Penyampai radio Hot FM, Haziq mengakui cemas apabila anak keduanya yang baru berusia 35 hari mengalami gejala batuk berkahak hingga menyukarkan penafasan.
Bagaimanapun Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, anaknya Chayra Auliya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.
“Dia mengalami batuk berkahak yang sangat teruk sehingga biru mukanya.
“Apabila di bawa ke hospital, doktor beritahu saluran dalamannya kecil hingga sukar untuk keluarkan kahak,” katanya.
Selain itu pengendali segmen Mega Hot itu berkata , semasa rawatan di hospital bayinya itu terpaksa dikuarantin di dalam bilik khas bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Ads
“Pada mulanya kami hanya boleh melihat keadaan anak dari luar bilik kaca. Chayra perlu dikuarantin selama 24 jam untuk pemantauan rapi.
“Namun Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan dia mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara di posting terbaru instagramnnya, Haziq menyatakan anaknya dah mula menunjukkan perkembangan positif dan makin selesa menggerakkan badan serta tidur nyenyak.
Cuma batuknya masih ada dan nak tunggu benar-benar pulih mengambil sedikit masa kerana batuk kokol.
Haziq juga turut berkongsi kunjungan dari Ustaz Ebit Lew yang datang melawat Chayra di hospital.
“Masa lawatan Ustaz Ebit, beliau ada membacakan doa untuk anaknya dan bagi minum air selawat. Chayra pun nampak tenang je.
Semoga baby Charya cepat sembuh dan dijauhkan dari sebarang masalah serius. Biasalah bayi ni antibodi lemah dan mudah berjangkit dengan orang sekeliling.
Sumber: Mstar & Ig haziq_hotfm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini. Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam?
AL-KAFI 788: HUKUM MEMUAT NAIK VIDEO ISTERI BERSALIN
Assalamualaikum SS Mufti. Apakah hukum seseorang yang memuat naik video isteri atau ahli keluarga yang sedang bersalin?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertama sekali, kami ingin menukilkan peringatan Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Setiap amalan yang kita kerjakan akan dihisab dan dinilai di sisi Allah SWT. Dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita pula, salah satu ukuran yang harus kita guna untuk menilai baik buruknya ialah samada ia memberi manfaat samada kepada diri kita dan orang lain. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Antara kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat padanya.
Riwayat Tarmizi (2318)
Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.
Riwayat al-Bukhari (6120)
Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.
Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:
الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman.
Riwayat Muslim (36)
Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan. Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.
Dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islami. Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar kita sama-sama gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan menyemai kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa. Semoga setiap perkongsian yang dilakukan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah SWT kelak.
Penutup
Kesimpulannya, kami berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas. Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.
Akhir kalam, saya mendoakan agar anak-anak kita seluruhnya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Tidur cukup tetapi tetap rasa letih dan lesu sepanjang hari. Apa sebabnya hal ini terjadi pada kita, terutama pada mak ayah yang seharian bekerja.
Menurut perkongsian Dr Serena In, Ketua Jabatan dan Ahli Psikologi Klinikal di Fakulti Perubatan IMU University, hal ini boleh dikaitkan dengan Sindrom Kelesuan Kronik (CFS).
“Data mengenai CFS di Malaysia sangat sedikit, bukan kerana ia tidak wujud di sini tetapi kerana kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat umum. Disebabkan itu, tidak ramai orang yang tahu bagaimana untuk mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ia kurang dilaporkan dan kurang difahami,” kata Dr Serena In berkongsi.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menderita kelesuan berpanjangan yang tidak dapat dijelaskan dan tidak bertambah baik dengan berehat, berikut apa yang anda perlu tahu.
Kemungkinan tanda-tanda CFS
Secara perubatan ia dikenali sebagai Ensefalomielitis Mialgik (ME) dan pakar tidak dapat mengenal pasti apakah punca CFS.
Ia kadangkala boleh berlaku selepas jangkitan virus seperti COVID-19, walaupun tidak dikaitkan dengan sebarang jangkitan tertentu.
Faktor-faktor lain yang berkaitan – walaupun tidak semestinya bersifat penyebab – termasuklah penyakit keradangan seperti arthritis, keadaan psikologi seperti kemurungan, dan perubahan hormon seperti menopaus.
Gejala ini boleh datang dan pergi dan sangat berbeza kepada setiap individu. Kebanyakan pesakit melaporkan gejala-gejala seperti berikut:
* Kelesuan yang tidak hilang selepas berehat atau tidur
* Kesukaran untuk memberi tumpuan
* Kelemahan otot
* Sensitif melampau kepada bau-bauan, bahan kimia, cahaya atau bunyi-bunyian
* Masalah penghadaman seperti sindrom usus merengsa
* Kesakitan sendi dan otot tanpa melakukan senaman, bengkak atau kemerahan
CFS hanya boleh didiagnosis berdasarkan gabungan simptom, di samping satu siri ujian untuk menolak kemungkinan punca lain.
Malah menurut kata Dr Serena lagi, belajar untuk memahami diri sendiri dan periksa keperluan tubuh dengan rehat secukupnya terlebih dahulu.
“Atasi keperluan asas terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup dan makan makanan seimbang. Jika asasnya betul, anda pasti jadi lebih baik dalam beberapa minggu.
“Tetapi, jika anda masih tidak berasa lega selepas mencubanya, anda mungkin memerlukan nasihat perubatan,” tambahnya lagi.
Tiada rawatan atau penawar khusus bagi CFS. Namun cara menguruskan rasa letih dan lesu ini boleh memainkan peranan penting untuk melegakan gejala, di samping menyesuaikan gaya hidup.
Selain itu, Dr Serena menyarankan pesakit berjumpa ahli psikologi klinikal atau kaunselor untuk mendapatkan sokongan dalam memproses perubahan besar dalam hidup mereka.
Jadi mulakan hari yang sihat, bantu diri untuk kembali cergas seperti selalu!
Empat tahun menanti zuriat, kini apabila anak ada depan mata seolah macam masih bermimpi dan tak percaya. Begitulah yang dirasai oleh Nur Liyana Abdul Rahman yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui teknik IVF.
Mungkin sesetengah orang cakap beruntungnya sekali buat IVF dah berjaya, tapi ia sebenarnya mengambil masa setahun (April 2017-April 2018) untuk dapat memeluk Tyara Luthfia yang dilahirkan 3 Januari lalu.
Berikut perkongsian dari Nur Liyana yang mungkin boleh memberi inspirasi dan percaya jika itu adalah waktu terbaik Allah nak bagi rezeki, tak cepat atau lambat.
Saya berkahwin 17/ 10 / 2014 . Kami pasangan yang kuat bekerja untuk LEEYANARAHMAN sampai lupa yang kami belum ada anak . Jadi kami mula buat pemeriksaan dengan doktor pada April 2017 . Dah banyak ujian yang kami lalui. April 2017 , sy ada buat HSG TEST di hospital swasta dan keputusannya memang tiada apa-apa masalah. Semuanya okey.
Jadi doktor cadangkan untuk kami untuk kami cuba manual dulu sebab doktor cakap kami masih muda . Bagi doktor kami muda tapi kami tak rasa muda pun kerana keluarga kami yang rata-ratanya berkahwin, dua tiga bulan itu terus mengandung.
Memang diakui kadang-kadang agak stres bila dengar berita kehamilan dari ahli keluarga lain. Kita yang dah kahwin lama ni belum di beri rezeki. Nak tak nak saya kena berkorban kalau mahu zuriat sendiri.
Setiap bulan saya dan suami buat pemeriksaan di hospital dan setiap bulan juga doktor bagi Clomid. Ada satu bulan itu doktor ada cadangkan untuk kami suami isteri pergi bercuti selepas makan Clomid. Clomid adalah ubat untuk subur dan matangkan ovum kita.
Rawatan saya sehingga April 2018 . Disebabkan dah rasa putus asa dengan cara ni, saya ambil keputusan untuk buat IVF.
Cucuk perut sampai lebam
Keputusan buat IVF itu saya rasa yang terbaik untuk kami buat masa itu. Masa buat perbincangan untuk mulakan IVF, waktu itu juga period saya datang dan esoknya saya terus boleh mulakan buat suntikan. Kuasa Allah, alhamdulillah!
Dari seorang yang takut jarum, demi nak anak saya kena kuat. Mula hari kedua period tu , suami yang suntik di bahagian perut saya setiap hari ‘inject pregestrone’ sampai lebam. Sakit Tuhan je tahu.
Perjalanan IVF sangat pedih. Kena egg pickup, suntik proluton, bermacam-macam jarum saya pernah cuba. Tapi saya kuatkan diri untuk dapatkan seorang bayi.
23 April kami buat pemindahan embrio. Doktor masukkan 2 embrio tapi satu je yang bertahan iaitu Tyara.
Selepas melalui proses itu , saya mula jaga makan. Makan tak boleh sembarangan macam dalam pantang.
Dalam tempoh itu juga saya hanya baring je selama sebulan. Bila dah buat pemeriksaan dan positif mengandung, saya betul-betul jaga dan selama 2 bulan saya bedrest . Suami memang tak bagi saya bergerak langsung walaupun naik tangga.
Bersalin normal
Biarpun ramai yang cakap IVF ini memang kena czer tapi saya kuatkan diri dan selalu bercakap dengan bayi masa dalam perut supaya dia keluar secara normal. Saya jaga pemakanan dan alhamdulillah saiz bayi pun tak besar tak kecil jadi saya pilih untuk normal secara induce.
Bila dah bersalin , rasa sakit contraction selama 6 jam dalam labour room terus hilang bila tengok muka anak sendiri. Alhamdulillah Tyara sihat tanpa jaundice.
Pemakanan masa hamil
Bila orang tanya apa pemakanan sewaktu saya hamil antaranya
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.