Tidak dinafikan ada di antara anak-anak kita yang kurang gemar makan nasi seperti anak-anak yang lain. Pilihannya pastilah roti atau beraneka jenis mi yang turut mempunyai sumber karbohidrat.

Jika memilih untuk menghasilkan roti sendiri, roti yang di hasilkan oleh Pn Nor Shahira yang menggunakan periuk nasi biasa ini mama boleh cuba. Cukup mudah kerana tidak menggunakan oven mahupun mixer. Cuma uli, rehat dan masak di dalam periuk nasi. Nak tahu macam mana, jom cuba!

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti, Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi, Superb!


Walaupun tak ada breadmaker & oven. Cube buat roti sendiri. Uli pakai tangan, bakar pakai periuk nasi. Alhamdulillah, hasilnye menjadi. Senyum sampai ke telinga. Siapa nak cube boleh la. Resepi asal dari Azlina Ina. Jom cuba!

Resepi Roti

Bahan A:
1/2 cawan air suam
1 peket mauripan
2 sb gula
*Cmpur skli biarkn 10-15min/smpai bbuih

Bahan B:
1kg gandum
1 biji telur
3 sb mrjerin
3 sb pelembut roti (buat sendiri 1 cawan air + 2 sb tepung gandum masak sampai pekat)
5 sb gula
4 sb susu tpung
Sedikit gram
1/2 sb baking powder

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti, Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi, Superb!

Gaul sampai jadi serbuk lepas tu masukkan bahan A bersama 1 cawan air sejuk. Standby 1 cawan air sejuk + 1 cawan tepung gandum. Uli sampai jadi doh dan tak melekat dekat tangan.

Biarkan doh rehat selama 30 min atau sampai kembang. Bila dah kembang tumbuk buang angin.

Bulatkan dengan tangan yang di sapu sedikit minyak ke dalam loyang. Biarkan selama 30 min atau hingga kembang.

Bila dah kembang sapukan dengan marjerin/susu segar bakar dalam suhu 150 c selama 45 min api atas bawah.

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti, Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi, Superb!

Saya masak macam biasa masak nasi. Bila dah bunyi tu. Plug nasi saya tak tutup lagi. Saya biar dalam 10 minit gitu. Lepas tu, saya tengok roti tu macam dah masak, baru saya angkat.

Selamat mencuba!

Pilih Roti Untuk Anak
Roti adalah pilihan untuk anak yang kurang gemas makan nasi atau aneka karbohidrat yang lain. Selain tinggi karbohidrat, roti juga mengandungi khasiat daripada bahan yang dicampurkan dengannya seperti kentang, gandum dan sebagainya.

Sepotong roti gandum misalnya mengandungi 70 gm kalori, 1 gram lemak, 4 gram protein serta 11.5 gm karbohidrat.

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti, Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi, Superb!

Pakar juga menyarankan roti hanya diberikan sebagai pengganti pilihan kepada sumber karbohidrat lain kepada anak-anak. Manakala bagi bagi pula, hanya selepas enam bulan ke atas barulah cebisan roti boleh diberikan kepada bayi. Pengambilannya pula hanya 3 hingga 4 kali seminggu sahaja.

Beli kelengkapan untuk membuat roti pelbagai pilihan di SINI. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI