Kadang kita terkejut bila anak cakap pada kita “diamlah’, ‘bising’. Tersentak tapi dari siapa ayat semacam ini keluar dari anak. Pastinya dari orang sekelilingnya.

Anak-anak cepat meniru dan ikut apa mak ayah cakap. Jadi berhati-hatilah bila memilih perkataan dengan anak walaupun tengah panik atau marah-marah. Ini yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.


Anak tak pernah salah. Saya ingat lagi masa ni Rania baru 5 tahun, saya terpaksa tegur isteri supaya jaga mulut bila bercakap dengan anak.

Ceritanya begini. Satu malam selepas selesai solat isyak saya dengar rania menangis. Bila di tanya kenapa rania menangis.

Isteri saya dengan muka berkerut jawab,
“Abg tengok rania dia dah pandai cakap KAU DIAMLAH dekat jaja”

“Anak Tak Pernah Salah” Tiru, Ikut Apa Kita Cakap. Gunalah Perkataan Baik-Baik!

Jaja tu makcik rania, adik ipar saya. Saya dengar dan angguk kepala je. Dua hari lepas tu, tepat jam 10.30 Aisy setahun lebih tiba-tiba terbangun dari tidur. Aduh, kelam kabut semua orang bila budak kecik tu tiba tiba bangun.

Dalam kelam kabut isteri cuba tidurkan semula aisy. Kebetulan masa tu rania pun masuk dalam bilik. Aisy tak boleh nampak atau dengar suara rania, comfirm dia akan terus bangun duduk dan ajak main.

Masuk je rania terus sebut, “Yeah! Aisy dah bangun”. Isteri dengan spontan cakap pada rania, “Diamlah!”

IKLAN

 

Hah, ini la yang saya nak tegur. Rania ni telinga dia sensetif ya amat! Apa sahaja yang dia dengar dia akan ikut. Budak 5 tahun mana la tahu beza “bad word” dan “good word”. Semua dia hentam cakap.

Kalau dengan budak budak sebaiknya guna “hand sign” nak tegur suruh diam. Cukup sekadar letak jari di mulut. Dia faham punya.

“Anak Tak Pernah Salah” Tiru, Ikut Apa Kita Cakap. Gunalah Perkataan Baik-Baik!

Tak boleh cakap semberono, silap haribulan dia akan cakap balik kat kita. Masa ni kita nak berkerut dahi pun tak guna, perkataan tu dah pun melekat kat otak dia. Semakin kita marah, semakin banyak “bad word” yang keluar.

Tapi sebenarnya budak 4-6 tahun Potty Talk tu normal. Sebab mereka masih lagi dalam proses experimentasi dengan bahasa.

Kalau anak pandai cakap kau diam, bodoh atau giler tu bukan kurang ajar ye tuan puan, tapi tu terlebih belajar namanya.

IKLAN

Ada 3 benda kita boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka Potty Talk supaya gejala negatif ni tak berterusan sehingga dewasa.

1 – Jangan Sentap!
Pertama sekali tak boleh sentap! Anak tu tak ada niat pun sebenarnya. Malah dia tak berapa faham pun apa yang dia cakap. Dia main hentam je, kan masih dalam fasa experimentasi lagi.

Daripada sentap lepas tu marah atau jentik mulut anak baik peluk dan cium dahi dia. Dapat juga pahala sebab sabar dan serotonin meningkat jadi gembira anak beranak.

“Anak Tak Pernah Salah” Tiru, Ikut Apa Kita Cakap. Gunalah Perkataan Baik-Baik!

2 – Bertenang
Bawa bertenang. Bila kita mampu bertenang baru kita mampu untuk kawal mulut supaya tak terkeluar lebih banyak lagi “bad word”.

Dan hanya dalam keadaan tenang sahaja otak kita boleh berfikir secara rasional. Kalau tak memang otak emosi la yang berkuasa. Habis semua sumpah seranah nenek moyang kita semua keluar.

IKLAN

3 – Jangan gelabah atau terkejut
Terakhir kena buat buat “cool” bila depan anak. Anak cakap bodoh kita senyum, anak cakap giler kita senyum. Barulah anak kita tak cepat mengamuk bila orang mengata dia nanti.

Awas! Sekali anak “detect” potty talk tu beri kesan pada kita, anak akan anggap ia sebagai “powerful word”. Dia akan guna lagi dan lagi powerful word tu untuk trigger kita. Tak mustahil dia akan guna juga dekat kawan-kawan dia nanti.

Rumah ni ibarat makmal untuk anak-anak buat experimen. Apa sahaja yang dia nampak dan belajar dia akan buat ujikaji kat dalam rumah. Selain mak ayah, adik beradik la selalu jadi mangsa ujikaji.

Saya belajar banyak masa ni. Sebenarnya anak anak tak pernah salah, mereka cuma tak tahu bezakan mana betul & mana salah..tu je! Dalam buku parenting journey 2023 saya ada kongsikan 4 kesalahan komunikasi yang biasa mak ayah buat boleh beri impak besar dalam hidup anak.

Komunikasi yang baik adalah nadi pembentukan akhlak anak-anak, penting untuk mak ayah tahu.

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI