Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu
Ads
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
Ads
Alhamdulillah dari umur Raiesya 1 bulan sampai lah sekarang dia tak pernah bagun malam,
Ads
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Mungkin ada di antara ibu bapa yang terpaksa memberikan anak-anak dibawah umur 7 tahun melihat TV atau gadget untuk mengalihkan perhatian mereka. Namun ada juga yang risau tentang kesan penggunaan skrin terhadap anak-anak.
Puan Maryam Jamadi,Terapis cara kerja berkongsi cara memilih rancangan TV untuk anak yang sesuai mengikut umur dan beberapa panduan lain.
CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN MENGIKUT UMUR
“Saya PJJ dengan suami, anak jenis melekat jadi saya terpaksa buka skrin masa saya mandi/masak” 😔
Saya sebenarnya dapat banyak soalan dimana mak ayah yang terpaksa beri anak tengok gadget/TV atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan saranan dari American Association of Pediatrics, anak 0-18 bulan tidak boleh didedahkan dengan skrin lagi. Tapi saya tak pernah “judge” mak ayah yang beri anak sebab saya tak berada di kasut mak ayah lain. 👟
– Ada yang ibu/bapa tunggal, anak ramai, rumah sempit, 24 jam rumah bising dan masa buka TV sekejap itulah ibu/ayah dapat rehatkan telinga.
– Ada yang kerja WFH, terpaksa buka skrin untuk anak masa tengah bermesyuarat penting.
– Ada yang kerja berniaga di pasar malam, kalau tak bagi gadget nanti anak merayau ke tengah jalan.
– Ada yang anak ekzema, masa tengok skrin barulah boleh sapu krim satu badan dan duduk diam sampai kering.
🖥 CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK 0-7 TAHUN 🖥
Jadi, sekiranya dalam keadaan terpaksa tunjuk skrin pada anak umur 0-7 tahun. Ini cadangan saya berdasarkan pengalaman dan perspektif sebagai Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, mengikut umur:
👶 ANAK 0-12 BULAN 👶
1. Rancangan yang memang khas untuk bayi seperti BabyTV. 2. Pergerakan yang sangat perlahan, pastikan mata anak ikut pergerakan. Bukan termenung. 3. Lagu atau muzik dengan rentak lembut. 4. Warna yang tidak terlalu banyak atau menyakitkan mata. 5. Jika watak dalam cerita itu bercakap, tiada bunyi lain di “background” sebab dah ada kajian yang bayi tidak boleh fokus pada bahasa sekiranya ada bunyi lain (background sound) sehingga umur 7 bulan. 6. Anak 0-3 bulan, boleh cari rancangan yang menggunakan warna hitam, merah dan putih. Gambar statik ataupun setiap pertukaran gambar 7-8 saat. Pergerakan yang sangat perlahan sekiranya ada. 7. Maksimum 3 minit sekali tengok. (Sempatlah lari ke tandas sekejap 😂)
Contoh: Peekaboo, I see You Visual Stimulation for Babies Find the Acorn
🧒 ANAK 1 – 3 TAHUN 🧒
1. Boleh buka “nursery rhyme” tetapi pastikan nyanyi bersama dengan anak. Semakin perlahan kelajuan lagu semakin anak boleh cepat tangkap. 2. Pilih rancangan yang anak boleh belajar mengikut pergerakan bersama. 3. Tengok bersama anak dan berinteraksi bersama. Sekiranya anak tengok seorang diri, cuba uji pemahaman anak. 4. Rancangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan jelas setiap suku kata. 5. Maksimum 4-10 minit sekali tengok, 1 jam sehari.
Contoh: Pinkfong Dance Along Blippi Super Simple Songs Didi & Friends Omar & Hana
👦ANAK 3 – 7 TAHUN 👦
1. Pilih rancangan yang ada nilai moral. 2. Pastikan anak faham, perlu perhatikan pergerakan bola mata anak, respon serta emosi anak semasa menonton. 3. Jika anak hanya termenung atau tiada perubahan respon mungkin anak sudah “overstimulate”. Tutup terus skrin. 4. Uji pemahaman anak selepas menonton. Jika anak tak faham, masa anak tengok itu hanya terbazir begitu sahaja. 5. Maksimum 10 – 20 minit sekali tengok, 1 hingga 2 jam sehari.
Contoh: Daniel Tiger’s Neighborhood Dora the Explorer Blue’s Clues Tayo the Little Bus
Saya ada berikan contoh supaya mak ayah boleh dapat gambaran cerita yang bersesuaian untuk anak 7 tahun ke bawah. Kalau ada cadangan lain boleh tepek di komen ya 😍
Perlu ingat yang anak 7 tahun ke bawah masih belum boleh 100% menapis maklumat yang diterima. Jadi, masih perlu pantauan lagi. Saya cadangkan mak ayah lihat dan kaji dahulu episod pertama sebelum beri anak tengok.
Sekiranya mak ayah perasan ada hari yang anak terlebih kuota tengok skrin ataupun anak mula;
– Ada masalah perkembangan. – Kurang fokus. – Panggi tak dengar. – Selalu tantrum. – Anak mula ketagih atau asyik minta buka TV/gadget
Mohon terus buat hari atau minggu tanpa skrin ataupun “Digital Detoks” segera supaya tidak ada masalah lebih besar di masa akan datang. ⚠️
Inilah antara apa yang disampaikan di sesi live saya Selasa lepas, harapnya bermanfaat.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum bersedia untuk kembali aktif di arena seni, Datin Niena Baharun sebaliknya ingin memberikan sepenuh perhatian kepada anak sulungnya, Adiel Mikael, yang kini berusia tiga bulan.
Berasakan kehidupan hampir berubah sepenuhnya selepas kelahiran cahaya mata, pelakon itu turut meluahkan kepuasan dapat melihat anak lelakinya membesar di depan mata.
“Alhamdulillah, sejak menjadi ibu, tanggungjawab saya semakin bertambah. Apatah lagi, anak juga sudah memasuki usia tiga bulan, kelmarin. Mendengar pelbagai pengalaman dilalui golongan ibu, saya bersyukur kerana Adiel tidak kerap berjaga malam.
“Saya tidak tahu apakah rutin itu akan berubah pada masa akan datang. Namun, buat waktu ini, Adiel cuma akan bangun sekali meminta susu. Waktu tidurnya pula, paling lambat sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.
“Jika setahun lalu saya lebih banyak fokus kepada suami, kini ia beralih kepada anak kami pula. Saya juga sukar berjauhan dengan anak kerana masih menyusu badan,” katanya.
Niena yang popular dengan watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku berkata, dia mungkin akan mempertimbangkan untuk aktif semula dalam lakonan apabila Adiel sudah besar.
Isteri pereka fesyen terkenal Dato Jovian Mandagie, Datin Nina Sabrina memang seorang ibu yang teliti mengenai pemakanan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie yang baru berusia tujuh bulan, mempunyai carta pemakana selama seminggu bagi memastikan segala nutrisi lengkap dan seimbang.
Datin Nina berpendapat bahawa setiap ibu perlu memastikan memastikan bayi mendapat cukup nutrisi dalam pemakanannya.
“Bagi saya, jika bayi cukup nutrisi pemakanan, kesannya tidak mudah diserang penyakit. Dengan ini, apabila bayi sihat, sudah tentu bayi happy, mudah untuknya serap dan belajar apa yang ada dipersekitarannya.
Tetapi jika amalan pemakanan yang salah, nutrien tak cukup. Anak mudah diserang penyakit.
“Sekarang Jeanelle dah mula makan dan makan dua kali sehari. Saya buat carta food untuknya dalam seminggu supaya segala nutrisi lengkap buat Jeanelle. Selain puri buah, saya juga buat banyak puri sayur walaupun Jenalle tak suka sayur, Jadi saya mix dah match. Misalnya bila buat puri brokoli atau lobak merah saya akan masukkan buah kurma, buah kegemaran Jeanelle supaya ada rasa kurma.”
Datin Nina berpendapat, bayi akan membesar sebagai anak yang sihat dan gembira, sekali gus mudah menyerap segala aktiviti pembelajaran mengikut tahap perkembangannya.
Sejak hamil
Jeanelle bertuah kerana sejak dalam kandungan, dia membesar sebagai bayi yang telah diperkenalkan dengan pemakanan sunnah, food brain dan nutrisi lain. Sehingga kini, Datin Nina masih mengekalkan amalan ini dalam menu pemakanan harian Jeanelle agar membesar sebagai bayi yang sihat dan pintar.
“Saya amalkan makan kismis dan buah kurma sepanjang kehamilan untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi sejak trimester pertama tetapi tidak kerap disebabkan mengalami morning sickness. Namun, apabila memasuki trimester kedua, saya mula lapar terutama waktu tengah malam. Ketika ini memang keraplah saya makan kurma dan kismis. Kesannya memang Jeanelle suka makan kurma hingga sekarang.”
Pengalaman baru
Sebagai ibu bapa baharu, pelbagai ilmu keibubapaan harus diketahui untuk mendidik anak dengan sempurna. Begitu juga dengan pasangan ini.
“Kami juga banyak membaca di internet tentang cara mengasuh, menjaga dan mendidik anak dengan betul. Kami banyak membaca ilmu keibubapaan sebelum Jeanelle lahir. Jovian suka membaca dan membeli banyak buku mengenainya.
“Saya juga mendapatkan nasihat ibu, nenek dan ibu mertua. Saya tetap ikut cara orang lama dan cara moden soal penjagaan anak. Dan saya akan gabungkan dua kaedah ini dan buat penilaian untuk mencari yang terbaik mendidik anak.”
Nak tahu selanjutnya dapatkan Majalah Pa&Ma isu July 2018 yang menyentuh bagaimana Dato Jovian Datin Nina melakukan rangsangan minda kepada Jeanelle dan gelagat Jeanelle apabila melihat daddynya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.