Setiap kali nak dekat Hari Guru, mesti ada je kisah begini timbul. Tahun lepas ada, tahun sebelum tu pun sama.

Tahun ni? Tak terkecuali. Anak murung, tak nak pergi sekolah hanya sebab tak mampu nak beli hadiah untuk cikgu.

Cikgu Mohd Fadli Salleh kongsi satu nasihat yang menusuk hati:

“Datang je dik. Belum pernah dalam sejarah penubuhan negara Malaysia, ada murid didenda lari keliling padang 7 round sebab tak bagi hadiah.”

Betul tu. Janganlah rasa malu, segan atau rendah diri. Hari Guru bukan tentang hadiah mahal. Ia tentang menghargai.

Waktu Majlis Hari Guru tu lah momen paling comel dan happening sepanjang tahun. Cikgu-cikgu yang selalu serius tu tiba-tiba naik pentas, buat lawak, berlakon, menari pun ada! Masa nilah kita nampak sisi lain cikgu bukan sekadar pendidik, tapi juga manusia yang penuh warna.

Ads

Anak Tak Nak Pergi Sekolah Sebab Tak Mampu Beli Hadiah Hari Guru – Cikgu Mohd Fadli Salleh

Nak beri hadiah? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada? Takpe langsung.
Ucapan “Selamat Hari Guru, cikgu” pun dah cukup menyentuh hati.

Atau tulis atas secebis kertas – koyak dari buku latihan pun takpe – hulur dengan ikhlas. Cikgu pasti senyum sampai ke telinga.

Kita kadang-kadang fikir cikgu nak sangat hadiah dari kita. Padahal, ramai cikgu pun tahu kebanyakan hadiah pun dari kedai Eco. Tapi bukan nilai barang tu yang penting.
Yang paling bermakna  rasa dihargai.

Ads

Sebab tu, ramai sekolah anjur pertukaran hadiah sesama cikgu. Cikgu bagi cikgu  untuk sama-sama rasa dapat hadiah yang ‘special’ sikit. Tapi dengan anak murid, tak pernah pun cikgu harapkan apa-apa.

Satu kad buatan tangan, satu lukisan comot, atau hanya ucapan simple:

“Terima kasih cikgu ajar saya. Selamat Hari Guru.”

Ads

Itu pun dah mampu buat cikgu bergenang air mata.

Cikgu Mohd Fadli tutup dengan pesanan penuh makna:

“Percayalah, tiada seorang pun guru akan berkecil hati jika muridnya tidak memberi hadiah padanya.”

Selamat Hari Guru buat semua yang pernah berdiri di depan kelas, mencurah ilmu tanpa jemu. Teruskan ikhlas mendidik, teruskan menyalakan jiwa.

Sumber: Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI