Baru-baru ini tular isu seorang ibu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila ada yang memandang serong kepadanya kerana anak-anak bising ketika makan di kedai.
Setelah tular, Cikgu Ayu memohon maaf di atas ‘statement’ yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diberikan ekoran isu yang timbul ini. Perkara ini turut menarik perhatian ibu anak lapan, Puan Mcyah Joanjett. Menurutnya, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mengatur anak-anak ketika berada di luar.
Kalau bab isu anak ramai/anak kecik ni aku sensitip betholl.. anak-anak tak pernah salah. Anak tu amanah & rezeki daripada Allah swt.
Anak ramai bukan penghalang untuk makan di kedai. Kita dan anak-anak pun ada perasaan nak hangout macam orang lain. Tapi kena ingat, kedai makan ni tempat umum. Bukan tempat kita bayar private untuk family kita je. Jadi parent kena bijak kawal suasana.
Macam dikyah dan suami, kami takkan makan selagi anak-anak tak setel. Kalau anak lapar, for sure dorang meragam. So kenyangkan mereka. Lepas anak dah setel, kami makan bergilir-gilir dengan cepat. Siap semua, kami cepat-cepat keluar dari kedai.
Ads
Bukan kata bertenggek lepak-lepak. Andai kata ada anak yang meragam, salah seorang akan dukung bawa keluar dari kedai atau bawa masuk kereta untuk tenangkan.
Sape je tak nak makan santai-santai, feeling in love, suap menyuap, kunyah 40x ikut sunnah. Tapi tula kena faham dan hormat orang sekeliling. Kita tak boleh nak kawal orang lain dari mencebik kita, tapi kita boleh kawal suasana dan keadaan anak kita di kedai makan.
Ads
Nanti korang besar lah mami dengan papa makan pelan-pelan ye nak. Buat masa sekarang memang kene makan gaya ular sawa. Ngap! Telan tanpa kunyah.
Sudah nasib, ibu mengandungkan sembilan bulan. Kemudian bersusah payah melahirkan, sekali bila keluar anaknya mirip si ayah! Tidak mengapa, asalkan sihat sudah cukup. Lagipun memang itu ayahnya, logiklah kalau wajah mereka seiras. Kalau ditegur kenalan pun, si ibu biasanya akan tersenyum dan bersetuju yang si kecil tu memang anak ayah.
Mengikut kajian, apabila wajah anak seakan-akan sama seperti ayah atau ibunya, ia akan mempengaruhi gaya mendidik seseorang itu. Sebagai contoh, jika anak seiras dengan ayahnya maka mereka akan menjadi lebih rapat kerana ada ‘tenaga’ dan keserasian antara mereka. Si ayah juga akan bermotivasi untuk meluangkan masa bersama anaknya itu.
Menurut Profesor Solomon Polachek dari Binghamton University New York, ayah yang melihat anaknya yang mempunyai wajah seiras dengannya akan lebih terikat secara emosi dan cenderung untuk selalu dekat dengan si kecil. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Binghamtom University dan Southern Illinois University ke atas 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah atau sudah bercerai dan mungkin tidak pernah berkahwin (serta semua anak-anak dari keluarga ini tinggal bersama si ibu).
Kajian ini mendapati anak yang menyerupai wajah ayah mereka lebih sihat apabila mencapai usia setahun. Tahap kesihatan ini diambil kira dari pelbagai sudut, termasuklah penyakit yang mereka hidapi atau berapa kali pernah masuk ke hospital dan sebagainya.
Apabila ayah mempunyai anak-anak yang seiras dengannya, ia bukan saja memberi kesan positif terhadap si ayah tetapi anak mereka. Anak akan berasa gembira apabila dapat meluangkan masa dengan siayah. Inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan si anak. Biasanya ayah yang mempunyai wajah seakan sama dnegan anak, mereka jarang nak marahkan anak tersebut.
Hasil penyelidikan dari dua buah universiti ini memang menarik, tetapi tidak bermakna jika wajah anak mereka tidak sama seperti ayah, mereka tidak sayangkan anak itu. Setiap ayah pasti sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarganya. Penemuan paling penting dalam kajian ini mendapati si ayah perlu meluangkan lebih masa dnegan anak-anak. Ia akan menggembirakan si kecil dan memberi kesan positif pada anak.
Rumah tangga ‘sejuk’ kerana wajah anak seiras dengan ayah mereka mungkin satu kebetulan kerana apabila ayah selalu meluangkan masa dengan si manja, ibu akan ada sedikit masa untuk dirinya sendiri. Kebanyakan ibu pun tidak kisah kalau anak lebih rapat dengan ayah kerana sekurang-kurangnya mereka dapat fokus kepada hal-hal rumah tangga yang lain. Apabila suami isteri saling bekerjasama sudah pasti rumah tangga lebih bahagia dan harmoni.
Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, terdapat ciri baharu yang boleh dimanfaatkan pengguna menerusi kemas kini versi terbaharu itu.
“Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini,” jelas MKN.
Untuk makluman, MySejahtera kini ditambah baik dengan membolehkan anda mengesan empat jenis penyakit berjangkit lain iaitu Demam Denggi, Rabies, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta Demam Campak.
Dengan penambahbaikan ini, orang awam bolehlah jalankan aktiviti harian dan rancang perjalanan diluar dengan lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.
Ikut langkah ini jika ingin menikmati pengalaman lebih baik dengan kemas kini terbaharu:
1) Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke tab MySejahtera
2) Pilih Infectious Disease Tracker
3) Masukkan lokasi anda atau lokasi yang ingin anda kunjungi di ruang Search
4) Anda kemudian boleh lihat senarai penyakit berjangkit beserta jumlah kes aktif di bahagian bawah.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19, akan diubah sebagai ‘Infectious Disease Tracker’.
Ia bertujuan untuk melihat kawasan titik panas penyakit lain seperti rabies, demam campak, HFMD dan denggi.
Tinjauan menerusi ruangan komen, ada yang bersetuju dengan ciri baru MySejahtera ini kerana dapat mengetahui kawasan penyakit berjangkit terutama bagi yang mempunyai anak di pusat asuhan, tadika serta sekolah rendah.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan katakan anak perempuan, anak lelaki kita pun boleh tahan manjanya. Manja terlampau sampaikan nak menegur pun susah jadinya. Mulalah sentap dan merajuk.
Sebenarnya anak manja tak salah cuma bimbang anak kita tak mampu nak berdikari sendiri bila semakin membesar. Semuanya dibantu mama pama.
Nak kurangkan manja anak yang terlampau, mama papa boleh praktikkan cara ini.
1. Elakkan terlalu kerap mendukungbayi atau anak kecil. Bukan tak bagi dukung, cuma jangan terlalu kerap. Elak melekat je ngan dia. Bagi dia explore dunia dia sendiri dengan pemantauan kita dari jauh sahaja. Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stress.
2. Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis. Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohhnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
3. Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap. Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
Contohnya, “Sekarang waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)
4. Elak untuk ‘over protective’. Biar anak meneroka dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je. Anak manja kebanyakannya kuat merajuk dan suka memberontak.
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara dan saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk elakkan orang yang tak dikenali juga.
5. Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa. Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Dia perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
6. Buat senarai setiap kali pergi shopping barang dapur. Masa anak kecil, bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set dalam kepala, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenarikan.
Elakkan pembelian yang tak dijangka. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
7. Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.
8. Selalu pesan utuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
9. Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
10. Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Sumber: Khalifahmedia.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!