
Anak susah fokus sekarang ni memang jadi kerisauan ramai ibu ayah. Baru duduk belajar 5 minit, dah gelisah. Baru pegang buku, mata dah melilau cari benda lain. Kita pun mula tertanya-tanya, normal ke ni? Atau ada sesuatu yang kita terlepas pandang dalam perkembangan mereka?
Sebenarnya, fokus bukan sekadar “boleh duduk diam lama-lama”. Ia berkait rapat dengan perkembangan otak, emosi dan juga cara hidup harian anak. Lagi-lagi untuk anak kecil, fasa ini sangat penting untuk merangsang perkembangan brain mereka supaya lebih peka, responsif dan bersedia untuk belajar.
Jadi sebelum kita cepat marah, mungkin kita kena ubah cara kita melihat situasi ini dulu. Tapi persoalannya, kenapa makin ramai anak nampak hilang fokus? Apa sebenarnya yang menyumbang kepada keadaan ini?
Kini penggunaan gajet memang jadi kebiasaan. Tapi bila tak dikawal, ia boleh bertukar jadi ketagihan.
Tanda paling jelas?
Anak terlalu leka dengan tablet sampai tak mahu makan. Dipanggil tak dengar. Bila gajet diambil, terus mengamuk, menjerit, baling barang, malah ada yang bertindak agresif.
Ibu ayah kena tahu, ketagihan gajet boleh menyumbang kepada masalah seperti ADHD, speech delay, kesukaran bersosial, malah boleh membawa kepada kemurungan. Lebih awal terdedah tanpa kawalan, lebih besar kesannya terhadap anak susah fokus.
Bila terlalu lama dengan gajet, anak mula “disconnect” dengan dunia sebenar. Mereka kurang berinteraksi, kurang bergerak, dan perkembangan jadi tak seimbang.
Kesan dia? Susah fokus bila belajar, mudah terganggu dan cenderung tidur lewat. Bila tidur tak cukup, anak jadi cepat marah, daya ingatan lemah dan kemahiran sosial pun terjejas.
Dalam hidup ini, semua benda perlukan keseimbangan. Kalau anak terlalu banyak masa dengan game atau media sosial, hidup dia jadi “flat” — tak ada arah. Mereka tak explore benda baru, tak cabar diri, dan akhirnya cepat bosan.
Sebab itu penting sangat ada jadual harian, ada masa belajar dan masa bermain serta rutin yang konsisten. Bila ada struktur, anak lebih mudah disiplin dan tidak mudah hilang fokus.
Ramai tak sedar pemakanan sangat mempengaruhi fokus anak. Otak perlukan nutrisi yang betul untuk berfungsi dengan baik. Kalau diet tak seimbang, memang susah anak nak fokus lama.
Antara makanan yang bantu perkembangan otak:
Selain “makanan jiwa”, badan juga perlukan “fuel” yang betul supaya perkembangan anak lebih seimbang dan menyokong daya tumpuan.
Rumah bukan sekadar tempat rehat, ia juga tempat anak belajar kehidupan.
Kalau tiada peraturan:
Akhirnya anak jadi sukar dikawal dan kurang disiplin.
Ibu ayah perlu ambil peranan sebagai “guru” di rumah. Tetapkan had masa skrin, bahagikan masa aktiviti keluarga dan belajar, serta didik anak menggunakan gajet secara sihat.
Kesimpulannya, anak susah fokus bukan semata-mata “masalah sikap”. Ia adalah gabungan gaya hidup, emosi, persekitaran dan cara kita sebagai ibu ayah mengurus rutin mereka.
Kadang bukan anak yang perlu diubah terlebih dahulu, tetapi sistem di sekeliling mereka. Bila kita mula perbaiki persekitaran dan rutin harian, perubahan pada anak akan datang secara semula jadi.
Sumber: Dr. Tengku Asmadi & neuroversiti