Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tempurung. Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
1. Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
2. Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
Ads
3. Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
4. Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
Ads
5. Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
6. Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
Ads
7. Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dahulu hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri sendiri.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Disinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Anak itu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri uruskan seorang diri
Cuci berak anak, isteri yang uruskan. Bagi mandi anak, isteri juga yang uruskan. Pakai baju anak, isteri yang buatkan. Suap makan anak, isteri yang suapkan. Ajar anak buat kerja sekolah, isteri juga. Ajar mengaji, isteri yang ajarkan. Tidurkan anak, isteri yang dodoikan.
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yang buat dari anak tu baby sampailah anak tu besar. Kita yang jadi suami, terus serah bulat-bulat tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing anak atas bahu isteri.
“Tengok anak jadi macam tu sebab cara awak salah dalam membesarkan dia…”
Isteri salah sebab anak nakal…isteri salah sebab anak hyper…isteri salah sebab anak kurang pandai…isteri salah sebab anak out of control.
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, baru kita nak marah-marah dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak tangan-tangankan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia.
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan.
Dari situ kita dah kena bersama-sama isteri untuk membesarkan dan menguruskan anak.
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah-marah. Suruh ajar anak kerja sekolah, kita kata sibuk…suruh main dengan anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu tak tahan, tak nak dah, tak boleh dah, terus pass kat isteri.
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita keluar bekerja…ya, kita balik rumah dah malam…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu untuk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dari sekadar menyediakan kewangan dan keperluan untuk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jangan hanya tahu untuk buat anak, tahulah sekali untuk menjaga dan menguruskan anak…
Jangan biarkan isteri uruskan seorang diri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan amalan-amalan kebaikan khususnya bersedekah. Amalan bersedekah ini juga seringkali dipertanggungjawabkan kepada golongan orang dewasa. Namun amalan mulia bersedekah ini jarang-jarang diterapkan dan dititikberatkan kepada anak-anak kecil. Anak-anak kecil hanya menjadi pendengar setia topik sedekah di slot tazkirah tetapi bukan pelaku kepada amalan bersedekah. Ataupun, mereka hanya berperanan sebagai penerima pemberian orang dewasa.
Ibubapa seharusnya menerapkan amalan yang sangat dituntut dalam Islam ini seawal mungkin kepada anak-anak. Bukan hanya sekadar pada lisannya, tetapi pada amalnya. Bak kata orang bijak pandai “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Konsep bersedekah dalam Islam adalah terlalu luas untuk dikupas dan diperjelas dan ia tidak tertumpu kepada wang ringgit dan harta sahaja. Latih anak-anak untuk bersedekah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim).
Bagaimanakah mahu melatih si kecil untuk bersedekah? Mudah sahaja! Mari kita lihat alternatif ini.
“Tabung Subuh”
Ibubapa boleh menyediakan tabung di rumah untuk anak-anak bersedekah sejurus selepas menunaikan solat subuh. Didik anak-anak untuk mengamalkannya setiap hari. Lama kelamaan anak-anak akan terbiasa dengan amalan bersedekah. Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar dari perasaan negatif.
Menyediakan Hidangan Iftar
Ibu boleh mengajak anak semasa menyediakan hidangan untuk iftar. Masaklah lebih untuk diniatkan dikongsikan bersama jiran tetangga. Kemudian, bungkus makanan dan dengan menjaga SOP, ajaklah si kecil menghantar makanan tadi ke jiran tetangga kita. Kita niatkan juga agar perbuatan kita diteladani oleh si kecil dan menjadi amalannya. Dalam amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas, bukan disebabkan balasan ataupun nama. Sedekah juga perlu dilakukan tanpa dihebahkan.
Muslim woman sharing food at Ramadan feast
Keperluan asas
Ibu bapa boleh membeli barang-barang keperluan asas untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ajak anak bersama-sama sorting dan packing barang-barang. Sambil packing, jelaskan pada mereka niat kita membeli dan mengagihkan barang-barang tersebut. Didik mereka untuk sama-sama berkongsi kegembiraan pada yang kurang bernasib baik. Sedekah juga diriwayatkan dalam hadis riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas adalah yang memberi dan tangan di bawah adalah yang meminta.” Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Baju raya, kasut raya
Sekiranya ada rezeki yang lebih, berkongsilah pada yang lebih memerlukan. Sharing is caring. Ajak anak pilih baju raya atau kasut raya. Tidak semestinya perlu ke shopping malls, online shopping pun sudah memadai di kala pandemik COVID-19 masih di luar sana! Tanya pendapat anak tentang barangan yang kita ingin beli. Terima pendapat anak, mereka pasti rasa sangat dihargai.
Memberi salam
Bersedekah bukan sahaja berupa harta atau wang ringgit. Bersedekah boleh juga boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Hadiahkan salam pada guru atau sesama adik-beradik. Sebelum anak masuk ke pintu pagar sekolah, titipkan pesanan kepada anak-anak untuk memberi salam dengan cara normal baharu (meletakkan tangan kanan di dada kiri) kepada guru-guru, rakan-rakan, tukang kebun sekolah, mahupun pengawal keselamatan sekolah. Salam adalah doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT terhadap orang yang ditemui.
Berpesan-pesanlah pada anak-anak untuk sentiasa istiqamah dalam berbuat amal kebaikan. Daripada Aisyah R.A., Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ingatkan anak-anak untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan agar menjadi contoh teladan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim).
Kredit: Dr. Rahimah Saimin
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pasangan yang berkahwin pastinya kehadiran anak dianggap pelengkap dalam rumah tangga. Bukan saja memeriahkan rumah tetapi dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini yang cukup teruja dan bersyukur apabila penantian selama ini berakhir dengan berita gembira akhirnya mendapat zuriat sendiri.
Menerusi perkongsian di Facebook, Nik Mohamad Khairi yang memberitahu pasangan ini telah berkahwin selama 18 tahun dan baru sahaja menimang anak sulung.
“Dengan mak, mak mentua dan seluruh ahli keluarga meraikan dengan penuh kegembiraan, kita tengok pun sedih sama,” tulis Nik dalam hantarannya.
Dalam video ini menunjukkan seorang lelaki yang mungkin ayah kepada anak kecil ini menangis kegembiraan selepas memegang bayi yang diberikan oleh salah orang pegawai perubatan di hospital tersebut.
Video yang berdurasi lebih 1 minit itu menunjukkan dari jauh keluarganya datang dalam keadaan teruja menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka ini dengan melemparkan gula-gula ke arah lelaki berkenaan dipercayai sebagai tanda kesyukuran dan kemanisan.
Lebih teruja lagi, mulut mereka tidak berhenti melafazkan rasa syukur kepada Allah dan tidak lepas dengan berselawat ke atas Nabi.
Tidak dinafikan, siapa sahaja yang tidak gembira dengan hadirnya cahaya mata dalam keluarga mereka.
Kisah pasangan ini mendapat perhatian orang ramai seluruh dunia selepas videonya tular.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...