Anak sulung kita adalah segalanya. Merekalah yang mendidik kita menjadi ibu dan belajar menjadi seorang ibu setiap hari. Jika sebelum ini melimpah dengan kasih sayang namun sejak punya adik baru, perhatian mula dialihkan sedikit demi sedikit.

Jangan biarkan anak merasa hati dan mula berjauh hati hanya kerana kurang perhatian. Malah menurut Pn Wawa Shauqi, perilaku anak sulung boleh berubah hanya kerana isi tangkinya makin kosong dek kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang dari mak ayah. Jangan terleka dan biarkan situasi semacam ini terjadi pada anak sulung kita. Cepat-cepatlah bertindak.

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!


Sedih kan tengok nota ni?

Ini adalah nota seorang anak berusia 6 tahun. Tersentak si ibu dapat nota macam ni dari anak sulung. Tak pernah si ibu sangka, anak sulung memerhati aje dia dan baby baru dengan hati terluka.

Sebenarnya, perasaan anak kita bila dapat adik, sama macam perasaan kita dapat madu. Bayangkan, selama ni kita dapat kasih sayang tak berbelah bahagi dari suami.

Hidup berdua, hanya kita yang dimanja. Hanya pipi kita yang dikucup. Hanya tubuh kita yang didakap. Tiba-tiba tahun kedua, tanpa bincang dan tanpa rela, suami balik bawak madu baru.

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!

Tiba-tiba, perhatian yang dulu kita dapat, semua beralih kat madu. Kita berdiri di tepi pun, tak ada siapa ambil tahu. Bini baru pulak, dapat macam-macam barang baru. Baju favorite kita yang dah tak muat pun, semua madu sapu. Kalau berebut, kita yang kena beralah dulu. Pedih kan?

Ya, rasa tersisih dan jauh hati.

IKLAN

Ada yang sampai tunjukkan ciri-ciri stress dan regress;
– Buat perangai
– Jadi lebih pendiam
– Mula gigit jari/ baju semula
– Kencing malam semula
– Agresif (menggigit, memukul, menjerit, meludah dsb)

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!

Kalau kita sedar anak kita yang tua tu ada perangai macam ni, itu mungkin bermakna tangki emosi anak dah makin kering.
Kalau dulu, waktu mereka jadi ‘anak tunggal’, tangki emosi mereka sentiasa penuh diisi oleh kita. Tapi sekarang, isi tu semua kita dah tuang kat baby baru.

Kalau kita gagal untuk tangani mereka dengan baik, anak sulung ini boleh menjauh hati. Malah ia merosakkan hubungan adik-beradik sampai ke besar.

 

5 Perkara Elak Anak Sulung Rasa Tersisih

1) Social story sebelum dapat adik.
Ibu boleh gunakan social story untuk anak sediakan mental terima adik baru.
Lakar lukisan ringkas apa yang mereka boleh buat bila berdepan dengan adik.

IKLAN

“Bila adik tidur, kita kena shhhhhh…. senyap”
“Adik kecil sangat. Kita tak boleh main kasar.”

2) Kaitkan diri si sulung masa kecil.
“Adik ni sama macam abang la masa kecil. Comel kan!”
“Abang jangan marah. Adik kecil lagi. Dia tak faham. Abang dulu pun macam ni.”

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!

3) Ajak anak sulung ketawa dengan keletah adik.
“Abang! Tengok tu adik baling sudu! Kelakarlah!”
“Cuba abang sapu losyen kat pipi adik. Nanti adik senyum.”

4) Libatkan anak sulung untuk hampir setiap tugas kita.
Bila memasak, minta si sulung carikkan sayur, basuhkan beras, letakkan garam dan kunyit, rasa masakan dll. Bila sidai kain, minta anak pas kan baju dalam bakul. Atau pegang hanger untuk kita.
Make it fun! Enjoy the moment. Dah jimat masa untuk main. Tak perlu create aktiviti khas kalau kita rak sempat curi masa.

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!

IKLAN

5) Beri individual attention.
Setiap anak perlukan ‘masa dating’ dengan mak atau ayah. Ia sama macam keperluan kita untuk me time. Kalau boleh, ambil giliran dengan pasangan untuk bawa anak ke sesuatu tempat atau aktiviti pilihan anak.
Just a quick moment macam beli aiskrim dan makan bawah pokok berdua pun, dah cukup bermakna untuk anak. 5 minit untuk anak kenang sehingga 50 tahun lagi. Gitu!

6) Peluk, cium, puji dan ucap ‘i love you’ atleast 10 kali sehari pada anak.
Insya Allah ia mengurangkan apa jua punca stress dalam diri anak. Dan sebenarnyanubat jiwa untuk diri kita.

Ayuh, kita doakan ibu ini dapat kembalikan kemesraan hubungan dia dengan si sulung. Mana tau, berkat doanya, dapat tempias ke kita juga.

Wawa Shauqi.

Artikel berkaitan: Anak Sulung Perangainya Aneh, Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung

Mama Abah Tak Sayang Kakak, Selalu Layan Adik & Baby, Ibu Sebak Baca Luahan Anak Sulung

Anak Sulung Suka Menyendiri & Jadi Pendiam, Petanda Anak Berjauh Hati, Cepat-Cepat Perbaiki!

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI