Bekas ahli kumpulan In-Team, allahyarham Suhaimi Saad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 7.42 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pergi dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.
Kongsi isterinya, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim, allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan sangat mudah dan tenang malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.
“Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.
IKLAN
“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir.
“Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan pun turun sampai 20 kilogram,” kongsi Ina ketika ditemubual semalam.
IKLAN
Berkongsi kisah arwah suaminya, akui Ina, suaminya pernah memberitahu untuk hidup sehingga usianya 43 tahun.
IKLAN
“Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Bagi yang mengikuti filem Despicable Me, mesti anda mengenali si kecil comel berwarna kuning dan berbaju jeans, iaitu Minions! Kini mereka kembali dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan pastinya anda yang menonton tidak akan kering gusi melihat telatah mereka.
Untuk filem terbaru Minions : The Rise of Gru ini, pengarahnya Kyle Balda membawa penonton menyelusuri watak Gru ketika masih kecil iaitu berusia 12 tahun.
Tatkala kanak-kanak lain mempunyai pelbagai cita-cita menarik bila meningkat dewasa seperti polis, doktor, guru dan sebagainya, lain pula dengan Gru yang lebih memilih untuk menjadi seorang penjahat!
Malah, cita-citanya bakal tercapai apabila sekumpulan orang jahat paling licik dan digeruni The Vicious 6, memanggilnya datang untuk temuduga sebagai salah seorang ahli mereka.
Agak-agaknya, berjayakah Gru untuk menyertai kumpulan penjahat yang menjadi idolanya itu? Nak tahu, kena lah tonton Minions : The Rise of Gru di pawagam berdekatan anda bermula 29 Jun 2022!
Eh jap, yang paling menarik dalam filem ini, terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut oleh Minions tau! Antaranya terima kasih dan nasi goreng. Menarik kan? Haa tunggu apa lagi, jom tempah tiket wayang Minions : The Rise of Gru sekarang juga!
Kotak berkualiti kunci kejayaan ibu jadi usaahawan online. Adakah anda seorang ibu yang berkerjaya sebagai Usahawan Online? Kalau anak kecil tentu sahaja ibu biasa berhadapan situasi kotak atau produk jualan yang hendak dipos kepada pelanggan rosak dan sebagainya.
“Ayden jangan pijak kotak mama. Habislah rosak barang customer mama nanti.” Bila bergelar ibu dan dalam masa yang sama menjadi usahawan atas talian, situasi berikut antara yang sering dihadapi oleh ibu anak kecil.
Itu belum lagi pening kepala nak cari saiz kotak yang sesuai dengan produk jualan. Puas pusing semua kedai tapi tak jumpa yang boleh muat produk jualan untuk dipos kepada pelanggan.
Kenapa perlu pening kepala kalau ada cara penyelesaian. Kini semuanya boleh selesai apabila ibu memilih untuk customise sendiri saiz dan rekaan kotak.
Propac Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Kotak Murah KL di platform media sosial merupakan sebuah kilang membuat kotak produk custom 100% milik Bumiputra.
Dengan tagline Premium Packaging Solution, Propac telah membantu ramai pengusaha yang menghadapi masalah dengan kotak produk dan barangan rosak dalam tempoh pengeposan. Bertempat di Com Industrial Park 2 Balakong, Propac menjadi tumpuan para pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia.
Jika kebanyakan para peniaga menggunakan material Artcard iaitu material yang agak nipis, di Propac anda akan mengalami pengalaman berbeza apabila diperkenalkan dengan material yang lebih berkualiti, keras dan ekslusif iaitu material Premium Flute.
Kotak produk akan tampil lebih mewah dan membuatkan para pelanggan marasai pengalaman berbeza unboxing pakej yang mereka terima melalui pembelian atas talian. Material Premium Flute ini juga mampu melindungi produk anda dalam tempoh pengeposan kerana bahagian luar kotak pembungkusan yang agak keras.
Kotak Berkualiti Sesuai Untuk Semua Produk
Kotak menggunakan material Premium Flute ini sesuai untuk hampir kesemua jenis produk. Antaranya produk pakaian, produk tudung, produk kecantikan, produk makanan, produk minuman, produk kesihatan, produk wangian, produk bahan pembelajaran, produk haiwan ternakan, produk automotif dan pelbagai lagi.
Dengan kuantiti serendah 500pcs, anda boleh memilih ukuran kotak mengikut ukuran yang anda perlukan serta anda bebas untuk meletakkan sebarang informasi berhubung produk anda seperti jenama dan sebagainya di atas kotak.
Anda juga diberi kebebasan untuk memilih warna, konsep serta design yang anda mahukan. Bagi anda mengalami kekangan masa atau tidak tahu cara untuk design kotak, Propac juga dapat membantu dengan kos rekaan yang berpatutan.
Selain Kotak, Paperbag Pun Boleh Buat Sendiri
Selain kotak, Propac juga berupaya menghasilkan beg kertas atau lebih dikenali sebagai paperbag. Urusan sebutharga dapat dilakukan dalam masa yang singkat setelah informasi berhubung produk anda diberikan kepada Propac.
Antara butiran yang diperlukan adalah ukuran, contoh gambar kotak (untuk melihat cara lipatan kotak) dan juga kuantiti. Proses mendapatkan sebutharga boleh dibuat melalui whatsapp di 01169998888 ataupun email ke propacsdnbhd@gmail.com mahupun datang ke Showroom & Production Propac di Seri Kembangan.
Dalam Islam, zuriat dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel.
Ramai juga pasangan suami isteri yang langsung tidak berpeluang bergelar ayah dan ibu. Pendek kata semuanya di luar bidang kuasa kita. Andai ditakdirkan masih tiada anak walau sudah bertahun-tahun berumah tangga, terimalah ujian itu dengan penuh reda.
Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat
Pujuk hati dan tenangkan pasangan dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati. Melalui perkongsian Andy Sulaiman, bapa ini berkongsi tip yang boleh dijadikan panduan. Moga tip ini dapat membantu suami isteri yang masih belum lagi memiliki zuriat.
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya. Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan
Ini antara beberapa tip yang boleh diingat, semoga bila suami isteri down, kalian akan kembali senyum dan hidup kekal bahagia:
1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala percuma
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Allah tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.