Kadang-kadang kita ibu bapa risau, sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah daripada rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang sudah pandai membaca, boleh jadi daripada bahan bacaan.
Kredit foto: Freepik
Anak Sudah Pandai Mencarut, Cakap Bahasa Kesat
Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari taska atau tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.
Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.
ANAK SEAWAL DUA TAHUN BOLEH TAHU 1 PERKATAAN TAK ELOK!
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!
Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?
Ads
Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.
Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi. Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar, atau menarik perhatian, atau buat orang lain sedum dan marah?Mereka cuma tak tahu.
BEHAVIOR MODIFICATION
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.
Ads
Cuma kadang-kadang kita tersilap. Sebab ibu bapa pun panik. Kali pertama kan dengar. Kita ter ‘overreact’ dengan situasi yang terjadi.
Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment.
Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.
Kredit foto: Unsplash
Ini Tip Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu
APA YANG KITA KENA BUAT?
#1 Tenang, dan bagi tahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagi tahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.
#2 Jangan gelak! Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke.. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulangkali.
Ads
#3 Tolong check apa yang ditonton. TV ke, Youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.
#4 Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke. Berborak dekat telefon dengan kawan sambil menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagi tahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.
#5 Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.
#6 Yang paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkah laku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.
Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.
Pasangan personaliti media popular Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian ramai dengan keunikan mereka berdua.
Tambah pula dengan kehadiran cahaya mata sulung pasangan itu, Nik You Rina yang membuatkan warmagaya terus mengikuti pasangan ini di media sosial.
Ada sahaja aksi dan telatah comel Rina dikongsikan oleh Maryam dan Ryzal yang mencuit perhatian ramai.
Terbaru, perkongsian Maryam ketika mereka sekeluarga keluar makan menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, reaksi wajah Rina yang sedang dimarahi ayahnya yang membebel dalam bahasa Korea mencuit hati ramai.
Rina seolah-olah memahami setiap bebelan dari ibu dan ayahnya dan mempamerkan wajah sedih tapi bersahaya. Seolah-olah akur dengan arahan.
“Tengok reaction budak ni, alaa kesian,” tulis Maryam pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Ryzal dan anak perempuannya yang kini berusia satu tahun.
Terdahulu, Nik You Rina, anak pasangan selebriti media sosial, gabungan Korea dan Malaysia ini dilahirkan pada 20 Oktober 2021. Kini Rina berusia satu tahun setengah.
Khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap arahan kawalan pergerakan masih tidak dipatuhi rakyat.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dikawal sebaik mungkin.
Menurutnya, kerajaan akui agak sukar untuk melaksanakan arahan kawalan pergerakan di kawasan kampung kerana kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa kecuali bantuan daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
“Jika pematuhan masih di peringkat 60 peratus, kerajaan mungkin akan gunakan khidmat anggota tentera untuk melakukan kawalan khususnya di kawasan luar bandar.
“Namun, saya yakin kita tidak perlu sampai ke tahap itu kerana rakyat perlu sedar kepentingan untuk mereka terus berada di rumah sehingga wabak ini
dapat dikawal. Kerajaan yakin polis dapat laksanakan (pemantauan larangan kawalan pergerakan),” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Sementara itu, katanya, kafe dan kantin institusi pengajian tinggi diarah untuk dibuka bagi memudahkan penuntut yang perlu tinggal di asrama sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini mendapatkan bekalan makanan.
“Menteri Pengajian Tinggi meminta universiti dan insititusi pendidikan yang ditutup untuk mengadakan kelas secara atas talian dan mereka tidak boleh balik ke rumah sepanjang tempoh ini kerana kelas masih berlangsung,” katanya.
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mendapatkan anak kembar sebagai zuriat mereka. Telatah anak kembar pastinya akan mencuit hati dengan rupa mereka yang sama, kadangkala boleh mengelirukan siapa yang melihatnya.
Cubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak kembar berkongsi rasa, boleh dikatakan seperti kawan baik sejak dari perut ibu mereka. Itulah yang dikongsikan oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Mesti umum pernah melihat telatah kembar Noah dan Adam, anak kepada Dr Sheikh Muszaphar kan? Dr sheikh telah berkongsi di laman instagram miliknya tentang kembar comelnya itu berinteraksi satu sama lain ibarat kawan baik.
Pada pandangan beliau, anak kembarnya mampu menjadi kawan baik bila mereka meningkat dewasa. Gelagat yang mereka pamerkan juga jelas menunjukkan saat ini, mereka seakan kawan baik yang membuat semua benda bersama dan tidak memerlukan orang lain kerana mereka sudah saling melengkapi.
Bila adam tidur, Noah akan duduk di sebelahnya sehingga bangun. Mereka akan buat semua benda bersama, dari ke sekolah, makan, bermain, mandi dan tidur.
Tetapi lumrah manusia, bagaimana anda kini, kadangkala tidak begitu mencerminkan anda pada masa akan datang. Sama seperti yang dirasai oleh Dr Sheikh, beliau yakin kehidupan mereka akan berubah mengikut bila mereka besar nanti. Tidak kira dalam kehidupan, pekerjaan, pasangan dan sebagainya, dan waktu itu sebagai ayah hanya mampu melihat dari jauh saja.
Best of friends It’s wonderful to see how the twins interact with each other . As they get older they have become the best of friends . When Adam is sleeping , Noah would just stay by his side waiting for him to wake up . They do everything together … from School , meals , play , shower and even sleep . I guess you don’t need anyone else when you are a twin . I’m sure life would be different as they grow up … with their own lives , work , spouses , etc – and Daddy will just watch from afar . Salam Everyone . Love As Always . PS – Noah’s favourite word is Daddy …
Bukan mudah untuk menjaga dua bayi dalam satu sama. Ibu yang mempunyai anak kembar boleh amalkan tip ini, supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum dan selepas bersalin.
#1: PERSEDIAAN AWAL
Kebanyakan bayi kembar lahir awal dan ibu yang hamil kembar disarankan untuk rehat (bed rest). Lebih baik beli barangan anak-anak lebih awal terutamanya secara atas talian.
#2: SUSUN KELENGKAPAN SECARA TERATUR DALAM BEG BERZIP
Susun setiap set pakaian pakaian bayi (baju, seluar, sarung tangan, topi & stoking) dalam keadaan teratur dan tersusun supaya mudah digunakan. Ibu ini mencadangkan untuk meletakkan di dalam beg plastik berzip dan sediakan pek tambahan di dalam beg berlainan.
#3: BUAT CATATAN
Mesti buat catatan penting hampir semua perkara. Pengurusan ini sangat mustahak seperti bayi yang sudah menyusu dan siap yang telah ditukar lampin. Buat senarai dan wujudkan kalendar serta reminder di telefon.
#4: DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Gunakan botol susu supaya ahli keluarga boleh membantu dalam. Biasanya apabila bayi kedua dan ketiga kenyang dan disendawakan, bayi pertama akan mula lapar. Pusingan penyusuan akan berterusan.
#5: SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN
Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Buat giliran untuk menjaga anak. Misalnya di waktu malam siapa tidur lebih pada malam tersebut dan bergilir. Suaminya bagaimana pun memberikan peluang untuk dia tidur 4-5 jam dan mengambil alih tugas.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.