Kadang-kadang, kita terlalu cepat menilai bila nampak anak orang menjerit, tak duduk diam, atau tiba-tiba tantrum di tempat awam. Terus terlintas di fikiran, “Mak ayah dia tak pandai jaga anak ke?”
Tapi pernah tak kita tanya mungkin anak itu sedang bergelut dengan sesuatu yang tak nampak pada mata kasar. Mungkin ADHD, mungkin juga autisme.
Ads
Sebagai ibu bapa, cabaran membesarkan anak neurodivergent bukan sekadar soal disiplin. Ia tentang memahami dunia mereka yang berbeza dan belajar masuk ke dunia tu dengan sabar dan kasih sayang.
Ads
Ads
Pengasas Ameera Kids Solution Centre (AKSC), Pn Ameera Shafira Hassan berkongsi tanda-tanda nak ADHD dan anak autism yang seharusnya tidak dilabel sebagai anak yang nakal. Bahkan beliau turut berkongsi bagaimana mengenal anak-anak isimewa ini agar tidak menyalahkan kedua ibunya mereka. Belajar kenali mereka!
Saya sering berjumpa ibu bapa yang datang dengan air mata di mata dan beban di dada. Mereka bukan tak sayang anak. Tapi mereka penat — penat disalahfaham, penat dibandingkan, penat dicemuh hanya kerana anak mereka tidak “seperti anak orang lain”.
Salah satu kekeliruan paling besar dalam masyarakat ialah menyamakan anak ADHD atau autisme dengan anak ‘nakal’. Sebenarnya, perbezaannya sangat besar. Anak yang ‘nakal’ masih boleh mengawal tingkah laku apabila diberi arahan. Tetapi anak-anak dengan ADHD atau autisme berdepan cabaran dari dalam cara otak mereka berfungsi. Bukan mereka tak mahu fokus, bukan mereka sengaja buat hal — mereka cuma melihat dan memahami dunia dengan cara yang berbeza.
Bagaimana Nak Tahu Anak Ada ADHD atau Autisme?
Tanda-tanda awal boleh dikesan seawal umur satu hingga tiga tahun. Antaranya, anak tidak respon bila dipanggil, kurang eye contact, suka bermain sendiri, kerap ulang aktiviti sama, terlalu aktif atau sebaliknya sangat pasif. Kadang-kadang ibu bapa akan mula perasan bila anak tidak bertindak seperti rakan sebaya.
Jika anda rasa “anak saya lain dari yang lain”, jangan abaikan naluri itu. Dapatkan saringan awal. Diagnosis bukan pengakhiran — ia adalah permulaan untuk membantu anak berkembang dengan sokongan yang sesuai.
Realiti Ibu Bapa: Bila Anak Tak Seperti Budak Lain
Cabaran utama bagi ibu bapa ialah penerimaan. Bukan mudah melihat anak tidak membesar seperti kanak-kanak lain. Lebih sukar apabila orang luar mula menghakimi, melemparkan kata-kata seperti “kenapa tak didik betul-betul?”, “manja sangat agaknya ni.” Sedangkan dalam diam, ibu ayah sedang menahan seribu satu rasa — kecewa, takut, risau, kadang-kadang menyalahkan diri sendiri.
Tapi ketahuilah, anak-anak ini tidak perlukan kesempurnaan kita. Mereka hanya perlukan kita hadir, faham, dan percaya bahawa mereka juga berpotensi — cuma dengan cara yang berbeza.
Elakkan Anak Terus Dikenakan Label
Salah satu perkara yang paling menyakitkan hati ibu bapa ialah apabila anak mereka dilabel – degil, tak boleh duduk diam, masalah disiplin, bawa masalah. Label seperti ini boleh mencalarkan keyakinan anak dan menghalang perkembangan mereka.
Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk melindungi mereka:
•Beri ruang dan masa anak belajar mengawal emosi dan tingkah laku
•Fokus pada kekuatan anak, bukan hanya kelemahannya
•Gunakan bahasa positif dalam mendidik dan bercakap tentang anak
•Bangunkan keyakinan anak dari rumah — itu benteng pertama mereka
Dan paling penting, kita sebagai ibu bapa kena belajar dan faham tentang ADHD dan autisme. Bila kita faham, kita lebih kuat untuk pertahankan anak kita.
Apa Perlu Buat Bila Terima Diagnosis?
Tarik nafas. Pegang tangan pasangan. Peluk anak.
Langkah pertama ialah menerima dan memahami. Diagnosis bukan kegagalan kita sebagai ibu bapa. Sebaliknya, ia satu peluang untuk kita mula membantu anak dengan cara yang betul.
Cari maklumat sahih. Hubungi pusat intervensi yang dipercayai. Bina rangkaian dengan ibu bapa lain yang pernah melalui pengalaman sama. Dan paling penting, jangan takut untuk minta bantuan.
10 Keistimewaan Ameera Kids Solution Centre (AKSC)
Sebagai pengasas AKSC, saya telah bersama anak-anak istimewa selama lebih 12 tahun. Pusat kami pula telah beroperasi secara rasmi selama 6 tahun. Saya berkelulusan Diploma Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Psikologi, dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal. AKSC dibina berasaskan ilmu, pengalaman dan kasih sayang kepada anak-anak yang unik ini.
Berikut adalah 10 keistimewaan yang menjadikan AKSC pilihan ramai ibu bapa:
1.Gabungan Ilmu Psikologi, Awal Kanak-Kanak & Terapi Cara Kerja. Semua pendekatan intervensi kami berasaskan teori yang kukuh dan pengalaman sebenar.
2.Tenaga Profesional Pelbagai Disiplin
Kami ada pasukan terlatih yang terdiri daripada:
•Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
•Terapis Tingkah Laku
•Guru Pendidikan Khas & Early Interventionist
3.Program Komunikasi & Tingkah Laku Berstruktur
Direka khas dan terbukti berkesan untuk bantu anak meningkatkan fokus, komunikasi dan kawalan emosi.
4.Intervensi Individu dan Kumpulan Kecil
Sesi direka ikut keperluan unik setiap anak, sama ada secara individu (1:1) atau berkumpulan.
5.Latihan dan Sokongan Ibu Bapa
Ibu bapa dilatih agar intervensi dapat diteruskan di rumah secara konsisten.
6.Pendekatan Holistik
Merangkumi aspek tingkah laku, emosi, motor halus/kasar, dan komunikasi — bukan fokus tunggal.
7.Gabungan Pendekatan Visual, Aktiviti Bermain & Struktur Jelas
Terapi dijalankan secara menyeronokkan, mesra anak, tapi tetap dalam struktur yang selamat dan difahami anak.
8.Pemantauan dan Laporan Berkala
Ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan perkembangan anak melalui laporan dan sesi perbincangan.
9.Persekitaran Mesra Sensory & Selamat
Direka khusus untuk anak-anak ADHD, autisme dan anak yang sensitif terhadap rangsangan.
10.Komitmen Terhadap Anak, Bukan Sekadar Jadual
Kami lihat setiap anak sebagai individu — bukan sekadar ‘slot terapi’. Fokus kami adalah kemajuan sebenar.
Anak istimewa tidak perlukan kita jadi sempurna. Mereka hanya perlukan kita untuk faham, bersabar, dan sentiasa ada. Jangan takut dengan perjalanan ini. Walaupun berliku, ia penuh dengan keberkatan dan keindahan yang sukar digambarkan.
Dan satu perkara yang saya pegang sejak dulu, “Tak semua anak dilahirkan untuk ikut sistem, tapi setiap anak berhak untuk difahami.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Syukur Allah beri rezeki anak kedua yang dilahirkan selamat walaupun terpaksa lahir ketika kandungan 8 bulan tetapi dalam masa sama sedih mengenangkan keadaan isteri yang terlantar koma hingga hari ini,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Sel kanser merebak ke tulang belakang
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya.
2017 dah perasan ada benjolan kecil
Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
Doktor sahkan kanser
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Hilang punca pendapatan
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan kerana sebelum ini berniaga kecil-kecilan. Buat masa ini saya hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain kerana belum dapat lagi bekerja berikutan perlu ke hospital dan perlu fokus pada isteri.
“Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Harapnya masih ada rezeki lain lagi selepas ini dan berharap Allah memberi syifa kepada isteri untuk kembali sihat dan kami dapat bersatu semula satu keluarga. Hingga kini saya masih buntu lagi memikirkan keadaan isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Muhammad Hairi melalui talian 011-64845596.
Bukan sekadar menyelamatkan nyawa anak bahkan pemakaian carseat, kerusi keselamatan sebenarnya banyak memudahkan ibu dan ayah, lebih-lebih lagi pada ibu atau bapa tunggal. Takkanlah nak beriba anak sambil drive kan?
Walau anak menangis, perkenalkanlah carseat seawal yang boleh. Mudahkan kerja dan tak perlu pening kepala anak menangis.
Perkongsian bapa tunggal, Superdaddy, Khairul Abdullah ini banyak benarnya. Malah penggunaan carseat buat ketiga-tiga anaknya amat membantunya untuk bergerak ke sana ke mari. Tak rugi malah lagi selamat!
Antara benda yang sangat-sangat membantu aku bila jadi bapa tunggal ni adalah “carseat”.
Kau bayangkan dulu waktu mak diorang meninggal, aku nak bawa 3 orang anak kecil ni ke hulu hilir seorang diri bukan senang wehh. Tapi sebab ketiganya duduk dalam carseat masing-masing dan ikat elok-elok maka ia sangat mudah untuk aku memandu.
Takde isu aku nak kena riba atau pangku anak waktu driving. Bahaya wehhhhh. Banyak sangat dah kes anak kecil dan bayi meninggal sebab terhantuk stering/ dashboard atau paling dasyat tercampak keluar bila eksiden.
So, Alhamdulillah, sepajang membesarkan anak-anak, bab dalam kereta ni aku sangat titikberatkan. Ia memudahkan aku dan bagi aku ketenangan jiwa. Boleh memandu tanpa gangguan.
Tapi kan, nak anak-anak duduk behave dalam carseat ni benda bukan mudah kalau tak dilatih sejak awal. Anak-anak aku semua lahir sahaja terus masuk dalam carseat tu. Tak pernah riba datau dipangku dalam kereta. Jadi diorang dah biasa. Masuk kereta mesti nak duduk dalam carseat masing-masing.
So, aku sarankan korang yang baru ada anak, yang anak masih umur 2-3 bulan tu belilah dan biasakan anak-anak duduk dalam tu. InshaAllah kau akan bersyukur satu hari nanti sebab ia sangat membantu memudahkan kau dan paling penting membantu menyelamatkan nyawa bila berlaku kemalangan.
Dapatkanlah satu kalau ada baby baru lahir tu. InshaAllah kalau start dari baby ni lebih mudah. Kalau dah masuk umur 5-6 bulan apatah lagi setahu dua, sukar sikit nak ikat depa dalam tu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaanya bila beli barang basah terutama sayur-sayuran pastinya tak tahan lama, cepat berkulat dan layu. Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahan masakkan tahan lama, mudah disediakan dan sentiasa segar.
PETUA-PETUA DI DAPUR
Kredit: Shakina Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.