Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua.
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Allah yang mengetahui segala-galanya. Kita hanya mampu merancang namun jika Allah dah takdirkan, reda itu penting. Mungkin kita cakap senang tapi orang yang terpilih melalui ujian ini akan terasa keperitannya.
Siapa sangka penantian suami isteri ini untuk mendapat cahaya mata setelah 6 tahun berkahwin berakhir dengan tragedi pemergian suami setelah terlibat dalam kemalangan selepas dua hari bertarung nyawa di ICU.
Difahamkan mangsa seorang pekerja kilang koma akibat kemalangan, selepas motosikal ditunggang merempuh babi hutan, Jumaat lalu dan dilaporkan meninggal dunia tengah malam (Isnin).
Dikenali sebagai Zulkarnain Mokhtar, berusia 32 tahun, arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada 12.30 malam.
Tak sempat menatap wajah anak sulung
Lebih memilukan, kakak ipar arwah, Mastura Mohd Ali, 39, berkata, Zulkarnain juga tidak sempat menatap wajah anak yang dijangka lahir Ogos depan.
“Sebelum ini arwah sangat teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, tetapi Allah Maha Kuasa dan semoga arwah diizinkan menatap wajah anaknya di syurga kelak…”
Bertarung nyawa selama dua hari, ahli keluarga bagaimana pun reda dengan pemergiaannya kerana ini semua telah ditentukan Tuhan.
Tunggu 6 tahun untuk dapat zuriat
Arwah meninggalkan seorang balu, Nurul Asyikin, 31, guru agama di sekolah rendah agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Bagaimanapun, selepas enam tahun berkahwin Nurul Asyikin disahkan mengandung dan dijangka melahirkan anak sulung mereka tidak lama lagi.
Semua persiapan sambut bayi dah siap
Segala persiapan sudah disediakan untuk menyambut zuriat yang telah lama dinantikan, namun ajal terlebih dahulu menjemput sebelum sempat Zulkarnain dapat menatap wajah anak sulungnya.
Jenazah dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Tanah Rancangan Felcra Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Cina selepas solat Asar.
Anak darjah 1 mengamuk tak nak pergi sekolah, ini tip bantu mak ayah. Melihat anak menangis, meronta, dan enggan ke sekolah boleh menjadi satu cabaran besar bagi ibu bapa, terutamanya apabila anak baru masuk darjah satu.
Situasi ini bukan sahaja meletihkan fizikal, tetapi juga menguji kesabaran dan emosi ibu bapa. Jangan panik! Masalah ini biasa berlaku dan ada cara untuk menanganinya dengan tenang dan bijak.
Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk memahami sebab anak menolak ke sekolah. Antara sebab utama ialah:
*Takut berpisah dengan ibu bapa – Ini biasa bagi anak kecil yang belum biasa berjauhan dalam tempoh lama.
*Takut dengan persekitaran baru – Sekolah adalah dunia asing bagi mereka. Guru, rakan, jadual, dan peraturan semuanya berbeza daripada suasana di rumah atau tadika.
*Rasa beban dengan pelajaran – Walaupun darjah satu masih peringkat awal, ada anak yang tertekan dengan tugasan atau tak biasa dengan cara pembelajaran baru.
*Kurang kawan atau rasa tersisih – Anak mungkin belum jumpa kawan yang dia selesa, atau dia rasa tak diterima dalam kalangan rakan sebaya.
*Pengalaman negatif di sekolah – Mungkin dia pernah dimarahi guru, diejek rakan, atau mengalami sesuatu yang buat dia takut ke sekolah.
Jika anak meragam setiap pagi dan enggan ke sekolah, cuba langkah-langkah berikut:
Marah atau paksa anak dengan paksaan fizikal hanya akan buat dia lebih trauma. Sebaliknya, peluk anak, cakap dengan nada lembut, dan yakinkan dia bahawa sekolah adalah tempat yang selamat.
Bantu anak faham bahawa perasaan takut atau gementar itu normal. Katakan, “Mama pun dulu takut nak ke sekolah, tapi lepas kenal kawan-kawan, sekolah jadi seronok!” Ceritakan pengalaman anda untuk meyakinkan dia.
Bantu anak bersiap dengan tenang setiap pagi. Pastikan dia tidur awal supaya tak bangun dalam keadaan letih. Elakkan terburu-buru atau menakut-nakutkan anak dengan kata-kata seperti, “Kalau lambat, cikgu marah!”
Jika anak masih enggan ke sekolah selepas beberapa hari, bincang dengan guru kelasnya. Guru mungkin boleh bantu dengan memberi perhatian lebih atau memastikan anak lebih selesa di sekolah.
Tanya anak tentang rakan-rakan di sekolah dan galakkan dia berkawan. Jika perlu, aturkan playdate dengan ibu bapa lain supaya anak lebih selesa bergaul.
Beri galakan kepada anak dengan cara yang positif. Contohnya, jika anak berjaya pergi ke sekolah tanpa menangis, puji dia atau beri sesuatu yang dia suka, seperti stiker comel atau makanan kegemaran.
Jangan hanya kata “Kena pergi sekolah sebab wajib.” Sebaliknya, ceritakan bahawa sekolah adalah tempat untuk bermain, belajar perkara baru, dan bertemu kawan-kawan.
Jika anak masih mengalami ketakutan melampau atau menunjukkan tanda-tanda kecemasan yang serius (seperti sakit perut atau muntah setiap pagi sebelum sekolah), mungkin ada masalah yang lebih mendalam. Dapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak atau kaunselor.
Masalah anak enggan ke sekolah bukan sesuatu yang luar biasa. Yang penting, ibu bapa perlu sabar dan memahami perasaan anak. Dengan pendekatan yang lembut dan positif, lama-kelamaan anak akan mula menerima rutin sekolah dengan lebih baik.
Ingat, fasa ini sementara sahaja. Dengan bimbingan dan kasih sayang, anak akan membesar menjadi pelajar yang gembira dan bersemangat!
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan apabila tampil lebih langsing selepas melahirkan anak kedua. Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di instagramnya pada 1 Syawal baru-baru ini.
Penampilan terbaru Siti itu sekaligus membuatkan ramai pihak khusus peminat beliau teruja dengan gayanya memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.
Kebanyakan peminat Siti meluahkan rasa gembira dan ada yang meminta beliau berkongsi tips. Mereka beranggapan mungkin Siti bersedia untuk membuat ‘comeback’ selepas ini.
“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”
“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”
“Cantiknya tokti kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis peminatnya.
Sementara itu, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjaganya sepanjang dalam pantang serta anak lelakinya, Muhammad Afwa.
Dalam tempoh berpantang itu, Siti cukup menghargai Kak Susy dan Kak Yeni yang begitu baik sekali menjaganya selepas melahirkan Muhammad Afwa secara pembedahan sehingga kembali sihat dan bertenaga.
Alhamdullillah, service sangat baik & kak @susy.dinda.940 menjaga saya dari pantang melahirkan Aafiyah sampailah Afwa.. Dah macam keluarga kami.. inshaaallah semoga Allah SWT berkati setiap seorang dari kita semua yang sentiasa berbuat baik & mendapat pahala dibulan yang Mulia ini.
Kredit: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!