Ortopedik merupakan kepakaran dalam bidang pembedahan tulang belakang (spinal), pembedahan trauma, pembedahan kanak-kanak, pembedahan athroplasti, pembedahan tangan, pembedahan kaki, rawatan kecederaan sukan, rehabilitasi ortopedik dan onkologi. Untuk anak kecil atau kanak-kanak, ortopedik melibatkan pembentukan serta pergerakan tulang mengikut perkembangan usia mereka. Ibu bapa harus menitik beratkan soal kesihatan tulang anak-anak dengan mengambil berat soal keselamatan mereka.

Pa&Ma sempat mendapatkan penjelasan dari Dr Mohammad Nawar Ariffin, Pakar Ortopedik, Traumatologi & Pembedahan Ortopedik Kanak-Kanak yang berkhidmat di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, mengenai kesihatan ortopedik dalam kalangan kanak-kanak.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!
Dr Mohammad Nawar Ariffin, Pakar Ortopedik, Traumatologi & Pembedahan Ortopedik Kanak-Kanak.

Menurut Dr Nawar, masalah ortopedik dalam kalangan bayi atau kanak-kanak selalunya berlaku tanpa disedari. Orang dewasa mungkin tidak akan mendapat kesan yang sama seperti anak kecil ketika ditimpa kemalangan seperti terjatuh dari katil dan sofa. Impak kepada orang dewasa mungkin tidak serius seperti yang berlaku kepada anak kecil memandangkan tulang mereka masih dalam proses untuk terbentuk dan tidak sekuat orang dewasa.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!

Anak kecil tidak digalakkan untuk menunggang motorsikal (jika ada pilihan untuk menaiki kereta) walaupun mengenakan topi keledar. Dr Nawar menjelaskan, impak kemalangan pada tulang anak kecil atau kanak-kanak jika terjatuh dari motor lebih berbahaya berbanding orang dewasa.

Untuk anak kecil yang masih belum berjalan, ibu bapa boleh memerhatikan pergerakan anak bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah dari awal. Doktor biasanya tidak memerhatikan masalah ortopedik pada anak kecil, jadi ibu bapalah yang harus tahu apakah perkara yang normal atau tidak sepanjang proses tumbesaran anak mereka.

Sesetengah masalah berkaitan ortopedik boleh meberi kesan sehingga anak besar, jadi ada beberapa perkara penting yang boleh ibu bapa lihat untuk membuat keputusan jika masalah anak perlu dirujuk kepada Pakar Ortopedik.

IKLAN
MEMPUNYAI TAPAK KAKI YANG RATA

Jika pada bahagian telapak kaki anak tiada lengkungan semula jadi di antara kaki dan tumit. Ia boleh dilihat apabila kebanyakan permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah dan lantai. Biasanya bayi dilahirkan dengan tapak kaki yang rata tetapi ia akan semakin melengkung apabila sudah mula berjalan. Telapak kaki yang rata selalunya tidak boleh diperbaiki tetapi ia jarang menyebabkan anak tersebut merasa sakit atau menjadi penyebab kepada masalah lain. Sekiranya anak mempunyai masalah sakit kaki, mereka mungkin disarankan untuk memakai kasut khas.

BERJALAN TIDAK CECAH LANTAI

Pada awal proses belajar berjalan, anak-anak cenderung untuk berjengket. Ia adalah normal tetapi jika berterusan boleh menjadi simptom kelemahan otot atau petanda kepada masalah lain.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!
KAKI MELENGKUNG KELUAR ATAU BENGKOK KE DALAM

Apabila anak berdiri dengan kaki dan buku lalinya dirapatkan, akan ada jarak yang jauh antara lutut dan kaki kelihatan melengkung keluar. Bayi dilahirkan dengan kaki melengkung adalah normal dan ia akan berasur pulih apabila mereka semakin membesar.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!

Kaki bengkok ke dalam pula adalah apabila kedua-dua kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain. akan kelihatan jurang antara buku lali apabila anak berdiri. Kebanyakan masalah ini akan berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia enam tahun. Menginjak enam tahun, bentuk badan akan lurus dan mereka biasanya sudah mampu berdiri dengan kaki yang tegak.

IKLAN
MASALAH SKOLIOSIS

Ia menunjukkan tulang belakang yang bengkok. Apabila dilihat dari sisi, tulang belakang kelihatan membengkok ke dalam. Tulang belakang membengkok ke sisi apabila dilihat dari belakang kelihatan seperti bentuk huruf S datau C. Masalah ini boleh berpunca dari faktor genetik atau pertumbuhan tulang belakang dan tulang serta otot yang tidak normal.

JARI KAKI KE DALAM & KAKI PENDEK SEBELAH

Perhatikan jika jari kaki anak ke dalam apabila berdiri atau berjalan. Untuk masalah kaki pendek sebelah biasanya agak sukar dikesan dek mata kasar. Jika anak-anak anda mempunyai masalah seperti yang dinyatakan, pakar akan membuat penilaian dan ukuran terhadap kaki anak anda.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!

Sesetengah masalah tulang dan pertumbuhan mungkin berlaku kerana kekurangan kalsium. Kekurangan kalisum menyebabkan tisu tulang tidak berupaya menghasilkan mineral tulang dan menyebabkan kecacatan rangka. Selain itu, masalah ini boleh dikaitkan dengan obesiti. Berat badan berlebihan menyebabkan tekanan tidak normal dan membantutkan tumbesaran seperti yang seharusnya. Untuk menguatkan struktur tulang kaki anak-anak, biarkan mereka banyak berlari, melompat dan memanjat.

IKLAN
IBU BAPA BENARKAN ANAK BERKASUT TINGGI?

Menurut Dr Nawar lagi, sekiranya anak-anak yang masih kecil dipakaikan kasut bertumit tinggi tiada masalah. Selagi ia dipakai dalam tempoh masa yang tidak lama dan tidak kerap, ia boleh dibuat.

Anak Selalu Jatuh Katil, Sofa? Boleh Efek Tulang Anak!

Cara yang terbaik, jika anak-anak terpaksa mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri sebarang acara khas, pastikan semasa si anak tidak perlu memakainya setiap masa. Biarkan mereka berjalan menggunakan kasut bertapak rata sebelum atau selepas acara terbabit.

Tonton Video Ini Untuk Penerangan Lanjut:

*** Artikel ini hasil temu ramah bersama Dr Mohammad Nawar Ariffin dan sumber rujukan dari Harian Metro.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI