Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti...

Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

Ads

Soalan biasa yang ditanyakan oleh ibu bapa di antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu? Ini kerana ibu bapa risau anak-anak akan ketinggalan dengan rakan-rakan seusianya.

Bagi ibu bapa yang nak tahu lebih jelas, Terapis Cara Kerja, Liyana Raya ada jawapannya.

Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

1. Bercakap
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.

Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak, bagi salam… say ‘hi’, cium…. peluk, cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak macam tak betul sikit bila duduk dekat ward, kita seorang-seorang sembang sambil bagi eye contact kat baby.

Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia, nak-nak dalam dua tahun pertama.

Seringkali saya tanya pada parents, ‘anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah, ada cakap… ABC, 123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’

Saya cakap, itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah, memanggil, bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital, ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yang setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia untuk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa, saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yang tak kena je, mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!

MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!

Bercakap kena ada eye contact. Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah komunikasi, ada orang yang mendengar, ada orang yang membalas balik. Bercakap kena ada peniruan, baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian. Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!

Ads

2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting untuk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yang besar pada ketika ini untuk sesi menconteng. Kalau risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong besar-besar, tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, redha je la dinding rumah kena conteng.

Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). Menconteng mewujudkan midline crossing abilities. Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).

Tak kisah nak conteng kat mana. Atas kertas, atas lantai, dekat dinding, buku… kita dah dewasa ni, tolonglah fikirkan cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menconteng.

Ikutlah masing-masing nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yang penting, fikirkan cara! Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir, atas tanah, guna batu… guna ranting kayu… tak kisah apa pun, asal anak boleh conteng.

Waktu usia ni, janganlah force anak untuk menulis sangat. Asyik-asyik nak suruh tulis ABC, nombor, huruf jawi. Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita.

Lukislah haiwan, tumbuhan, rumah atau apa saja. Layankan anak melukis. Gunalah water colour, crayon atau apa saja alatan melukis. Tak rugi spend duit beli benda-benda ni semua. Tak rugi!

Ads

3. Mewarna
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini. Aktiviti mewarna membantu anak-anak membentuk garisan lurus, menegak, menyerong, membulat dan sebagainya. Warna lukisan yang diwarnakan biarlah padan dengan usia anak.

aJanganlah disuruh mewarna lukisan yang complex. Kalau boleh, elakkan mewarna lukisan yang di dalam gajet. Mewarna di dalam gajet tidak membawa apa-apa makna kepada otot tangan. Macam mana nak develop motor memory terhadap garisan?

Di usia ini, tak payahlah risau kalau anak-anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yang penting, dia tahu nak warna kat mana. Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.

Tak payah bawak pergi mall, mewarna kat bahagian-bahagian yang ada lukisan-lukisan untuk diwarnakan, lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yang amat.

4. Menulis dan membaca
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.

Ads

Usia yang dikira LEWAT untuk boleh membaca: 11 tahun. Logiknya bila anak dah belajar garisan yang banyak-banyak melalui menconteng dan mewarna, persiapkanlah dirinya untuk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.

Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

Boleh ajar menulis di satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi yang kemudiannya pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi. Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi-bunyi huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.

Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat. Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni, akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.

Kalau terasa ada kesannya, jangan segan nak bawa jumpa terapis untuk betulkan masalah yang ada. Sekian.

**Gambar sebagai contoh sahaja bukan galakkan untuk anak-anak conteng dinding.
Mak ayah sila tampalkan kertas besar didinding supaya anak-anak bebas bermain dalam masa yang sama dapat berkarya dengan selesa

Sumber : Liyana Raya (Terapis Cara Kerja)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Anak Suka Menconteng Cerdik! Fasa Ni Banyak Dia Belajar. Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI