Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal. Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka?

Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang & Jangan Rasa Anak Membazir!

Kepentingan bayi makan sendiri

Kenapa pentingnya untuk anak belajar menyuap diri mereka sendiri? Tujuannya untuk membolehkan mereka belajar makan secara berdikari, iaitu antara kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.

Selain itu ia membantu anak mengembangkan kemahiran motor halus seperti menyentuh dan memicit makanan. Ia juga peluang untuk si kecil belajar mengenai rasa, tekstur, bau dan suhu makanan. Pun begitu, anak yang masih disuap tidak dapat belajar mengawal jumlah makanan yang dimasukkan ke mulut.

Jadi, teknik bayi makan sendiri membolehkan mereka belajar kadar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mulut agar mudah dikunyah dan ditelan. Selain itu, si kecil juga kemudiannya akan belajar mengetahui tempoh sesuai untuk menyuap lagi makanan ke mulut.

Bayi makan sendiri: Ini yang perlu difahami

Sebaik sahaja anda memperkenalkan makanan pepejal, si kecil mungkin akan menunjukkan tanda-tanda ingin makan dengan sendiri. Bagaimana?

Mereka mungkin akan mula mencapai sudu atau mengambil makanan daripada pinggan, ini adalah perkara normal untuk anak mempunyai keinginan menyuap makanan sendiri.

Malahan anda juga disarankan untuk menggalakkan mereka melakukannya- walaupun akhirnya lebih banyak makanan jatuh bersepah berbanding yang dapat disuapkan ke mulut.

Mulakan dengan finger food

Finger food atau makanan jejari ialah potongan makanan yang mudah untuk bayi memegang dan mengunyahnya.

IKLAN

Jika si manja menunjukkan minat untuk belajar menyuap, anda boleh melatih bayi makan sendiri dengan memberikan finger food yang boleh digenggam mereka seperti kentang atau labu yang dimasak.

Bayi belajar makan sendiri guna sudu?

Kebanyakan bayi tidak akan dapat makan dengan menggunakan sudu sehingga berusia 1 tahun 6 bulan. Namun tiada salahnya untuk anda melatih mereka makan menggunakan sudu pada usia lebih awal.

Apabila anak makan sendiri finger food yang disediakan, perkara paling merisaukan adalah takut mereka tercekik, betul tak?

Namun jangan jadikan ia alasan untuk tidak membenarkan mereka belajar menyuap makanan sendiri. Sebaliknya pastikan si kecil duduk ketika makan, tidak bermain atau merangkak.

Anda juga boleh mengelakkan makanan yang berisiko untuk menyebabkan anak tercekik seperti makanan yang sukar dikunyah – lobak merah, ataupun kacang.


Bayi makan, bermain & menyepahkan makanan

IKLAN

Anak bermain dengan makanan atau makan bersepah merupakan perkembangan normal apabila mereka belajar untuk menyuap makanan sendiri.

Jika keadaan tersebut menyebabkan anda tertekan, tip berikut mungkin boleh membantu:

  • Pakaikan si manja bib
  • Potong makanan secara dalam bentuk jejari supaya lebih mudah diambil dan dimakan
  • Biarkan si manja makan menggunakan tangan
  • Lapik kertas, plastik atau helaian akhbar di bawah kerusi makan si manja
  • Jika mempunyai laman yang luas dan rata, berikan bayi makan di luar
    bayi makan

Apabila bayi melemparkan makanan ke lantai, jangan memberikan sebarang tindak balas atau mereka akan menganggap anda sedang bermain bersama.

Saranan terbaik adalah untuk mengabaikannya. Anda boleh mengutip makanan yang jatuh dengan tenang atau membiarkan sahaja sehingga selesa sesi makan untuk membersihkannya.

Menggunakan cawan

Sebaik sahaja bayi mencapai usia 6 bulan, mereka bersedia belajar minum daripada cawan. Namun seperti keadaannya apabila anak makan sendiri, belajar minum menggunakan cawan memerlukan masa dan akan menyebabkan minuman tertumpah serta bersepah.

Berikut antara beberapa petua untuk membantu anak belajar minum menggunakan cawan:

IKLAN
  • Berikan anak cawan plastik kecil yang mudah digenggam dan dipegang
  • Biarkan anak bermain dengan cawan agar mereka terbiasa dengannya
  • Pada awal-awal tempoh anak belajar, bantu dan bimbing mereka dengan memegangkan cawan
  • Untuk mengelakkan daripada tertumpah, pastikan jumlah air yang diberikan sedikit
  • Ketika waktu hidangan makan keluarga, anda juga perlu menggunakan cawan bagi memberikan contoh bagaimana untuk melakukannya – bayi biasanya suka meniru ibu bapa mereka
  • Air minuman yang boleh diberikan hanyalah air kosong, susu ibu atau susu formula bayi. Selepas usia setahun, barulah boleh memberikan anak susu lembu penuh krim.

Manakala minuman seperti jus buah, minuman ringan dan susu berperisa tidak disyorkan untuk bayi dan anak kecil. Ini kerana kandungan gulanya tinggi dan meningkatkan risiko untuk gigi rosak.

Cara melatih bayi makan sendiri

Berikut beberapa tip untuk mengajar anak makan dengan sendiri:

  1. Tunjukkan contoh teladan
  2. Letakkan anak di kerusi makan mereka berhampiran meja makan untuk membolehkan mereka melihat bagaimana anda makan dan pilihlah hidangan makanan yang sihat.
  3. Biarkan mereka turut serta makan ketika sesi hidangan makan keluarga.
  4. Tetapkan masa makan ketika anak lapar dan tidak terlalu penat: Umumnya, waktu makan ideal adalah sekitar jam 5 petang – kebanyakan anak kecil sudah bersedia untuk hidangan makan malam pada masa itu.
  5. Saiz bersesuaian: Pastikan kutleri, saiz potongan makanan adalah sesuai untuk anak. Jangan meletakkan terlalu banyak makanan di dalam pinggan mereka.
  6. Pilihan makanan: Biarkan anak memilih apa yang mereka mahu makan daripada pilihan yang ada.
  7. Jumlah makanan: Apabila si kecil mula menunjukkan rasa kenyang, usah memaksa.
  8. Lakukan komunikasi: Jangan biarkan si manja hanya fokus kepada makanan semata-mata. Sebaliknya, ajaklah mereka berbual dan melakukan interaksi sosial dengan ahli keluarga yang lain.

Petua utama adalah anda perlu bersabar kerana kemahiran anak makan sendiri ini akan berkembang mengikut tahap kesediaan mereka.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang & Jangan Rasa Anak Membazir!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang & Jangan Rasa Anak Membazir!

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI