyakan 3 Soalan Ni, Dr Malar Kongsi Tip Anak Ceria!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI