Anak Suka Sangat Makan Sosej Berisiko Obesiti, Kanser Usus. Boleh Elak Lagi Bagus!

Share

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

KKM dalam kenyataan di Facebooknya menjelaskan, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.

Sebenarnya sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.

Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.

Selain itu, ia boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

ARTIKEL MENARIK [Anak Tak Mahu Makan Sayur, Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!]

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Ibu bapa perlu sentiasa ingatkan anak-anak. Makanan seperti ini sedap tetapi jika terlebih boleh memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.

Lagi baik elak simpan stok sosej atau makanan lain yang tinggi bahan pengawet dalam peti ais untuk elakkan anak teringin untuk makan.

RESIPI WAJIB CUBA [Kalau Nak Anak Makan Hidangan Sihat, Ibu Boleh Cuba Buat Sendiri Sosej. Senang Rupanya!]

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

 

IKLAN