Bila dah mula bersekolah, mula pergi ke pusat asuhan anak-anak akan cepat jatuh sakit. Bila menjaga anak-anak yang sakit, bukan hanya luaran sahaja yang perlu di ambil berat. Pemakanan anak-anak juga perlu dijaga sebaik mungkin.

Faktor pemakanan juga akan mempengaruhi cepat atau lambat proses penyembuhan tersebut. Ikuti perkongsian doktor ini berkenaan pemakanan anak-anak ketika sakit.

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya


Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit.

Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.

Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.

Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat. Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.

Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya

IKLAN

Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik . Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.

1. Roti dan biskut

  • Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
  • Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya

2. Salad dressing

  • Mayonis, thousand island dan sebagainya.
  • Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.

IKLAN

3. Gula

  • Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.

4. Gula tersembunyi

  • Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
  • Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya

5. Makanan dalam tin

  • Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
  • Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.

6. Susu

IKLAN
  • Makanan yang boleh timbulkan radang.
  • Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya

7. Daging proses

  • Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
  • Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.

Sambung dalam komen k. 🥰

Kredit: mazliana.mazlan

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI