Kemalangan kecil seperti anak terkena air panas sering berlaku di rumah tanpa diduga. Situasi ini boleh mencetuskan panik dalam kalangan ibu ayah apabila melihat anak meraung kesakitan. Namun, menurut doktor pakar, tindakan pantas dan rawatan awal yang betul mampu mengurangkan risiko parut kekal, jangkitan kuman dan kecederaan lebih serius.

Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas

Menerusi perkongsian Dr Adli Hidayat, rawatan paling utama yang perlu dilakukan ialah meletakkan anggota badan anak yang terkena air panas di bawah air paip yang mengalir sekurang-kurangnya 20 minit. Kaedah ini membantu menyejukkan kulit serta mengurangkan tahap kecederaan melecur.

Anak Terkena Air Panas? Doktor Kongsi Rawatan Awal Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!
Gambar Hiasan AI

Selain itu, ibu ayah juga perlu:

Ads
  • Segera jauhkan anak daripada sumber bahaya seperti cerek, periuk atau dapur.

  • Tanggalkan pakaian, jam tangan dan barangan kemas pada kawasan yang terkena air panas.

  • Jika muncul gelembung air (blister), jangan pecahkan. Tutup dengan kain bersih atau cling wrap.

  • Segera ke hospital jika kawasan melecur lebih besar daripada tapak tangan anak, atau melibatkan muka serta kemaluan.

Elakkan Rawatan Salah Yang Boleh Memburukkan Keadaan

Dr Kamarul Ariffin menegaskan bahawa amalan tradisional seperti menyapu ubat gigi, minyak gamat, kicap, tepung atau telur hanya akan menjadikan kulit semakin teruk dan berisiko tinggi dijangkiti kuman.

Ibu ayah juga perlu elakkan tindakan berikut:

Ads
  • Jangan letak ais secara terus pada kulit kerana boleh merosakkan tisu.

  • Jangan gunakan kapas untuk menyapu ubat kerana serabutnya boleh melekat pada luka.

Nasihat Doktor Untuk Ibu Ayah

“Kawasan lecuran perlu dirawat dengan baik untuk mengelakkan risiko jangkitan, parut dan kecacatan. Jika anak terkena air panas, rawatan awal sangat penting sebelum dibawa berjumpa doktor,” jelas Dr Kamarul.

@dradlihidayat Apa nak buat kalau baby kena air panas / melecur? First aid dia adalah terus letak dekat air sejuk yang mengalir. Harap membantu satu hari nanti. Saya doakan baby korang semua takkan melecur seumur hidup. Aminn #baby #melecur #kecemasan #ubat #panas ♬ original sound – Dr Adli Hidayat

Ads

Tip Keselamatan Di Rumah

💡 Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, ibu ayah boleh praktikkan langkah ini:

  1. Gunakan alas meja yang tidak berjuntai bagi mengelakkan anak menarik kain dan menumpahkan air panas.

  2. Pastikan periuk, termos dan cerek berisi air panas diletakkan jauh daripada capaian anak kecil.

  3. Jangan biarkan anak kecil bersendirian di dapur tanpa pengawasan.

Kesimpulannya, jika anak terkena air panas, rawatan awal yang betul adalah kunci utama untuk melindungi kulit mereka daripada kesan jangka panjang. Jadi ibu ayah, take note dan jadikan ilmu ini sebagai panduan keselamatan di rumah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads