
Sebagai ibu ayah, kasih sayang pada anak memang tak ada batas. Kita nak bagi yang terbaik, nak penuhi apa sahaja keperluan mereka, dan nak tengok anak sentiasa gembira. Tapi tanpa sedar, cara kita melayan anak kadang-kadang boleh membuatkan mereka terlalu bergantung dan akhirnya menguasai keadaan.
Anak terlalu manja biasanya bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia terbentuk daripada kebiasaan harian bila semua kemahuan anak dituruti tanpa sempadan, bila anak tidak dilatih untuk faham situasi, dan bila ibu ayah sentiasa cepat memenuhi setiap permintaan tanpa memberi ruang untuk anak belajar berdikari.
Manja itu tidak salah, tetapi perlu berpada. Anak perlu belajar dahulu apa yang patut dilakukan sebelum diberikan ganjaran. Apa yang kita lakukan sejak kecil akan memberi kesan apabila anak semakin membesar, terutamanya bila usia mereka memasuki sekitar setahun dan ke atas.
Apabila anak terlalu manja, mereka cenderung bergantung sepenuhnya kepada ibu ayah untuk setiap perkara. Ini boleh menyebabkan anak kurang keyakinan diri, sukar mengawal emosi, dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi cabaran apabila meningkat dewasa.
Selain itu, anak juga mungkin akan menggunakan tangisan atau tantrum sebagai “alat” untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Jika ini berterusan, ia akan membentuk sikap yang sukar diubah pada masa hadapan.
Ini teknik yang boleh bantu ibu ayah supaya anak tak manja:
Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stres.
Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
Contohnya, “Sekarangg waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara, granny atau saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk avoid strangers jugak.
Elakkan pembelian yang unplanned. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
8. Selalu pesan untuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
9) Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
10) Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Sumber: Info Ibu Hamil