Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
Ads
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
Ads
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Ads
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau boleh, semua nak buat sendiri sebab saya tahu itu tanggungjawab saya.”
Tak ramai lelaki yang mampu tampil jujur dan terbuka berkongsi peranan mereka sebagai suami dan bapa di rumah. Namun, pelakon tersohor tanah air, Datuk Remy Ishak, nyata tidak segan mendedahkan sisi dirinya yang cukup dikagumi ramai sebagai seorang ayah yang ‘hands on’ dan suami yang ringan tulang.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, pelakon filem Keluang Man itu berkongsi detik seharian di rumah ketika tiada penggambaran. Dalam rakaman tersebut, kelihatan Remy bukan hanya melayan anak kesayangan mereka, Tuah Alam, tetapi juga mengemas rumah dan beriadah semuanya dilakukan sendiri, tanpa diminta.
“Percaya tak kalau saya cakap saya tak suka sangat berehat? Kalau tak ada shooting, saya tak boleh duduk diam. Bila di rumah, saya ambil alih tugas jaga anak untuk ringankan beban isteri,” kongsi Remy dengan jujur.
Apa yang menyentuh hati ramai ialah pengakuan Remy bahawa semua yang dilakukan bukanlah atas arahan atau permintaan isteri tercinta, Ezza Yusof, tetapi atas kesedaran sendiri sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.
“Isteri tak pernah paksa atau suruh pun. Tapi saya rasa itu memang tanggungjawab saya. Saya memang jenis tak reti duduk diam,” tambah pelakon berusia 43 tahun ini.
Sikap begini menunjukkan bahawa nilai tanggungjawab dalam rumah tangga bukan hanya terletak di bahu wanita semata-mata. Malah lelaki juga perlu ada kesedaran untuk turut sama mengemudi kehidupan keluarga, bukan sekadar mencari nafkah di luar.
Bayangkan betapa lega dan bahagianya hati seorang isteri apabila suami sendiri faham, bantu dan terlibat dalam urusan rumah tangga tanpa perlu diminta-minta. Bagi wanita yang bergelar ibu, masa rehat itu terlalu berharga. Bila ada pasangan seperti Remy, emosi isteri lebih stabil, kasih sayang pun makin erat.
Ini bukan sekadar tentang ‘bantu’ kemas rumah atau jaga anak. Ia tentang menjadi pasangan hidup yang sebenar-benarnya saling memikul beban, saling memudahkan, saling menyokong.
Majalah Pa&Ma sentiasa meraikan bapa-bapa yang sanggup bangkit dari stereotaip dan menjadi tonggak keluarga sebenar. Bapa bukan sekadar ketua keluarga, tetapi juga pelindung, penyokong dan pembantu dalam setiap aspek kehidupan rumah tangga.
Remy Ishak adalah contoh terbaik bahawa lelaki juga boleh dan patut terlibat secara aktif di rumah. Sama ada lipat kain, mandikan anak atau masak sarapan semuanya menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga.
💡 Pa&Ma Tip Buat Ayah Moden:
✔️ Ambil masa 15-30 minit setiap hari untuk bonding dengan anak. ✔️ Buat satu kerja rumah setiap hari – kecil tapi bermakna. ✔️ Tanyakan pada isteri, “Apa yang saya boleh bantu hari ni?” ✔️ Rehat itu perlu, tapi bantu isteri lebih utama.
Terima kasih Remy Ishak, kerana menjadi suara kepada suami-suami yang mahu berubah menjadi lebih baik. Dan buat semua bapa di luar sana, percayalah… bila anda bantu isteri dan luangkan masa dengan anak, anda sebenarnya sedang membina keluarga yang penuh kasih, tenang dan bahagia.
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fizo Omar buat surprise di sekolah anak, Maryam peluk daddy macam tak nak lepas. Video Fizo Omar buat kejutan berjumpa anaknya, Wan Maryam di sekolah buat warga maya tersentuh. Sebak tengok Maryam peluk Daddy macam tak nak lepas. Rindu betul Maryam pada Daddy. Dihujung video ketara Fizo tahan air mata.
Melalui hantaran yang dibuat di laman Instagramnya, Fizo berkongsi detik dia membuat ‘suprise’ buat anaknya, Maryam di sekolah. Kata Fizo lagi apabila ada urusan kerja berhampiran dengan sekolah Maryam, dia tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Maryam walaupu sekejap.
Maryam yang melihat kedatangan daddynya terus berlari ke hadapan pintu kelas. Sambil tersenyum lebar, Maryam memeluk daddynya dengan penuh erat. Ternyata bukan hanya FIzo sahaja rindu pada Maryam tetapi Maryam juga begitu merindukan daddynya.
Selepas meminta kebenaran daripada guru, Fizo membawa Maryam ke kantin untuk membeli sedikit makanan. Sebelum berpisahl Fizo dan Maryam saling berpelukan antara satu sama lain. Namun yang mengharukan ialah apabila Maryam seakan tidak mahu melepaskan pelukan daddynya.
Perkongsian Fizo mendapat reaksi daripada warga maya. Ramai yang rasa terharu dengan pertemuan dua beranak itu. Berikut dikongsikan antara komen-komen warga maya.
Bapa borek anak rintik, memang tepat sekali perumpamaan ini untuk menggambarkan perwatakan anak yang menyerupai ibu atau ayahnya. Bukan sahaja personaliti bahkan setiap perbuatan juga sama, memang betul-betul copy paste!
Perkongsian video pengacara serba boleh, Dayah Bakar yang menunjukkan suami serta anaknya, Achbar Muhammad Fahri sedang berdiri di stesen komuter mencuri perhatian ramai. Apa tidaknya, aksi Fahri dan Baba berdiri betul-betul sama! Tangan diletakkan ke belakang dengan kaki yang terbuka sedikit.
Menurut penulisan keibubapaan Mohd Fhais Salim, tidak semua tetapi kebanyakan anak-anak akan mengikut perangan ayah berbanding ibu. Di dalam penulisannya, dia memberitahu ayah banyak memberikan RASA KEKITAAN pada anak. Sebab itulah, anak cenderung meniru perbuatan si ayah.
Kenapa karakter anak banyaknya ikut ayah?
– jalan ikut ayah
– cara cakap ikut ayah
– perangai ikut ayah
– degil ikut ayah
– tidur ikut ayah
– makan ikut ayah
Tak semua tapi almost semua anak-anak akan banyak ikut ayah berbanding ibu. Ini kerana menurut pakar perkembangan psikologi Moritz Daum, anak anak cenderung untuk mengikut apa ibu ayahnya buat kerana anak mahu ada RASA KEKITAAN (Sense Of Belonging)
Dan ayah adalah orang yang paling banyak berikan anak rasa kekitaan ni. Serius!
Sebab itu la kalau kita perhatikan,
– anak ni lebih takut pada ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka dapat pujian oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih suka bermain dengan ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah di nasihatkan oleh ayahnya berbanding ibu
– anak ni lebih mudah patuh pada arahan ayahnya berbanding ibu
Ayah memang idola sejati setiap anak. Setiap gerak geri si ayah ni sentiasa di perhati dan diikuti oleh anak-anak. Biasa la tu, apa idola buat, kita mesti nak ikutkan.
Sampaikan ada ayah yang kuat kentut pun, anak boleh ikut juga. Haha, ini serius!
Kesimpulannya, jika kita nak mencorak anak kita perkara pertama kita kena buat adalah corak dulu diri kita. Bapa borek anak pun rintik.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).