Kanak-kanak berumur 1-3 tahun perlukan 500mg kalsium sehari manakala kanak-kanak berumur 4-6 tahun perlukan 600mg kalsium sehari.
Berikan Anak Anda Produk Tenusu Susu Setiap Hari
Hidangkan 2-3 gelas susu penuh krim kepada anak anda. Elakkan memberi anak anda susu rendah lemak atau susu skim kepada kanak-kanak.
Susu dapat membantu pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk 1 gelas susu bersamaan 250ml mengandungi 300mg kalsium.
Ads
Resipi Banana Smoothie
Bahan-bahan:
2 sudu besar gula perang
4 biji pisang
200ml susu
50ml air
Beberapa ketul ais
Cara penyediaan:
Ads
Masukkan pisang dan susu ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya. Masukkan air dan gula perang kemudian kisar lagi. Masukkan ketulan ais dan kisah sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.
Ingat!!!
Bagi kanak-kanak yang tidak minum susu, gantikan dengan prosuk tenusu lain seperti yogurt atau keju tetapi tidak termasuk minuman yogurt yang mengandungi kalsium dan protein yang lebih rendah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan, dari makanan savuri ke manis, dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut. Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh makan kerana mengalami alergi telur?
Alergi atau alahan telur adalah satu keadaan hipersensitiviti kepada bahan makanan daripada kuning atau putih telur, yang membawa kepada reaksi sistem imun dan menyebabkan simptom fizikal yang serius.
Reaksi alergi yang paling teruk disebut anafilaksis dan merupakan kecemasan yang memerlukan perhatian dan rawatan segera dengan epinefrin. Sistem imunisasi badan, yang biasanya melindungi badan daripada kuman dan masalah lain, menggunakan antibodi untuk melawan protein telur seperti ia adalah penceroboh berbahaya. Reaksi alahan ini boleh berlaku dengan pantas atau mengambil masa beberapa jam.
Individu yang mempunyai alahan terhadap telur ayam mungkin akan alah kepada telur lain, seperti itik, atau puyuh. Dalam tempoh masa singkat selepas makan (atau menyentuh) telur, anda akan mengalami simptom seperti:
Jika anak anda atau anda mengalami sebarang simptom di atas, sila berjumpa pakar dan anda mungkin akan menjalani pemeriksaan, seperti ujian darah atau ujian kulit untuk mendiagnosis alahan dihadapi.
Untuk ujian kulit, sedikit cecair yang mengandungi protein telur akan diletakkan di belakang belakang atau di lengan, dan kemudian akan dicucuk probe yang disteril untuk membolehkan cecair meresap masuk ke dalam kulit.
Jika bahagian tersebut membengkak, muncul tompokan merah dalam tempoh 15-20 minit, ia boleh dianggap sebagai alahan. Bergantung kepada jenis protein dalam cecair, ujian ini boleh menentukan sama ada anda alahan kepada protein kuning atau putih telur. Alahan kepada protein putih telur adalah yang paling biasa.
Bagi ujian darah, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menguji kehadiran antibodi immunoglobin E kepada protein telur.
Jika hasil keputusan tidak dapat diputuskan, pakar boleh mengarahkan ujian makanan lisan. Di bawah pengawasan perubatan, anda akan memakan sejumlah kecil telur untuk melihat tindak balas yang terjadi. Oleh kerana tindak balas yang berlaku mungkin teruk, ujian ini akan dilakukan di bahagian alahan atau pusat ujian makanan yang dilengkapi peralatan kecemasan dan ubat-ubatan.
Diet penyingkiran makanan juga mungkin digunakan untuk menentukan jenis alahan yang dihidapi. Sekiranya simptom hilang apabila telur dikeluarkan dari diet, dan muncul kembali apabila telur dimakan semula, ia mungkin disebabkan alahan.
Kanak-kanak yang mempunyai alergi telur perlu mengetahui apa yang patut dilakukan jika termakan telur. Ia mungkin memerlukan mereka untuk sentiasa mempunyai ubat di tangan seperti antihistamin, atau dalam kes yang teruk, epinefrin.
Telur dalam vaksin
Beberapa jenis vaksin selsema (influenza) mengandungi sejumlah kecil protein telur.
Vaksin selesema burung yang diberikan melalui suntikan adalah selamat untuk kebanyakan individu alergi telur sekiranya ia diberikan di pejabat perubatan yang lengkap dengan kemudahan untuk menangani kesan buruk yang mungkin berlaku, termasuk anafilaksis.
Sekiranya anda menghidapi alahan kepada telur, anda tidak boleh mendapatkan suntikan di kedai ubat atau farmasi atau sebahagian daripada program vaksinasi di tempat kerja anda.
Sejenis suntikan vaksin selesema (vaksin yang digabung) tidak mengandungi sebarang protein telur, dan ia diluluskan untuk individu berusia 18-49 tahun.
Elakkan telur
Cara terbaik untuk mengatasi alahan telur adalah untuk mengelakkan memakannya.
Malangnya telur adalah bahan yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Malah beberapa bahan pengganti telur tetap mengandungi protein telur. Ini membuatkan individu yang mempunyai alahan telur perlu berhati-hati dengan membaca label dan bertanyakan tentang kandungan dan ramuan sesuatu makanan.
Sesiapa yang didiagnosis dengan alahan sama ada putih telur atau kuning telur, harus mengelakkan daripada memakan telur langsung, kerana ia adalah mustahil untuk mengasingkan sepenuhnya putih telur daripada kuning telur.
Mengubah suai
Banyak resepi boleh diubah suai tanpa menggunakan telur. Apabila resepi memerlukan 3 biji telur atau kurang daripada itu, ia boleh ditukar bagi setiap biji telur dengan campuran 1 sudu air, 1 sudu minyak dan 1 sudu teh serbuk penaik.
Pengganti alternatif adalah 1 paket gelatin tanpa perisa yang dicampurkan dengan 2 sudu air suam (campurkan hanya bila hendak digunakan), atau 1 sudu teh yis yang dicampur ke dalam secawan air suam.
Jika anak anda mempunyai lebih daripada satu alergi makanan, anda mungkin perlu membawanya untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Tetapi jika hanya telur yang perlu dielakkan, anda boleh membantunya untuk memilih makanan dan makan dengan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya normal untuk anak membesar lalui fasa tak berselera makan, tolak makanan, dan tiba-tiba jadi ‘picky eater’. Ya, NORMAL. Tapi kena cepat-cepat cari jalan untuk dia berselera dan suka makan. Tak mudah tapi tak mustahil.
Jangan kita pula biarkan anak dengan selera dia kerana bimbang nanti anak lagi susah makan dan memilih. Bila keadaan ini tak di atasi anak pun kurang dapat nutrisi yang lengkap untuk membesar.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Nurul Syahidah Ramli, sebelum ini anaknya juga tiba-tiba memilih makan sedangkan di peringkat awalnya ok. Tip ini sangat membantu dan ibu yang alami masalah ini boleh cuba. Mana tau salah satu tip itu serasi dengan anak.
Hampir sebulan Zaid tak nak makan dan hilang selera makan terutama nasi. Dia akan geleng dan menangis kalau nampak saya nak suap. Saya pun tumpang menangis. Dah la anak kita ni tiap kali timbang berat ngam-ngam border line, ada masa underweight walaupun makan banyak. Inikan pula tak makan.
1. Saya masak makanan dia seperti biasa walaupun masa ni down sangat. Tak apa positif 😇. Saya isikan dalam pinggan dan letak sebelah tempat dia main. Kadang dia suap juga sendiri lebihnya main. Ok lah tu.
2. Sediakan buah-buahan atleast dia isi juga perut. Kena pandai jarakkan masa makan buah dengan menu utama. Ataupun kalau dah memang betul² dia tolak makanan, baru saya bagi buah contoh epal dan pisang.
3. Cuba jenis karbohidrat lain. Masak mee/bihun (masa ni baru tahu dia suka makanan macam ni). Ok lah masak hari-hari tapi sebelum tunjuk mee/bihun, offer nasi dulu.
5. Kurangkan susu, banyakkan air masak. Dia makan juga 3, 4 suap sebab lapar. (Zaid fully breastfeed dan dah nak masuk 2 tahun).
6. Selalu offer setiap sejam tanya anak nak makan tak. Jangan layankan anak taknak makan. Kena offer!
7. Masak dengan anak. Mostly anak akan appreciate apa yg dia buat sebab dia enjoy. Ada kemungkinan dia makan.
8. Doa! dan kena percaya doa kita tu akan makbul. Doa spesifik nak apa.
Ada satu masa saya paksa dia untuk makan. Tapi saya sedar, tak membantu pun. Akhirnya saya guna teknik pujuk dan banyakkan doa. Alhamdulillah, menjadi! Sekarang dah mula makan banyak, ada selera dan makan hampir semua yang kita offer 😊.
Harap dapat bantu ibu-ibu lain untuk bersemangat pujuk anak makan.
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya. Sebenarnya, jus buah boleh dianggap sebagai minuman manis kerana proses penghasilannya menghilangkan serat penting yang terkandung dalam buah.
Bagi bayi yang berusia di bawah satu tahun, tiada keperluan untuk memberikan jus kecuali atas sebab-sebab tertentu yang disarankan oleh pakar. Sebaiknya, elakkan terus memberi jus kepada bayi kerana ia tidak memberikan manfaat yang signifikan.
Memakan buah-buahan segar adalah pilihan terbaik kerana buah dalam bentuk asalnya mengandungi nutrien lengkap, termasuk serat yang penting untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Sebaliknya, jus hanya memberikan gula dan sedikit vitamin tanpa manfaat serat.
Jika ingin menambahkan rasa pada air minuman, air berperisa semula jadi seperti infused water adalah pilihan yang lebih baik. Dengan menambahkan potongan buah ke dalam air, anda boleh menikmati rasa buah tanpa kehilangan serat dan nutrien pentingnya.
Sebagai kesimpulan, makan buah dalam bentuk asal adalah jauh lebih bermanfaat berbanding minum jus. Pilihan ini bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga dapat memastikan anda mendapat serat yang diperlukan oleh tubuh.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...