Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Pelbagai tanda-tanda awal autisme yang boleh ibu bapa perhatikan dan jika terdapat tanda-tanda ini, anak anda perlu dihantar kepada pakar dengan segera kerana anak autisme perlu dibantu dengan kadar segera seperti perkongsian daripada doktor kanak-kanak ini.
Mak ayah risau anak ada tanda-tanda awal autisme?
Cuba isikan dulu saringan M-Chat yang ada dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak.
Apabila anak suka bertanya, jangan rasa terbeban kerana ia petanda anak anda pintar. Sebagai ibu bapa, anda hanya perlu sabar untuk memberikan jawapan yang munasabah. menghadapiny. Malah menurut ahli perkembangan anak, anak yang berusia 2 hingga 4 tahun sedang mengalami pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami mengapa sesuatu itu terjadi dan ingin mengetahuinya antara satu sama lain. Dan apabila usia mencapai empat hingga enam tahun, perasaan ingin tahu kanak-kanak semakin meningkat. Mereka sudah mula mahu berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling mereka. Justeru, kita perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan anak-anak. Hakikatnya pertanyaan anak ini petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif anak.
Perkongsian Hazhari Ismail yang merupakan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah dalam Facebooknya mengenai ‘Kanak-kanak dan Perasaan Ingin Tahu’ diharap dapat membantu ibu bapa untuk lebih bersemangat untuk menjawab soalan-soalan anak.
Minggu lepas saya masuk Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Cameron. Di satu taman antara banyak-banyak taman di dalam itu, saya ‘diganggu’ dengan perbualan si anak dan ayah. Sangat ‘bising’.
“Ini pokok apa?”
“Kenapa kena letak dalam bekas (pasu)?”
“Kenapa pokok ini tajam?”
“Kenapa warna dia merah?”
“Kenapa pokok tu ada di atas? (menjalar)”
Saya mendengar si ayah tabah menjawab segala persoalan si anak. Tanpa lelah. Didukungnya anak menyentuh buah labu air yang menjalar di atas kepala. Disuruhnya anak untuk memegang duri kaktus yang tajam. Ditunjuknya cara untuk menghidu bunga ros yang wangi. Dan si anak tidak berhenti bertanya dan bertanya.
RUPANYA SEJAK BAYI LAGI
Perasaan ingin tahu (curiosity) dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu perkembangan yang normal. Mereka akan meneroka sekeliling dan mencari jalan tentang bagaimana ia berfungsi. Umum mengetahui manusia mempunyai 5 deria. Melihat, menghidu, menyentuh, mendengar dan merasa – dengan menggunakan organ-organ deria yang tertentu.
Sebab itu, walaupun bayi yang masih belum tahu untuk bercakap jangan dianggap mereka tidak meneroka. Semua deria berperanan untuk membantu proses pembelajaran yang positif.
Jika ada barang di atas lantai, Si bayi akan melihat bola tersebut dengan mata, memegang bola tersebut dengan jari, membunyikan bola jika ada, menghidu bola walaupun tiada bau dan akan memasukkan bola ke dalam mulut untuk merasa.
Ini adalah perkara yang normal. Itu adalah cara bagaimana perasaan ingin tahu seorang bayi akan bertindak.
IBU BAPA PERLU BERI GALAKKAN
Perasaan ingin tahu memberi kesan kepada pencapaian akademik. Ada banyak kajian yang sudah dilakukan. Contohnya, ada satu kajian mengkaji ibu bapa yang sering menggalakkan anaknya bertanya, akan memberi impak yang positif untuk subjek Sains.
Perasaan ingin tahu juga membenarkan kreativiti berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara, banyak persoalan perlu ditanya sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Jika cara A tidak boleh, kita guna cara B atau cara C. Ia bermula dengan sifat ingin tahu yang ada.
Selain itu, ia mampu menambahkan perbendaharaan kata. Walaupun bayi berumur 12 bulan tidak mampu lagi bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan! Dalam tempoh sehingga 18 bulan, perkembangan Bahasa berlaku dengan drastik – maka ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diberikan.
Persoalan dari kanak-kanak makin lama makin rumit. Bermula dengan bayi yang tidak bercakap. Kemudian, diteruskan dengan soalan yang berbentuk ‘Apa/What’, kemudian ‘Kenapa/Why’, kemudian ‘How/Bagaimana’ dan seterusnya.
Maka, makin banyak mereka bertanya, makin banyak mereka tahu dan belajar – dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik yang didambakan.
Menurut kajian, 4 tahun kanak-kanak boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!
Ibu bapa jangan malas untuk menjawab ya.
Di dalam kelas, saya menunjukkan video gajah kepada anak murid. Kata saya, gajah adalah haiwan darat yang terbesar.
“Teacher, saya tahu haiwan yang lagi besar dari gajah. Titanosaurus.”
“Apa tu? Nak tengok teacher.” jerit rakan sekelas yang lain.
Kadang-kadang, soalan yang diberikan oleh kanak-kanak mencabar pengetahuan sedia ada kita – juga mencabar kesabaran. Cuma, jika kita tidak teruskan perasaan ingin tahu mereka, maka ia akan membunuh semangat dan perasaan tersebut. Maka simple respons yang saya boleh beri ketika itu ialah,
“Boleh tak awak ceritakan kepada kawan-kawan mengenai Titanosaurus?”
Kemudian, dengan teknologi yang ada, saya terus Google Image haiwan tersebut dan kelas menjadi riuh melihat keterujaan mereka melihat haiwan itu.
Jelas, dengan perkongsian ini menunjukkan kanak-kanak suka meneroka apa yang ada dipersekitarannya. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau pendidik, kita harus memberi panduan dan jawapan yang dapat merangsang minda anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemahiran makan dan minum anak usia 12-18 bulan penting. Ini juga anak perkara utama terapis kanak-kanak biasa tengok terlebih dahulu seiring dengan perkembangan usianya.
Menurut Terapis Cara Kerja Siti ‘Aisyah Rozalli, perkembangan ini penting untuk melihat sejauh mana anak kita mencapai tahap yang sepatutnya kanak-kanak normal membesar.
Tahukah anda ada banyak kemahiran-kemahiran penting yang kanak-kanak akan dan perlu kuasai apabila mereka capai satu-satu milestone kemahiran makan dan minum?
Saya kongsikan infografik berkaitan kemahiran makan & minum yang biasa untuk anak usia 12-18 bulan.
Anda boleh perhatikan nanti, adakah anak kecil anda sudah menguasai kemahiran tersebut ataupun belum.
P/S: Dalam gambar adalah anak saya. Aufa Hani berusia 15 bulan. Kemahiran minumnya sudah menghampiri usia 24 bulan. Manakala penggunaan utensil semasa makan sudah menghampiri usia 18 bulan. Dia pun sudah pandai minta makanan sendiri seperti “mam mam” (nak makan), “num num” (nak minum).
Ada anak yang akan capai milestone dengan lebih laju, bergantung pada kekerapan pendedahan yang ibu bapa berikan dan tahap minat anak kepada satu-satu aktiviti.
Tapi, jangan risau kalau anak anda belum boleh.
Yang penting, anak capai milestone usianya. Terlebih laju adalah ‘advantage’. Terkurang capai milestone, perlu lebih latihan. Tak capai juga milestone walaupun sudah dilatih berkali-kali, perlu dapatkan konsultansi dari terapis.
Tak dinafikan sifat kucing yang manja, comel jadi tarikan anak-anak kecil untuk mendekatinya. Bahkan orang dewasa pun akan suka dan ada yang membelanya sebagai peneman di rumah.
Bagaimanapun, kucing yang tak dijaga dengan elok, mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu yang antibodinya lemah ataupun yang alergik.
Perkongsian dari Puan Anna Yusof baru-baru ini mengenai kes anaknya yang alergik dengan kucing selepas bermain dengan haiwan manja itu perlu dijadikan pengajaran bersama.
Maksud Puan Anna dia bukan nak benci haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu tetapi peringatan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sensitif supaya lebih berjaga-jaga.
Kali Pertama Kena Demam, Merengek
Pertama kali Muhammad Hanif Iman kena jangkitan kuman kucing ini pada Mac lalu. Masa tu kami ke rumah sepupu suami. Dia main dengan kucing jiran sepupu suami.
Balik ke rumah dia demam. Keluar biji air macam kena minyak panas. Apabila biji tu pecah terus jadi kudis besar. Masa tu memang dia merengek dan menangis je.
Masa tu memang tak tahu kena jangkitan dari kucing, Bawa ke klinik doktor tanya ada main dengan kucing ke? Ini sebab terkena jangkitan kuman dari kucing.
Kali Kedua Kena Di Bahagian Perut
Sekali lagi Muhammad Hanif Iman kena kuman dari kucing. Sebelum ini pernah kena sekali.
Pergi klinik, jumpa doktor. Doktor terus cakap, “Ada main kucing la ni”. Mula-mula timbul macam biji air besar. Then bila biji air itu pecah, terus jadi besar macam ni.
Kucing-kucing yang dia main bukan kucing liar, semuanya kucing yang dibela. Kali ini kucing di rumah Tok Wan dia. Padahal kucing itu sentiasa dimandikan, dijaga, cuma mungkin tak dicucuk vaksin.
Selepas ini, sesiapa yang bela kucing, bawalah kucing ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan terkena kuman dari kucing. Selepas ini, memang ibu akan kuarantin Iman dari main kucing sebab kasihan tengok dia merengek kata sakit.
Untuk makluman, selepas anak-anak main kucing, memang saya terus mandikan anak sebab anak kedua dan ayahnya semput serta alergik pada bulu haiwan. Tetapi setiap kali main kucing, memang Iman saja yang akan kena macam ini. Nasib dia tidak berapa nak baik agaknya.