
Zaman sekarang, nak ajar anak makan sayur bukan lagi sekadar soal suka atau tak suka. Ia dah jadi cabaran emosi untuk ramai ibu bapa.
Penat masak, susun menu sihat, pastikan ada zat lengkap tapi bila sampai depan anak, sayur jadi musuh nombor satu.
Anak-anak sekarang lebih kenal nugget, sosej, kicap, dan makanan segera berbanding brokoli, bayam, atau lobak. Situasi anak tolak sayur ini berlaku hampir di setiap rumah.
Meja makan yang sepatutnya jadi masa bonding keluarga, akhirnya bertukar jadi medan perang. Marah, paksa, pujuk, ugut dan akhirnya kita juga yang rasa bersalah.
Kalau keadaan ini biasa berlaku dalam rumah anda, mungkin sudah tiba masanya kita ubah pendekatan, bukan sekadar tukar menu.
Punca Anak Tolak Sayur Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar

Masalah anak tolak sayur sebenarnya bukan bermula daripada rasa sayur itu sendiri. Banyak kajian mendapati ia berkait rapat dengan emosi, pengalaman makan, dan cara ibu bapa mengendalikan waktu makan.
Apabila waktu makan sering disertai paksaan, tekanan, atau suara tinggi, otak anak mula mengaitkan makanan tertentu sebagai pengalaman negatif. Lama-kelamaan, sayur menjadi simbol “masalah”.
Perkongsian Pakar: Bila Waktu Makan Jadi Medan Perang

Menurut pakar motivasi kekeluargaan, Dr Tengku Asmadi, memaksa anak makan adalah cara paling cepat untuk membuatkan mereka lebih membenci makanan tersebut.
Ramai ibu bapa pernah melalui situasi ini:
Penat ibu masak, sikit pun anak tak sentuh. Anak kuis-kuis nasi berjam-jam, tengok sayur seperti melihat racun, dan akhirnya minta makanan kegemaran mereka.
Hati ibu mana tak panas? Penat, risau zat anak tak cukup, dan rasa tak dihargai bercampur jadi satu. Maka keluarlah arahan tegas yang akhirnya menjadikan waktu makan satu pengalaman traumatik.
3 Teknik Lebih Berkesan Untuk Hadapi Anak Tolak Sayur

1. Division of Responsibility (Pembahagian Tugas)
Konsep ini menekankan peranan jelas antara ibu bapa dan anak. Tugas ibu bapa ialah menentukan apa yang dimakan, bila waktu makan, dan di mana ia berlaku.
Ingat formula pakar pemakanan ni:
Tugas Ibu Bapa: Tentukan APA yang dimakan, BILA, dan DI MANA.Tugas Anak: Tentukan SAMA ADA dia nak makan, dan BERAPA BANYAK dia nak makan.Jangan ambil tugas anak. Kalau dia tak nak makan, itu pilihan dia. Jangan paksa.
Tugas anak pula ialah menentukan sama ada dia mahu makan dan berapa banyak yang dia mahu. Jangan ambil alih tugas anak dengan paksaan kerana itu hanya menguatkan lagi isu anak tolak sayur.
2. Hidangkan Porsi Kecil
Porsi besar boleh buat anak stres sebelum makan. Letakkan 2 atau 3 sudu nasi dan sedikit sayur. Jika anak mahu tambah, itu tanda positif yang perlu diraikan.
Bila kita letak nasi penuh pinggan, anak tengok pun dah stres dan kenyang.Letak 2-3 sudu je nasi, dan secubit sayur. Biar dia minta tambah kalau nak. Kalau tak habis, kita tak rasa membazir sangat.
Teknik ini membantu anak rasa lebih selamat dan tidak tertekan ketika waktu makan.
3. Berhenti Jadi Tukang Masak Menu Khas
Apabila anak menolak makanan, jangan terus sediakan alternatif kegemaran seperti nugget atau telur goreng. Ini akan mengajar anak bahawa protes akan memberi ganjaran.
Kalau anak tolak makanan yang kita masak, JANGAN terus gorengkan nuget atau telur dadar sebagai ganti. Kalau kita selalu bagi alternatif segera, mereka belajar bahawa “Kalau aku protes, aku dapat makanan feveret aku.” Biar mereka rasa lapar sikit (asalkan ada air masak), mereka takkan kebulur satu malam.
Anak tidak akan kebulur hanya kerana satu waktu makan, asalkan mereka minum air dan jadual makan seterusnya tetap disediakan.
Ubah Cara Fikir, Bukan Sekadar Menu
Isu anak tolak sayur bukan masalah semalaman. Ia memerlukan kesabaran, konsistensi, dan kefahaman tentang emosi anak.
Tugas ibu bapa ialah menyediakan makanan sihat dalam suasana yang tenang. Bukan memaksa, bukan mengugut, dan bukan menjadikan waktu makan satu medan peperangan.
Bila emosi anak selamat, selera makan akan datang dengan sendirinya.
Sumber: Dr. Tengku Asmadi – DTA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





