Hantar pergi sekolah meraung, balik dari sekolah pun berbunyi juga. Alahai, pening kepala mama sekalian nak hadap anak tantrum setiap hari. Ada ke cara untuk atasi situasi ini?
Bila anak balik dari sekolah
Setelah beberapa jam menimba ilmu, sudah tentu waktu balik sekolah merupakan antara perkara yang paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak, khususnya pada tahun-tahun awal persekolahan.
Tentunya setiap kali balik dari sekolah, anda akan terfikir anak akan berasa gembira. Tetapi malangnya ia tidak seperti apa yang anda jangkakan. Sebaliknya mereka menunjukkan tingkah laku seperti menjerit, keletihan dan pelbagai lagi tingkah yang negatif.
Keadaan anak tantrum seperti ini, pastinya menimbulkan rasa susah hati dan bimbang, apatah lagi jika ia berulang setiap hari. Jadi bagaimana cara untuk mengatasinya?
Mengapa anak tantrum?
Ada masanya anak menjadi tantrum ataupun buat perangai disebabkan oleh aktiviti sekolah yang memenatkan daripada aspek fizikal dan psikologi. Berdasarkan penulisan dalam Today’s Parents, anak tantrum biasanya wujud apabila anak perlu menahan emosi dan tingkah lakunya demi mendapatkan penilaian yang baik di sekolah.
Manakala mereka akan menzahirkan tingkah laku yang negatif dengan membuat perangai apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana mereka berasakan rumah sebagai tempat paling selamat untuk melepaskan emosi yang dipendam.
Masalah anak tantrum juga sering berlaku apabila anak anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan. Keadaan ini cenderung untuk berlaku terutamanya pada hari pertama persekolahan ataupun selepas cuti panjang.
Faktor lain yang turut menyebabkan anak anda membuat perangai adalah kerana berpisah daripada ibu bapa, terpaksa duduk berjam-jam di dalam kelas ataupun berdepan kesukaran dalam pembelajaran.
Ads
Malahan, komunikasi sosial bersama rakan-rakan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak yang menyebabkan mereka tantrum. Mengamuk, berteriak, menjerit, menangis, mengeluh, marah dan menunjukkan tingkah laku yang tidak elok merupakan cara mereka menzahirkan emosi tantrum itu.
Tip atasi anak tantrum
Bagi sesetengah ibu bapa, anda mungkin berasakan ia adalah satu kesukaran untuk mengatasi situasi apabila anak mula buat perangai. Namun, jangan risau Hello Doktor ada caranya untuk membantu anda.
Berikut antara tip mengatasi masalah apabila si kecil tantrum, antaranya:
Elakkan bertanya banyak soalan
Memang sifat semula jadi ibu bapa untuk mengambil tahu tentang keadaan anak-anak, bukan? Antara soalan yang paling suka ditanya adalah mengenai apa yang dipelajari di sekolah, makan apa di sekolah dan ada kerja sekolah atau tidak.
Anda mungkin berasa soalan itu seperti mengambil berat akan si manja, tetapi pada mereka soalan itu mungkin seolah-olah memberikan tekanan. Ini sekali gus menyebabkan mereka enggan menjawab pertanyaan anda.
Jika anda masih ingin bertanyakan soalan kepada mereka, anda boleh mulakan dengan sesuatu yang positif, seperti “Anak mama nampak ceria hari ini, mesti ada yang best dekat sekolah.”
Ads
Bekalkan snek
Rasa lapar boleh menyebabkan seseorang hilang mood, begitu juga keadaannya dengan si kecil. Keadaan itu boleh menyebabkan anak tantrum. Anda boleh persiapkan sebarang snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk menyambut kepulangan si manja dari sekolah.
Tetapi pastikan pemilihan makanan dan minuman itu adalah sihat dan kaya dengan nutrisi yang baik untuk tumbesaran si manja, seperti buah-buahan kegemaran anak dan jus segar.
Meluangkan masa bersama
Seharian menghadap buku, tugasan sekolah dan rakan-rakan, sudah pasti si anak juga mahu meluangkan masa bersama anda.
Paling tidak, pastikan semasa waktu makan anda dapat berkumpul bersama-sama. Sudah tentu ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam masa yang sama, anda boleh berbual bersama-sama si kecil.
Tetapi elakkan sebarang pertanyaan berkaitan perihal sekolah sekiranya anda melihat anak anda seperti tidak mempunyai mood. Ini kerana ia berisiko menyebabkan si anak kembali tantrum.
Berikan anak ruang
Jika anak anda masih buat perangai seperti marah-marah atau menjerit, perkara terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan memberikan mereka ruang untuk meluahkan apa yang dirasakan.
Ads
Tidak semua hari yang dilalui indah belaka, bukan? Itulah juga keadaannya dengan si anak, mereka mungkin menghadapi hari yang sukar di sekolah. Jadi apa yang mereka perlukan hanya ruang menzahirkan apa yang terbuku di hati mereka.
Mainkan peranan anda menenangkan mereka dengan mengeluarkan ungkapan seperti, “Mama percaya anak mama ini tabah walau sesukar mana cabarannya,” dan berikan kucupan mesra di dahi mereka.
Tanyakan kepada guru
Jika anda masih ingin bertanyakan perihal persekolahan anak anda, tanya sahaja kepada guru mereka. Mungkin secara tidak langsung, anda akan mengetahui punca anak anda buat perangai setiap kali balik sekolah.
Kesimpulannya
Berdepan dengan emosi anak selepas balik dari sekolah sememangnya sukar. Adakalanya tantrum atau perangai yang dilakukan mereka seakan-akan mencabar tahap kesabaran anda. Namun, anda tidak harus terikut dengan flow tantrum mereka itu.
Kunci utama dalam melayan kerenah anak yang mempunyai tantrum adalah dengan bersabar dan sentiasa bertenang. Jika anda hampir-hampir marah, tarik nafas sedalamnya dan senyum. Semoga anda mampu mengatasi tantrum si anak dengan sebaiknya dan pastikan anak mengetahui bahawa anda sentiasa menyayangi mereka.
Setiap anak ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dan menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka. Salah satunya adalah bakat melukis. Selain bakat semulajadi, ibu bapa juga boleh merangsang minat anak untuk cuba melukis , seperti yang diajarkan oleh ibu ni.
Tidak dianugerah bakat melukis namun Puan Sakinah Hamid sentiasa mendorong minat anaknya untuk melukis. Malah cara dan teknik yang dikongsikan olehnya ini boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain bagi menarik minat anak-anak.
Jom ikuti caranya.
Lukisan terkini – semakin detail dan ada jalan cerita.
Ramai yang tanya macam mana saya buat untuk ajar anak melukis.
Saya jarang jawab sebab memang tak pernah ajar anak-anak melukis pun. Saya sendiri pun tak pandai melukis macam mana nak ajar anak. Haha…
Cuma sikit yang boleh saya kongsikan ialah bagaimana kami memberi peluang anak bereskplorasi dengan pensel dan kertas sejak kecil.
Gambar-gambar ini adalah koleksi ‘lukisan’ Faqihah sejak berusia 2 tahun lebih.
Peringkat awal hanya garis-garis pendek sahaja. sangat banyak ‘lukisan’ macam ni masa mula pegang pensel.Semakin lama garisan akan semakin panjang. Itu tanda kemahiran mengawal pensel semakin baik.
3 benda asas yang kami buat ialah:
1- Beri kebebasan anak menggunakan pensel dan kertas.
Peringkat awal tu Faqihah hanya bermula dengan contengan-contengan garis pendek. Semakin lama garisan semakin panjang dan membentuk bulatan. Selepas berbulan-bulan menconteng, barulah hasil contengannya membentuk sesuatu yang boleh difahami.
Jadi, kalau nak tengok bakat anak berkembang jangan kedekut bagi anak kertas kosong. 1 rim kertas A4 dalam rm10. Boleh tahan 2 minggu ke sebulan jika kita latih anak guna sepenuhnya. Kalau nak lebih jimat boleh guna reuse paper yang mudah di dapati di mana-mana. Kat kedai photostate pun berlambak.
2- Selalu bersembang mengenai lukisan anak
Walaupun hanya garisan dan bulatan, anak boleh bercerita apa yang tersirat di sebalik ‘lukisan’nya. Beri perhatian pada cerita anak dan tunjukkan minat untuk tahu lebih lagi. Selalu puji usaha anak melukis.
3- Hargai lukisan anak
Semua manusia suka dihargai usahanya, termasuklah kanak-kanak. Jangan sesekali memandang lukisan anak sebagai ‘sampah’ walaupun hanya garis-garis tanpa makna. Hargai hasil kerja mereka yang terkini boleh ditampal di dinding atau sediakan ruang menyimpan yang sesuai.
Anda akan dapat melihat bagaimana semangat anak untuk melukis semakin membuak-buak setiap kali kita buat perubahan pada susunan hasil karya mereka. Itulah antara perkara asas yang menjadi rutin harian anak-anak dirumah. Jika asalnya melukis hanya untuk isi masa lapang, kita melukis seperti sudah jadi kewajipan anak-anak. Kalau lama tak melukis mereka akan ternanti-nanti masa untuk melukis.
Semoga perkongsian ini dapat bantu ibubapa memberi rangsangan pada anak yang sedang membesar. Majoriti anak kecil akan melalui fasa menconteng, tugas kita hanya beri peluang.
Jika itu minat dan bakat anak, in syaa Allah ia akan berkembang. Jika tidak pasti ada ruang lain yang lebih menarik minatnya untuk berkarya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul. Lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri. Kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama. Tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini.
Apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada. Jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan, dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka. Tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita. Apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya. Kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambil alih jaga anak, kemas rumah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
ITU SAHAJA…tak kan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya.
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia.
Sama-samalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya.
Rezeki orang berbeza-beza, ada yang punya rezeki lebih untuk menyusukan anak hingga dua tahun. Namun ada pula yang hanya sempat menyusukan hingga usia bayi enam bulan sahaja.
Bagi pelakon, Elfira Loy dia bersyukur dapat menyusukan anak keduanya, Nur Aria Mikayla malah kini dapat juga menyediakan stok yang banyak untuk anak kecilnya itu.
Menerusi Insta Storynya, Elfira memuat naik sekeping gambar stok perahan susunya dan amat bersyukur punya rezeki lebih untuk Aria.
“Alhamdulillah for this rezeki. Selalu tengok orang lain punya rezeki dapat buat stock banyak-banyak. Now its my turn,” tulisnya berkongsi.
Tidak hanya membuat stok tanpa berpandukan arah, namun kata Elfira kali ini dengan berkat kesabaran dan ilmu penyusuan, dia berjaya menambahkan stok dari hari ke hari.
“With more knowledge and kesabaran, i manage to keep my own stocks.
“Ni baru two weeks punya. Yang lain semua simpan kat freezer dah,” kongsinya lagi.
Malah menerusi perkongsian terdahulu, Elfira turut berkongsi tip dan jadual perahan susu yang dilakukannya untuk memperbanyakkan stok susu Aria.
“First week I didnt pump for stocks as the demand is very low probably 1-2 oz je and kerap direct, so no time for pumping.
“But i did try twice hari tu saja gatal nak pump and it does make your boobs hurt a lit bit. Then i stop.
“Second week baby’s demand is a bit higher, can be 2-30z but you can get event more with pumping.
“Tapi El pump just to give her while im doing my treatment like sauna, urut etc. So El pump 4 times a day, 10 min je both side.
“My advice just pump following your baby shedule. Ni pun El pam bila dia tidur dan before treatment. So buat jadual baby bila dia feed pastu agak-agak bila nak pam sebab pump right after dia direct pun can be demotivating sebab nanti sakit,” kongsinya lagi.
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.