Setiap ibu yang sedang hamil pasti memasang impian untuk menyusukan bayinya secara ekslusif apabila dilahirkan. Banyak ilmu penyusuan akan dipelajari serta ibu-ibu ini tidak segan bertanyakan pengalaman orang lain yang menyusukan anak.
Namun tidak dinafikan, ada masanya ibu yang menyusu akan mengalami rasa ‘down’ apabila proses penyusuan tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan.
Sumber foto: www.freepik.com
Perkongsian dari Nad Masrom yang merupakan seorang Kaunselor Laktasi, sememangnya proses menyusukan anak tidak mudah. Perlu banyak berdoa supaya kekal kuat untuk meneruskan usaha murni ini.
Selain persiapan mental dan fizikal untuk melalui proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan, persiapan rohani tidak boleh diketepikan.
Sepanjang saya mengendalikan ibu-ibu menyusu, jelas kelihatan ibu yang mempunyai persiapan rohani sedari awal kehamilan lebih bersedia menghadapi cabaran penyusuan dengan lebih positif.
Ibu-ibu ini juga lebih optimis menerima cadangan penambahbaikan dan sentiasa bergantung kepada Allah setiap kali buntu mencari penyelesaian. Susu ibu adalah anugerah dan rezeki Allah. Sangat menyedihkan jika sedari awal ibu terus menyalahkan rezeki dengan mengatakan, “Bayi aku tak dapat menyusu sebab tak ada rezeki…”
Sedangkan jika kita faham konsep rezeki itu, kita takkan sewenangkan mengeluarkan ayat itu tanpa melalui satu proses usaha yang panjang dan menuntut air mata ibu-ibu menyusu untuk sampai ke garisan penamat.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Sememangnya penyusuan susu ibu itu tidak mudah. Namun bukanlah boleh kita terus mengalah tanpa berusaha mencari bantuan terlebih dahulu. Solat hajat, doa yang tak pernah putus, malah ketika hasil perahan alami kemeruduman sekali pun, setelah berusaha, kita kembalikan semua dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.
Allah SWT juga yang memberikan rezeki kita untuk mendapat PENJAGA yang baik yang sanggup mengendalikan susu perahan buat anak kita dan sudi untuk belajar mengendalikan susu ibu.
Setelah anak yang kita sayangi ditinggalkan kepada pengasuh, hanya Allah jua tempat kita bergantung agar bayi dilindungi dari segala musibah.
BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH IBU DAN MINTALAH APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI DENGAN SPESIFIK.
Kerana sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab dan mintalah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah bagi perkembangan bayi kita. Nyatakanlah keinginanmu ibu untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun seperti saranan Al-Qur’an. In shaa Allah, walaupun mengais untuk hari esok, rezeki susu buat anak kita tidak pernah putus.
Ibu-ibu juga boleh praktiskan zikir YA MATIN atau doa seperti dalam gambar ini untuk memperbanyakkan susu. Yakinlah yang kita mampu untuk menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi kita.
Buat ibu-ibu yang sedang berusaha mencari ilmu penyusuan, minggu depan in shaa Allah akan diadakan webinar The Art of Breastfeeding Online 7. Daftarlah bersama team kami di komen sekarang. Semoga rezeki menyusukan bayi kalian tidak pernah putus.
Nad Masrom Kaunselor Laktasi Bertauliah #nadbreastfeedinginfo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayangnya jika gigi anak yang masih elok dan kuat tiba-tiba tercabut keluar akibat kemalangan. Pakar bedah pergigian kata ia masih boleh diselamatkan dengan 3 langkah ini.
Pentingnya gigi untuk mengunyah makanan dan membantu pertuturan & sebutan yang tepat. Selain itu ia amat mempengaruhi struktur wajah. Kadangkala apabila si manja yang lasak terjatuh dan gigi tercabut menyebabkan kehilangan gigi walau pun ia hanya gigi susu. Ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perkembangan mereka.
Dr Jenizan Nordin Pakar Bedah Pergigian, berkongsi tentang cara untuk menyelamatkan gigi kanak-kanak yang tercabut akibat kemalangan atau terjatuh. Katanya tindakan pantas orang sekeliling kepada kanak-kanak ini boleh menyelamatkan gigi mereka.
Gigi tercabut keluar sepenuhnya sebab kemalangan?
Anak anda terjatuh semasa bermain dan gigi tercabut keluar?
Apa yang anda perlu buat dalam situasi ini?
Tindakan awal yang betul dapat menyelamatkan gigi tersebut.
BERTINDAK CEPAT KALAU IA GIGI KEKAL
Kalau gigi susu biarkan saja, tidak perlu buat apa-apa selain dari berjumpa doktor gigi dengan segera. Jika gigi kekal, berikut ialah langkah-langkah awal yang boleh anda lakukan:
#1 – Masukkan kembali ke dalam tulang soket gigi kalau ia bersih
– Gunakan kertas aluminium (pembalut makanan) untuk stabilkan, atau gigit perlahan atas saputangan atau pakaian yang bersih dan segeralah berjumpa doktor gigi.
#2 -Bilas dan masukkan ke soket
kalau kotor, bilas dengan susu (plain) atau saline (air untuk cuci kanta lekap) dan masukkan kembali kedalam tulang soket. Awas jangan sentuh atau pegang bahagian akar gigi, ini boleh mematikan sel-sel ligamen gusi.
#3- Simpan adalam larutan istonik
kalau tak boleh masuk kembali ke dalam soket, simpan dalam isotonik solution contoh, saline, susu, atau balut dengan pastik cling rap (pembalut makanan). Jangan guna air. (air akan merosakkan sel ligamen)
Kalau tiada apa larutan dan tempat untuk menyimpan, boleh simpan di dalam mulut dahulu.
Lepas itu segeralah berjumpa doktor gigi.
Gigi mungkin boleh diselamatkan kalau ikut cara yang betul dan berjumpa doktor gigi dalam tempoh kurang dari dua jam dari masa kemalangan.
Rawatan yang segera dapat menyelamatkan gigi anak anda.
Tular sebuah perkongsian video di mana anak kecil sedang memeluk beberapa staff di sebuah wad hospital sambil mengucapkan selamat tinggal membuatkan ramai sebak.
Di dalam video berkenaan merupakan Allahyarham Adik Zarif yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dialisis beberapa kali sehinggalah pakar perubatan sudah tidak mempunyai rawatan lagi buat si kecil ini.
Namun arwah adik Zarif telah menghembuskan nafas terakhir 9 hari selepas pulang daripada hospital.
Menurut perkongsian @telekung_anna di laman instagram, adik Zarif menghidap penyakit ini pada tahun 208 dan perlu menjalani dialisi sehingga ke akhir hayatnya.
Rata-rata sebak dengan perkongsian ini dan memberi kata-kata semangat buat keluarga arwah.
nurulaayla Msti skrg zarif tgh gmbira sgt skrg brmain dgn kwn² di tmn syurga dijga Nabi Ibrahim as, insya Allah zarif menanti dipintu syurga utk bawa ibu ayah sama² masuk syurga, insya Allah kalian bersatu kmbali n tiada lg perpisahan,skrg hnya smntera,semoga terus kuat ya
rosdianaidham I just can’t. This is so allahu akbar pedihnya kak nak ckp ape pun hilang kata2. Sebagai ibu hanya boleh peluk akk dr jauh. I don’t know u personally but i know u’re great mother. Alhamdulillah anak akk dikurniakan ibu sebaik dan sekuat akk. Sy tgk anak kena cucuk pun nangis ini kan pula..walaupun sy doktor which always in the situation of seeing my patients come and go but this one is excluded. Hati sy berkeping2 ni pecah luluh tgk. Semoga akak dpt jumpa dgn anak akk semula InsyaAllah dlm keadaan yg paling baik. Aminn. Dia tgh happy tu lari2, panjat sana sini no limit..makan minum xperlu pantang ape dah. Wuaaa..nangis lg. Takziah kak. Hugss❤️
Seorang wanita di Houston, Texas selamat melahirkan bayi kembar tiga yang comel dan sihat selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat COVID-19.
Menurut Women’s Hospital of Texas, Pada 8 mei lalu Maggie yang ketika itu hamil 28 minggu perlu dimasukkan ke wad kerana dia dan bayi di dalam kandungan perlu dipantau.
Tetapi setelah menjalani ujian COVID-19, 48 jam kemudian Maggie disahkan positif COVID-19.
“Kebimbangan utama Maggie bukan dirinya tetapi orang sekeliling,”” kata wakil hospital. “Dia bimbang tentang kesihatan kembar tiga, suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun, serta petugas kesihatan dan doktor yang merawatnya.”
Suami Maggie juga disahkan positif novel coronavirus dan tidak dapat mengunjunginya di hospital, di mana dia terpaksa tinggal selama berminggu-minggu.
Selepas lima ujian COVID-19 dijalankan, dua daripadanya kembali negatif. Pada 4 jun, Maggie diberitahu bahawa tali pusat bayi pertamanya sudah terbelit di leher dan dia dikejarkan ke wad pada hari yang sama untuk melahirkan bayi secara C-Section.
Ketika dia bersiap-siap untuk ke dewan bersalin, Maggie mendapat sokongan dari nurse, dan juga dari keluarganya.
“Maggie masih ingat, tepat jam 3:59 petang ayahnya memanggil untuk berdoa dan ketika tiba waktu epidural seorang jururawat memeluknya dengan erat hingga selesai,” kata hospital.
Ketiga-tiga bayi kembar yang diberi nama Isabella, Nathaniel, dan Adriel, dilahirkan secara pembedahan C-Section dengan hanya dua minit ketika usia kandungan 32 minggu. Ketiga-tiga bayi sihat dan selamat.
“Semua orang kagum dengan Maggie,” kata wakil hospital.
Sekarang bayi kembar tiga ini sudah berusia satu bulan, ketiga bayi itu semakin besar dan semakin sihat. Mereka masih berada di ICU Tahap II.
“Maggie memberitahu bahawa walaupun agak sukar berpisah dengan bayi kembarnya, dia masih dalam keadaan baik kerana dia tahu mereka mendapat rawatan terbaik dari pasukan khas yang berdedikasi terutama melibatkan kesihatan bayi-bayinya dan menjaga mereka dengan selamat semasa wabak.”
Sumber: PEOPLE
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.