Ibu pernah tak ternampak anak selalu menconteng dinding rumah? Pasti ibu naik angin dan geram tengok dinding rumah kotor. Namun tahukah mama papa yang aktiviti ini sememangnya memberi kelebihan kepada anak anda?

Menurut Parent Connect Consultancy, Puan Noor Afidah Abu Bakar, terdapat dua perkara yang menarik perhatian saya apabila melihat gambar yang dikongsi oleh rakan saya, seorang ibu kepada 4 orang anak kecil ini.

PERTAMA:
Saya ‘tertarik’ dengan aktiviti berkarya di permukaan belakang kabinet dapur yang diizinkan oleh ibu anak-anak ini.

KEDUA:
Saya tertarik dengan tindakan ibu menetapkan ‘boundary’ untuk mereka berkarya di permukaan tersebut.

Anak Suka Conteng Dinding Normal, Ibu Ayah Marah Tanpa Usul Periksa Tu Silap!

‘Boundary’ yang bagaimanakah yang saya maksudkan dalam gambar tersebut?
Mereka tidak menconteng terus ke permukaan kabinet sebaliknya ibu melekatkan ‘white board sticker’ pada kabinet sebagai permukaan untuk mereka berkarya.

Saya menggunakan istilah ‘karya’ kerana setiap contengan kanak-kanak ataupun ‘mark making’ dalam pelbagai bentuk, garisan, dan paten mempunyai maknanya yang tersendiri.
Ia merupakan terjemahan kanak-kanak tentang dunia di sekeliling mereka mengikut interpretasi dan kreativiti masing-masing.

Tidak semua kanak-kanak suka menconteng dinding walaupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai keinginan untuk menulis atau melukis di atas permukaan yang menegak (vertical).

Anak menconteng dinding adalah normal tetapi ibu bapa yang membiarkan anak menconteng tanpa apa-apa batasan ataupun ‘boundary’ ialah ibu bapa tidak wajar.

IKLAN

Kenapa saya katakan anak menconteng dinding adalah satu aktiviti yang normal?

1) Tahukah anda apabila kanak-kanak menconteng sebarang permukaan yang menegak terutamanya permukaan yang luas seperti ‘white board’, ataupun papan hijau, ia sebenarnya membantu memperkuatkan otot-otot dan sendi-sendi bahagian badan yang atas. Lengan yang digerakkan bagi membentuk garisan yang menegak, melintang ataupun pepenjuru akan diperkuatkan lagi kerana ia digerakkan dengan melawan tarikan graviti.

2) Menulis di atas permukaan menegak yang luas adalah satu bentuk latihan yang baik untuk ‘midline crossing’. Tubuh badan manusia mempunyai ‘midline’ ataupun garisan tengah yang membahagikan tubuh kita kepada kiri dan kanan. Apabila kanak-kanak menulis ataupun melukis di permukaan menegak yang luas, pergerakan lengan akan merentasi bahagian tengah anggota badan dan merangsang koordinasi dan komunikasi di antara otak kanan dan otak kiri. Aktiviti midline crossing sebegini (dan banyak aktiviti lain lagi) dapat membantu perkembangan motor halus yang lebih baik dan membantu pengurusan harian diri yang lebih teratur.

Kanak-kanak dapat melakukan sesuatu pergerakan dan tugasan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan.

3) Selain itu, menulis di atas permukaan yang menegak dengan cara melutut ataupun berdiri dapat menguatkan bahagian tengah (core) badan. Kedudukan yang sebegini melibatkan ‘kerjasama’ antara badan tengah dan otot belakang agar dapat mengekalkan postur yang menegak untuk menulis.

IKLAN

Anak Suka Conteng Dinding Normal, Ibu Ayah Marah Tanpa Usul Periksa Tu Silap!

4) Menulis di atas permukaan yang menegak juga membantu meregangkan dan menguatkan pergelangan tangan. Tangan yang stabil dapat membentuk ‘pencil grasp’ yang lebih baik ataupun cara memegang sebarang alat tulis dengan betul. ‘Pencil grasp’ ini bukan hanya membantu perkembangan motor halus, ia juga membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Begitulah di antara kebaikan kanak-kanak menulis di atas permukaan yang menegak seperti di dinding, ‘white board’ ataupun papan hijau.

WALAUBAGAIMANAPUN!! (Saya belum habis menulis. Baca sampai habis.)

Di samping membantu perkembangan otak, kognitif, fizikal, dan motor halus kanak-kanak, mereka juga perlukan ‘boundary’ ataupun batasan apabila melakukan sesuatu aktiviti agar mereka dapat menjadi insan yang hidup bertanggungjawab dan berperaturan.

IKLAN

Menconteng dinding rumah jika tidak ada batasan akan menyebabkan kanak-kanak terbiasa dengan contengan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah sendiri, di dinding rumah orang lain, di dinding sekolah, di dinding kedai, di dinding kawasan awam dan di merata-rata tempat sehingga tidak dapat dikawal.

Oleh itu, peranan ibu bapa adalah untuk menyediakan ruang yang sesuai untuk kanak-kanak melukis di atas permukaan menegak.

Sediakan papan putih, papan hijau ataupun kertas besar di dinding sekiranya anak ingin berkarya. Ada juga ibubapa yang mengecat satu bahagian dinding dengan cat khas yang mudah dibersihkan agar berfungsi sebagai ‘papan hijau’. Kanak-kanak boleh berkarya di permukaannya dan kemudiannya KANAK-KANAK perlu bertanggungjawab membersihkannya kembali.

‘Boundary’ sebeginilah yang ditetapkan oleh ibu kepada anak-anak comel dalam gambar ini apabila ibu menggalakkan anak-anaknya berkarya di atas permukaan yang menegak.
Terima kasih Puan Nur Jannah atas keizinan berkongsi momen anak Puan.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

**Jom shopping permainan berasaskan pembelajaran untuk anak-anak pada harga yang tersangat murah. Nak tahu lanjut, klik sini

Anak Suka Conteng Dinding Normal, Ibu Ayah Marah Tanpa Usul Periksa Tu Silap!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI